Berpuasa Tapi Makan Banyak Masa Sahur Dan Iftar? Relaks, Anda Pasti Takkan Gemuk Jika Amalkan 5 Tip Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/05/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Ramadan sudah tiba lagi! Ini adalah bulan yang paling ditunggu oleh umat Islam di seluruh dunia.

Bersempena bulan yang penuh kemuliaan ini, marilah kita bersama memperbanyakkan amal jariah bagi mengejar pahala.

Ramadan juga dikenali sebagai bulan untuk umat Islam berpuasa dari waktu terbit fajar sehingga terbenam matahari. Rasanya ramai yang menanti kehadiran bulan mulia ini bukan?

Ini kerana di samping menunaikan kewajiban agama, individu juga boleh mengambil kesempatan ini sebagai peluang untuk menurunkan berat badan.

Jadi, ini adalah masa yang tepat untuk anda yang ingin kurus!

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mandalam lagi untuk mengetahui tip kurus di bulan puasa.

Ramadan adalah bulan yang sihat?

tips-travel-ramadan

Jika difikirkan secara logik akal, sudah pasti kita akan bersetuju dengan penyataan ini bukan?

Manakan tidak, kita akan berpuasa selama 30 hari lamanya untuk melatih diri menahan nafsu, lapar dan dahaga.

Berpuasa adalah sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan dari aspek fizikal dan mental.

Ini juga adalah peluang untuk kita mendapatkan berat badan yang diingini.

Namun, apa yang dirancang tidak selalunya menjadi kenyataan.

Mungkin dalam fikiran kita berpuasa dapat menegah diri dari makan dan minum terlalu banyak. Pun begitu, bukan itu hakikat yang terjadi.

Ramai individu yang akan meng’qada’kan pengambilan makanan dan minuman ke waktu iftar serta sahur.

Ini sekali gus menyebabkan kita akan makan lebih banyak pada kedua-dua waktu ini kerana ingin ‘membalas dendam’ atau ‘menyimpan stok’ di dalam perut agar tidak lapar dan dahaga ketika berpuasa.

Ia sama sekali akan membantutkan usaha anda untuk kurus pada bulan Ramadan.

Tip kurus di bulan puasa yang efektif!

cara untuk kurus

Namun, anda tidak perlu lagi risau tentangnya. Hello Doktor akan membantu anda dengan menyediakan beberapa tip kurus di bulan puasa yang efektif.

Sila ikuti senarai berikut:

#1. Kira kalori makanan semasa iftar dan sahur

Buat anda yang masih kurang jelas, kalori adalah kiraan kandungan tenaga yang terdapat dalam masakan dalam unit kcal.

Tubuh badan kita sangat memerlukan kalori ini untuk terus berfungsi dengan baik.

Namun, orang kita kebiasaannya mengabaikan aspek ini sehingga mengakibatkan terkurang atau terlebih mengambilnya dari apa yang diperlukan terutamanya ketika ramadan.

Tidak percaya? Lihat sahaja meja makan anda bila tiba waktu iftar dan sahur!

Jadi, sebelum merancang untuk menyediakan hidangan, sila kira kalori makanan yang hendak diambil.

Kalori Makanan: Apa Anda Perlu Tahu Mengenainya?

#2. Minum air putih dengan secukupnya

Tiba sahaja ramadan, sudah pasti kita akan mencari minuman yang jarang kita jumpa seperti air katira dan lain-lain. Ya, ia memang mengiurkan namun perlu dikawal ya!

Ini kerana kebanyakan air yang dijual di bazar ramadan tinggi kandungan gula, lemak, bahan pewarna dan bahan perasa yang tidak bagus untuk kesihatan tubuh badan terutamanya dalam aspek pengawalan berat badan.

Oleh itu, ikutilah nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mencadangkan untuk minum 8 gelas air putih sehari mengikut waktu ini:

  • Selepas bangun sahur
  • Selepas bersahur
  • Selepas azan Maghrib
  • Selepas solat Maghrib
  • Selepas berbuka
  • Selepas solat Isyak
  • Selepas solat Tarawih
  • Sebelum masuk tidur

#3. Lauk Ramadan yang dimasak dengan cara rebus

Ayam percik? Ayam golek? Memang terdapat banyak menu lauk lazat yang boleh diambil untuk berbuka dan bersahur. Pun begitu, jangan sampai tersalah pilih.

Untuk anda yang ingin kurus di bulan puasa ini, sila elak dari mengambil lauk yang berlemak, bergoreng atau berminyak. Ini semua hanya akan meningkatkan risiko perut menjadi boroi.

Sebaliknya, sila pilih lauk yang dimasak dengan cara rebus kerana ia tentunya lebih sihat untuk tubuh badan anda.

ramadan

#4. Ambil lebih banyak sayur dan buah

Jika anda bukan peminat makanan dari jenis ini, ia adalah waktu untuk anda berubah.

Tidak, kami tidak meminta anda menjadi seorang vegetarian. Sebaliknya, ambil lebih banyak sayur dan buah sepanjang ramadan.

Ini kerana ia adalah menu yang boleh membekalkan serat dan vitamin pada tubuh badan.

Dengan pengambilannya, sistem penghadaman anda sudah tentu akan menjadi lebih lancar dan sihat.

Antara sayur-sayuran dan buahan-buahan yang anda boleh ambil ketika bersahur dan berbuka adalah salad, tembikai, epal, strawberi dan lain-lain.

Gunakanlah kreativiti anda untuk mencampurkannya dalam masakan!

#5. Kekal cergas semasa Ramadan

Akhir sekali, janganlah anda jadikan berpuasa sebagai alasan untuk tidur dan malas sepanjang hari.

Walaupun tidak larat untuk bersenam, adalah wajar untuk anda kekal cergas dengan melakukan kerja rumah.

Di samping usaha merebut pahala pula, lakukanlah solat Terawih.

Ini kerana ia dapat membakar banyak kalori dalam tubuh badan sehingga 200-300 kcal bergantung kepada durasi dan suhu persekitaran rumah ibadat.

Akhir kata, janganlah kita mengabaikan kehadiran Ramadan hanya kerana kita terpaksa duduk di rumah untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 yang sedang melanda dunia kini.

Mungkin ini adalah peluang untuk kita bersama-sama menyambutnya dengan ahli keluarga tercinta? #stayathome

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ingin Berhenti Merokok Bulan Puasa Ini? Buat 5 Tip Di Bawah Confirm Anda Tak Hisap Lagi

Anda mempunyai niat untuk berhenti merokok semasa Ramadan? Klik artikel ini untuk 5 tip berkesan yang boleh jadikan bulan puasa kali ini lebih bermakna!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 05/05/2020 . 3 minit bacaan

Makan Guna Tangan Baik Untuk Kesihatan? Ada Lagi 4 Tradisi Melayu Bagus Diamalkan

Mungkin anda tidak tahu, ada beberapa tradisi Melayu yang sebenarnya baik untuk kesihatan anda. Apakah antara amalan budaya kaum Melayu ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 05/05/2020 . 3 minit bacaan

Melancap Ketika Puasa? Ini Yang Anda Perlu Tahu!

Jika anda ingin berhenti melancap pada bulan puasa, inilah masanya. Anda boleh ikut 9 tip yang dikemukakan dalam artikel ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 04/05/2020 . 4 minit bacaan

Puasa Terbatal Jika Buat Ujian Swab COVID-19? Ini 17 Perkara Boleh & Tidak Boleh Dilakukan Jika Berpuasa

Adakah ujian swab COVID-19 boleh dilakukan semasa puasa Ramadan? Ketahuinya di sini dengan lebih lanjut sama ada ia boleh sebabkan batal puasa ataupun tidak

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Perayaan 04/05/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

cara untuk kurus dalam masa seminggu

Lelaki & Wanita, Ini Cara Nak Bagi Badan Kurus Dalam Tempoh 7 Hari Saja, Confirm Menjadi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 08/09/2020 . 3 minit bacaan
turun berat badan

Pssttt.. Rahsia Nak Turun Berat Badan Cuma Jaga Tidur Saja? Orang Nak Kurus Wajib Baca!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 24/06/2020 . 3 minit bacaan
bulan ramadhan

Cuaca Panas Terik Di Luar Buat Badan Lesu? AWAS! Ini 15 Tanda Anda Dehidrasi Masa Berpuasa

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 18/05/2020 . 3 minit bacaan
puasa 20 jam

Anda Sanggup Puasa 20 Jam Sehari Sepanjang Ramadan? Ini Cabaran Bagi Umat Islam Di Luar Negara

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 13/05/2020 . 3 minit bacaan