Walau bagaimanapun, jika anda mencari ubatan untuk jangka masa panjang, terdapat dua perkara yang perlu anda titik beratkan; tabiat merokok dan cara penjagaan bibir anda. Selagi anda dapat merokok dalam jumlah yang sama setiap hari, bibir anda tidak akan dapat pulih seperti sedia kala. Cara yang terbaik adalah dengan berhenti merokok. Doktor boleh membantu dengan memberi preskripsi Terapi Penggantian Nikotin (NRT) untuk melawan keinginan merokok dan membantu anda berhenti secara beransur-ansur.
Apabila ia berkisar tentang perihal penjagaan bibir, anda boleh mencuba ubatan rumah atau mendapatkan bantuan profesional. Bantuan profesional sangat digalakkan jika anda berdepan dengan masalah bibir gelap yang teruk dan anda mencari jalan penyelesaian yang berkesan.
Anda boleh mencuba untuk membuat dan menggunakan masker bibir di rumah. Terdapat bukti yang menyatakan penggunaan masker yang mengandungi kunyit, lemon atau perahan air limau nipis boleh membantu mencerahkan bibir. Cuba gabungan campuran ini dengan satu atau lebih dengan minyak vitamin A atau E, sapukan di bibir dan biarkan ia selama 15 minit. Lakukannya sehari sekali. Anda juga boleh membeli topeng bibir yang dijual di farmasi.
Bantuan profesional di sini merujuk kepada rawatan penggunaan laser. Ia dilakukan secara profesional oleh ahli dermatologi atau pakar bedah, rawatan laser ini akan menumpukan kepada penggunaan cahaya jauh ke dalam lapisan kulit. Rawatan ini boleh digunakan untuk mengembalikan warna semula jadi bibir, menyasarkan bintik-bintik gelap, menyingkirkan melanin berlebihan, merangsang pengeluaran kolagen dan menghapuskan kedutan sekitar mulut.
Jika anda mempunyai sebarang masalah berkaitan dengan kesihatan atau kesan estetik akibat merokok, sila berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Anda juga boleh membaca:
Bagaimana untuk Berhenti Merokok
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen