Bila Waktu Sesuai Makan Ubat Tekanan Darah Tinggi – Sebelum Tidur Atau Waktu Pagi? Ini Jawapannya…

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 11/11/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Biasanya waktu pengambilan ubat dilakukan pada waktu pagi, selalunya selepas bersarapan. Tetapi apakah waktu makan ubat darah tinggi yang sesuai untuk diamalkan?

Waktu makan ubat tekanan darah tinggi – sebelum tidur?

Selalunya kita akan makan ubat selepas hidangan makanan. Tetapi adakah semua ubat, seperti ubat tekanan darah tinggi, sesuai untuk dimakan selepas sesuatu hidangan makanan? Atau ada waktu lain yang lebih sesuai? 

Kajian The Hygia Chronotherapy Trial yang diterbitkan dalam European Heart Journal mendapati risiko penyakit kardiovaskular dan kematian pada waktu tidur dalam dikurangkan jika makan ubat sebelum masuk tidur, berbanding pengambilannya pada waktu pagi. 

Ini bermakna individu dengan  tekanan darah tinggi dan memakan semua ubat antihipertensi sebelum tidur dikatakan akan mempunyai tekanan darah yang lebih baik.

Tindakan itu juga dapat mengurangkan risiko penyakit dan kematian yang disebabkan masalah jantung atau saluran darah.

Penyelidikan yang mengkaji kesan waktu pengambilan ubat antihipertensi, sama ada pada waktu selepas bangun pagi atau sebelum tidur terhadap risiko masalah kardiovaskular ini melibatkan lebih 19,084 pesakit.

Projek Hygia ini dilakukan di 40 pusat penjagaan utama antara Social Security Health Service di utara Sepanyol.

Ia melibatkan kerjasama daripada 292 doktor yang telah mendapat latihan untuk melakukan pemantauan tekanan darah di ambulatori, untuk tempoh 48 jam. 

waktu pengambilan ubat

Waktu pengambilan ubat dapat kurangkan risiko

Kajian yang dilakukan ini turut mengambil kira faktor-faktor yang berkemungkinan boleh menjejaskan hasil keputusan seperti jantina, penyakit diabetes jenis 2, penyakit buah pinggang, tahap kolesterol dan tabiat merokok.

Menurut Pengarah Makmal Bioengineering dan Chronobiology di Universiti Vigo, Sepanyol, merangkap penyelidik dalam kajian Projek Hygia, Professor Ramón C. Hermida, “Pesakit yang mengambil ubat pada waktu tidur hanya berdepan separuh daripada risiko.”

Ini bermakna mereka akan mengalami pengurangan 45 peratus untuk mengalami isu  berkaitan masalah kesihatan. 

Kurang risiko masalah kesihatan

Antaranya seperti serangan jantung atau kematian, myocardial infarction, strok, kegagalan jantung atau memerlukan prosedur untuk membuang saluran arteri tersumbat (coronary revascularisation).”

Hasil analisis secara individu pula mendapati risiko kematian akibat masalah jantung atau saluran darah berkurangan sebanyak 66% serta pengurangan risiko myocardial infarction turut berlaku sebanyak 44%

Selain itu, 44% pengurangan bagi untuk berdepan risiko masalah arteri tersumbat (coronary revascularisation), kegagalan jantung sebanyak 42%. Malah risiko untuk mengalami strok juga berkurangan kepada 49%. 

Waktu makan ubat darah tinggi yang sesuai

Profesor Hermida memberitahu, “Tidak terdapat sebarang garis panduan mengenai kesesuaian waktu pengambilan ubat tekanan darah.”

Walau bagaimanapun, waktu pengambilan ubat pada waktu pagi adalah cadangan paling biasa diberikan doktor. Ini kerana ia dianggap dapat membantu mengurangkan tahap tekanan darah.

Namun hasil kajian yang diperolehi menunjukkan pesakit yang mengambil ubat tekanan darah pada waktu tidur secara rutin, berbanding mereka memilih memakan ubat pada waktu pagi, mempunyai tekanan darah yang lebih baik.

Kini, Projek Hygia sedang melakukan kajian untuk menganalisis tahap tekanan darah terbaik ketika tidur bagi mengurangkan risiko kardiovaskular paling berkesan dalam THADEUS Trial (Treatment of Hypertension During Sleep).

waktu-makan-ubat-tekanan-darah-tinggi

Dapatkan nasihat pakar

Hasil kajian Projek Hygia ini memberikan keputusan yang positif.

Walau bagaimanapun, sebaiknya jika anda mempunyai masalah tekanan darah tinggi atau sebarang masalah berkaitan jantung, dapatkan nasihat dan rundingan daripada doktor untuk mengetahui waktu sesuai makan ubat yang boleh anda amalkan. 

Elakkan daripada membuat jadual waktu makan ubat darah tinggi sendiri tanpa mendapatkan rundingan dan nasihat daripada mereka yang bertauliah.

Jangan pula bergantung kepada Dr. Google, okay?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Klasifikasi Hipertensi- Ini Cara Nak Tahu Tahap Keterukan Tekanan Darah Tinggi

Hipertensi terbahagi kepada beberapa tahap. Pengelasan ini dibuat berdasarkan kepada nilai tekanan darah. Jika lebih nilai normal, ia mungkin darah tinggi.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Hipertensi, Pusat Kesihatan 15/05/2020 . 3 minit bacaan

Bahana Ibu Hamil Tidur Berdengkur, Bukan Saja Tingkat Risiko Pre-Eklampsia, Tapi Juga Bersalin C-zer

Berdengkur 1 perkara biasa. Tetapi jika anda tidur berdengkur semasa hamil, ia mungkin petanda masalah gangguan tidur. Ada risiko perlu anda ambil tahu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 07/05/2020 . 3 minit bacaan

Ada Darah Tinggi, Anda Boleh Cuba 4 Penawar Ini Bagi Turunkan Masalah Hipertensi!

Jika anda baru atau sudah lama didiagnosis dengan masalah hipertensi, pasti anda tercari-cari penawar darah tinggi yang berkesan. Ikuti 4 tips ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Hipertensi, Pusat Kesihatan 05/03/2020 . 4 minit bacaan

Daun Ketum Boleh Rawat Kencing Manis & Darah Tinggi? JANGAN Biasakan Diri Percaya Bulat-Bulat!

Ramai individu yang beranggapan, daun ketum boleh merawat pelbagai jenis penyakit kronik termasuklah sebagai rawatan kencing manis dan hipertensi. Benarkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diabetes, Pusat Kesihatan 17/02/2020 . 4 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

susu kultur

Selalu Cirit-birit? Cuba Minum Susu Kultur, Ada 9 Kebaikan, Termasuk Kepada Ibu Hamil

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 05/11/2020 . 3 minit bacaan
emosi ibu mengandung

BAHAYA Ibu Hamil STRES, Boleh Bersalin Bayi Pramatang, Si Manja Pula Berdepan Risiko Sakit

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 03/11/2020 . 3 minit bacaan
berat badan wanita hamil

Ibu Hamil, Jaga Berat Badan Jangan Sampai Obes! Risiko Bukan Hanya Pada Anda, Tapi Juga Bayi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan
alat tekanan darah

Nak Beli Mesin Tekanan Darah Tapi Tak Tau Yang Mana OK? Ini 5 Panduan Pilih Dengan Tepat

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 19/08/2020 . 3 minit bacaan