Buncit Bukan Tanda Bahagia, Ada 6 Kemungkinan Punca Perut Anda Mula 'Memboroi'!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 25/10/2022

    Buncit Bukan Tanda Bahagia, Ada 6 Kemungkinan Punca Perut Anda Mula 'Memboroi'!

    Pernahkah anda terfikir dan tertanya kenapa perut buncit sedangkan sudah menjaga pemakanan dan membuat aktiviti fizikal? Sebenarnya, ada beberapa kemungkinan keadaan itu boleh berlaku kepada anda! Teruskan baca artikel ini untuk tahu dengan lebih dalam.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Kesihatan, anda juga boleh klik di sini.

    Perut boroi akibat kuat makan dan malas?

    Untuk pengetahuan anda semua, masalah perut buncit lazimnya disebabkan oleh lemak visceral iaitu sejenis lemak degil yang mengelilingi organ-organ di sekitar perut dan abdomen individu.

    Pengumpulan lemak degil di perut dan abdomen ini biasanya dikaitkan dengan tabiat pengambilan makanan tidak seimbang tertentu terutama lemak, gula dan karbohidrat yang berlebihan.

    Dalam pada itu, individu yang mengamalkan gaya hidup sedentari yakni tidak gemar bergerak dan bersenam juga adalah antara faktor risiko peningkatan lemak termasuk di kawasan perut.

    Namun, bagaimana pula dengan mereka yang menjaga pemakanan serta membuat aktiviti fizikal?

    kenapa perut buncit

    Ketahuilah bahawa ada banyak lagi sebab lain kenapa perut mula memboroi dan ia bukan sahaja akan melibatkan dua aspek di atas tadi. Sebelum anda jumpa doktor, kami akan cuba huraikan.

    Berikut antara sebab lain perut anda boroi!

    Alangkah sedih dan sakit hati apabila orang mula mengejek dan memerli anda dengan soalan “kenapa perut buncit seperti hamil?” sedangkan anda belum lagi berkahwin atau seorang lelaki tulen.

    Jadi, kenapa perut anda boleh buncit? Di bawah adalah antara punca dan faktor risiko masalah ini:

    #1. Kehamilan (khusus bagi wanita sahaja)

    Khas untuk wanita, mungkin selalu timbul persoalan di minda kenapa perut buncit seperti hamil walhal anda tahu tidak mengandung ekoran tiada hubungan seksual tanpa perlindungan.

    Pada awal usia kehamilan yakni di sekitar 3 ke 4 bulan, baby bump yang telah muncul sering kali disalahertikan sebagai buncit sedangkan ia adalah petanda awal jika wanita sedang hamil.

    #2. Isu sistem penghadaman dan pencernaan

    Di dalam perut manusia, wujud bakteria baik dan jahat semula jadi yang perlu seimbang supaya ia dapat mengekalkan fungsi serta tugas organ ini dalam mencernakan makanan dan minuman.

    Sekiranya berlaku ketidakseimbangan bakteria ditambah pula dengan isu lain pada usus besar dan kecil, proses mengosongkan perut akan menjadi perlahan lantas memicu masalah perut boroi.

    Kenapa perut buncit #3. Gas atau angin

    kenapa perut buncit

    Gas atau angin yang terkumpul dan terperangkap di dalam perut juga boleh menjadi antara punca masalah ini terjadi. Selain cara makan yang salah, gas berlebihan juga boleh wujud di dalam perut angkara intoleransi laktosa, gluten dan lain-lain namun ia mudah dirawat.

    Baca lagi artikel berkaitan:

    Kenapa perut buncit#4. Hormon tubuh badan

    Perubahan pada kadar hormon insulin, kortisol serta seksual (testosteron bagi lelaki dan estrogen untuk wanita) juga boleh memicu masalah ini. Alasannya, hormon yang menurun atau meningkat mendadak akan menjejaskan proses pengumpulan lemak visceral di perut.

    #5. Tabiat menghisap rokok & meminum alkohol

    Sesungguhnya, tabiat menghisap rokok serta meminum alkohol itu adalah sama sekali tidak bagus untuk kesihatan tubuh badan anda secara keseluruhan dan ia perlu dihentikan dengan segera.

    Salah satu daripada akibat tabiat buruk ini adalah ia boleh menyebabkan perut buncit kerana akan terbentuk lebih banyak lemak visceral di sekitar abdomen jika tabiat ini masih lagi diteruskan.

    #6. Kondisi kesihatan lain yang tertentu

    kenapa perut buncit

    Dalam pada itu, ada beberapa jenis penyakit yang turut boleh mengakibatkan masalah ini berlaku selain akan menyebabkan gejala buruk lain. Berikut adalah antara keadaan kesihatan tersebut:

    Meskipun perut boroi tidak semestinya petanda penyakit di atas, namun ia adalah antara simptom yang wajar diperhatikan oleh individu. Segera jumpa doktor jika anda tinggi risiko kondisi terbabit.

    Perut buncit bukan satu isu yang kecil…

    Ramai yang mungkin kurang pasti sebab kenapa perut buncit sehingga menyangka ia adalah tanda bahagia sedangkan itu bukan halnya. Ini kerana kebahagiaan tidak akan membawa isu kesihatan.

    Jadi, jangan anda salahkan perkahwinan atau perhubungan yang bahagia itu sebagai sebab kenapa perut anda boroi. Maka, segera jumpa doktor untuk tahu apa yang perlu diberi perhatian untuk kesihatan anda.

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 25/10/2022

    Iklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    Iklan
    Iklan
    Iklan