backup og meta

5 Tip Menghadapi Bazar Ramadan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 07/09/2023

    5 Tip Menghadapi Bazar Ramadan

    Bulan kesembilan kalendar Islam hadir lagi pada tahun ini, menandakan hari pertama bulan Ramadan. Di Malaysia, bulan ini bukan sahaja diraikan orang Islam, malah oleh golongan bukan Islam juga kerana kehadiran Bazar Ramadan, perhimpunan tahunan gerai makanan yang menawarkan pelbagai hidangan lazat dan mengiurkan untuk berbuka.

    Pelbagai makanan yang berpatutan dan lazat cukup menggoda menyebabkan anda berbelanja berlebihan, makan berlebihan dan akhirnya, menambah kelebaran pinggang pada akhir bulan Ramadan. Oleh itu, bagaimanakah seseorang dapat bertahan dengan godaan ketika melalui lorong makanan syurga Ramadan ini? Berikut ialah 5 tip yang patut anda amalkan – dompet dan pinggang anda akan berterima kasih!

    1. Satu gerai pada satu masa

    Walaupun terdapat banyak makanan untuk dicuba daripada banyak gerai, Ramadan juga berlangsung selama sebulan, masih banyak hari untuk diterokai. Cuba satu gerai atau kurang daripada dua pilihan makanan daripada satu gerai pada satu-satu masa, setiap hari.

    2. Pastikan anda berpegang pada bajet

    Bawa sejumlah wang daripada membawa dompet anda semasa membeli. Contohnya, hanya bawa RM15 untuk berbelanja di bazar Ramadan pada hari tersebut.

    3. Dapatkan senaman tambahan

    Berjalan-jalan di sepanjang lorong bazar dan buat keputusan apabila anda berada di penghujung sebelum membeli makanan. Anda boleh membakar sebanyak 100 kalori semasa berjalan kaki.

    4. Beri perhatian kepada badan anda

    Makan secara perlahan apabila berbuka puasa. Nikmati setiap kunyahan dan beri perhatian kepada badan anda. Berhenti makan apabila anda tidak lagi berasa lapar dan kenyang. Dapatkan makanan ringan selepas makan malam jika anda lapar lagi.

    5. Makanan terbaik selepas azan pada iftar

    Makanan terbaik adalah makanan karbohidrat yang manis seperti kurma. Kuih manis seperti kuih lapis dan seri muka adalah pilihan yang baik juga. Tetapi jangan berlebihan dalam pengambilan. Ini adalah pilihan yang baik untuk pulih dari tahap glukosa darah rendah yang akan anda alami pada siang hari.

    Walaupun kebanyakan orang biasanya kehilangan sedikit berat pada bulan ini, ada juga yang bertambah berat badan pada bulan tersebut. Elakkan pertambahan berat badan dengan makan dan berbelanja secara sederhana pada bulan Ramadan. Pastikan juga anda melakukan senaman ringan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 07/09/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan