backup og meta

Awasi Anak Anda, Ada Flavour Vape ‘Khayal’ Yang Dijual Secara Aktif Di Media Sosial!

Awasi Anak Anda, Ada Flavour Vape ‘Khayal’ Yang Dijual Secara Aktif Di Media Sosial!

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa pernah wujud kes di mana flavour vape khayal dijual dalam negara menerusi platform dalam talian.

Perisa vape ini dikenali dengan nama tertentu seperti flavour vape mushroom atau berselindung di sebalik perisa buah-buahan biasa.

Ini pendedahan lanjut mengenai kesan hisap vape mushroom. Jom baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Habit Sihat, anda boleh klik di sini.

Cecair flavour vape khayal dijual secara online

flavour vape khayal
Vape dengan perisa mengkhayalkan ada dijual di pasaran.

Jika anda mempunyai ahli keluarga yang menghisap vape atau pod, anda perlu sentiasa memerhatikan mereka kerana terdapat sindiket yang menjual perisa vape khayal.

Penjual-penjual perisa vape haram ini menggunakan aplikasi media sosial seperti:

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

untuk memasarkan produk terlarang tersebut.

Berdasarkan laporan oleh akhbar Utusan Malaysia awal tahun ini, satu botol flavour vape khayal dengan kandungan 10 mililiter cecair khayal itu dijual dengan harga RM160 secara terang-terangan.

Jika dibeli dalam kuantiti yang banyak atau borong, maka ia dijual dengan harga yang lebih murah.

Bagi setiap pesanan, penjual akan menggunakan khidmat kurier dengan caj antara RM10 hingga RM20. Pelanggan juga boleh mengambil sendiri perisa vape tersebut (self-pickup) daripada penjual di sekitar Kuala Lumpur. 

Flavour vape khayal ialah cecair dadah

Anda rasa mengapa cecair ini boleh menyebabkan halusinasi atau khayal kepada penghisapnya? Ini kerana, cecair ini bukanlah seperti kebanyakan cecair vape lain. Ia merupakan dadah yang sudah diproses untuk dijadikan sebagai cecair vape.

Menurut penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim, flavour vape pening ini biasanya dijual dalam bentuk atau rupa cecair buah-buahan yang lain untuk tujuan penyamaran.

Menurutnya lagi, cecair ini mengandungi ganja THC atau tetra hydrocannibol dan methylenedioxy-methamphetamine (MDMA). Ini merupakan antara bahan yang sering dicampurkan bersama cecair vape selain dadah jenis ketamin.

Oleh sebab itu, seseorang itu boleh menjadi khayal walaupun hanya dilihat menghisap vape, kerana hakikatnya ia adalah cecair berisi dadah!

Tangkapan penjual cecair dadah

flavour vape khayal
Vape dengan perisa yang bertindak seperti ‘dadah’.

Pada bulan Oktober 2022, polis telah memberkas sepasang kekasih di Kuala Lumpur yang dikesan telah menjalankan kegiatan jual beli cecair vape dadah.

Mereka bukan hanya menjual cecair vape yang bercampur dadah, tetapi juga rokok yang telah dicampurkan dengan dadah untuk pasaran tempatan.

Menariknya, kedua-dua suspek ini masih muda dan baru berusia 29 dan 30 tahun.

Modus operandinya, suspek lelaki akan mendapatkan bekalan dadah ‘mushroom’ daripada negara jiran menerusi pembekal yang menjual dadah tersebut melalui dark web.

Dadah itu kemudiannya akan diproses di kediaman mereka dalam bentuk rokok dan juga flavour vape khayal.

Ia kemudiannya akan dijual menerusi media sosial dan akan dihantar menggunakan perkhidmatan kurier bagi pembeli di luar Lembah Klang.

Ini adalah antara bukti bahawa pasaran cecair vape dadah ini sememangnya wujud dan berleluasa dalam negara kita. 

Risiko besar kepada remaja, budak sekolah

Perkara ini amat membimbangkan kerana proses jual beli flavour vape khayal ini boleh melibatkan sesiapa sahaja termasuklah remaja yang masih bersekolah.

Ini kerana, penjual biasanya tidak akan bertanyakan mengenai umur bakal pembeli.

Lebih merisaukan, memandangkan cecair dadah ini menyerupai cecair vape yang biasa kita lihat, maka golongan remaja boleh menghisapnya secara terbuka di tempat-tempat awam.

Mereka juga akan berkongsi penggunaan vape ini bersama rakan-rakan bagi merasai perisa baru.

kesan hisap vape
Kesan asap rokok, shisha dan vape kepada individu.

Oleh sebab itu, ibu bapa atau penjaga perlu sentiasa memantau anak jagaan mereka agar tidak terjebak dengan perkara-perkara seperti ini. Hal ini kerana ia boleh merosakkan masa hadapan mereka kelak.

Jika anak sudah mula ketagih kepada flavour vape pening ini, maka lambat-laun ia akan menjejaskan kesihatan dan menyusahkan ahli keluarga yang lain. 

Kesan hisap vape mushroom jejas kesihatan dan masa depan

Tidak kira sama ada remaja atau orang dewasa, anda sebaiknya perlu menghentikan tabiat menghisap vape tidak kira flavour vape mushroom atau lain-lain kerana ia tidak memberikan manfaat kepada kesihatan.

Apatah lagi jika anda menghisap perisa yang berisi dadah, ia akan menyebabkan ketagihan dan lebih memudaratkan.

Peringatan!

Buat ibu bapa di luar sana, perhatikan anak anda setiap masa dan cegahlah sebelum terlambat.

Semak setiap perisa vape yang anak anda beli, atau dengar segala perbualan anak anda dengan rakan mereka mengenai penggunaan vape atau pembelian perisa vape tersebut. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Vaping. https://drugfree.org/drugs/vaping/. Accessed on January 17, 2023.
  2. Vape Flavors and Vape Juice: What You Need to Know. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/vape-flavors-and-vape-juice-what-you-need-to-know. Accessed on January 17, 2023.
  3. What’s in an E-Cigarette?. https://www.lung.org/quit-smoking/e-cigarettes-vaping/whats-in-an-e-cigarette. Accessed on January 17, 2023.
  4. Vaping, Marijuana, and Other Drugs. https://nida.nih.gov/nidamed-medical-health-professionals/vaping-marijuana-other-drugs. Accessed on January 17, 2023.
  5. What is vaping (e-cigarettes)?. https://adf.org.au/drug-facts/vaping-e-cigarettes/. Accessed on January 17, 2023.

Versi Terbaru

17/07/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Cuaca Panas Terik Buat Anda Kerap Nak Mandi, Tapi Yang Mana Bagus, Mandi Air Panas @ Sejuk?

6 Tip Mengurangkan Peluh Badan, Hilang Bau Menyengat!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan