Badan Banyak ”Peta” Akibat Panau? Ini 6 Petua Yang Berkesan Untuk Menghilangkannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/09/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Panau atau ‘tinea versicolor’ adalah sejenis jangkitan kulat yang disebabkan oleh kulat jenis genus Malassezia. Jangkitan ini kebiasaannya akan berlaku kepada individu yang mendiami kawasan tropikal dan sub-tropikal serta boleh berlaku kepada haiwan. Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui mengenai ciri-ciri dan punca berlakunya panau serta beberapa petua hilangkan panau yang efektif!

Apakah ciri-ciri panau?

Antara ciri-ciri panau yang dapat dilihat dengan mata kasar adalah tompok-tompok jelas dan pucat yang berwarna putih, coklat, perang, hitam atau merah jambu. Tompok-tompok ini berbentuk bulat atau bujur dan kadang kala akan bercantum menyebabkannya menjadi lebih besar dan luas.

Ia kebiasaannya akan menyerang bahagian kulit yang terdapat banyak penghasilan minyak seperti muka, leher, kulit kepala, dada serta belakang badan. Kebiasaanya, penderita jangkitan panau ini akan berasa gatal pada kawasan kulit yang mengalami panau.

hilangkan panau

hilangkan panau

sumber: http://www.myhealth.gov.my/panau-tinea-versicolor/

Apakah punca berlakunya panau?

Terdapat beberapa punca berlakunya panau, termasuklah:

Apakah petua hilangkan panau?

Panau boleh dirawat dengan menggunakan ubat sapu atau ubat makan iaitu:

  • Losyen 2.5% selenium sulphide
  • Propylene glycol
  • Whitfield’s ointment
  • Krim terbinafine
  • Kumpulan azole: clotrimazole, miconazole, ketoconazole, econazole, tioconazole

Selain itu, terdapat 6 tip menghilangkan berkesan menghilangkan panau iaitu:

#1. Bawang putih

bawang putih

Bawang putih boleh digunakan untuk menghilangkan panau kerana ia bersifat anti kulat. Caranya, hanya perlu sapukan ia pada kawasan yang dijangkiti atau makan secara mentah.

#2. Yogurt

Yogurt merupakan agen yang sangat bagus dalam mematikan kulat. Oleh itu, ia sangat berkesan dalam menghilangkan panau. Caranya, jadikan yogurt ini sebagai masker dan tampalkan ia pada kawasan yang berpanau.

#3. Mentega, serbuk kunyit & serbuk cedana

Bahan-bahan yang sangat terkenal dalam petua penjagaan kulit ini boleh juga digunakan untuk menghilangkan panau. Caranya, campurkan bahan-bahan ini menjadi ‘masker’ sama seperti yogurt dan tampalkan ia pada kawasan yang dijangkiti.

#4. Limau & kapur

Limau dan kapur adalah bahan alkali yang mampu meneutralkan kadar pH pada kulit. Oleh itu, ia sangat berkesan menghilangkan panau. Caranya, campurkan limau dan kapur ini kemudian titiskan atau sapukan ia pada kawasan panau.

#5. Ambil vitamin

vitamin untuk ibu mengandung

Anda sangat disarankan untuk mengambil vitamin C yang ternyata bagus untuk kulit ini untuk menghilangkan panau. Selain itu, anda juga boleh mengambil suplemen lain seperti alfalfa untuk menguatkan sistem imun dalam badan anda.

#6. Jaga kebersihan diri

Paling penting, anda perlu sentiasa menjaga kebersihan diri. Jika anda seorang yang aktif dan banyak berpeluh, pastikan anda kerap mandi bagi menghalang setiap pertumbuhan kulat pada kulit.

Akhir kata, panau adalah satu kondisi kulit yang biasa berlaku kepada golongan masyarakat kita. Namun, jangan risau ya? Anda boleh cuba petua hilangkan panau yang kami sediakan ini. Jangan risau, ia terbukti berkesan dan tiada kesan sampingan yang akan berlaku!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Jaga-jaga Jika Gemar Berkebun & Ada Kucing Di Rumah? Anda Berisiko Kena JANGKITAN Ini

Asyik menggaru tangan sebab gatal & keadaan kulit tangan seakan cacing merayap bawah kulit? Itu masalah kulit CLM yang perlu diberikan perhatian!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 11/09/2020 . 3 minit bacaan

Produk Kulit Berasaskan Niacinamide Yang Tengah Hot Di Pasaran, Ada Kesan Sampingan Ke?

Lambakan produk penjagaan kulit di pasaran, jadi anda mungkin keliru memilih yang terbaik. Bagaimana dengan produk berasaskan niacinamide, ada manfaat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 10/09/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Pelik Jika Ada Stretch Mark Pada Bahu, Ia Boleh Muncul Di SEMUA Tempat! Ini Puncanya

Apa itu stretch mark? Ramai yang tahu tentang perkara ini namun mengapa ia boleh muncul pada semua tempat termasuk bahu? Klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 09/09/2020 . 3 minit bacaan

Rahsia Kulit Putih Hanya Dengan Makanan, Lepas Ini Tak Perlu Lagi Buat Rawatan Cerahkan Kulit

Makan buah-buahan dan sayuran baik untuk kesihatan, walaupun mungkin tidak ramai mengamalkannya, tapi bagaimana pula jika ia boleh mengubah warna kulit?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 04/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

cara pakai sunblock

Nak Pergi Pantai? Pastikan Pakai Sunblock Kerana Payung Saja Tak Cukup Lindungi Kulit Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
leher berkedut

Leher Berkedut & Menggeleber Akibat Usia? TENANG, Ada 3 Cara Untuk Mengurangkannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
ekzema zakar

Ekzema BUKAN Saja Boleh Jadi Pada Muka & Badan, Alat Sulit Juga Berisiko Terkena?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
meremang bulu roma

Ini Sebab Saintifik Mengapa Bulu Roma Tiba-tiba Boleh Meremang, Bukan Kerana Entiti!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan