Kulit Gatal Tanda Penyakit Hati?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 21/10/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Kulit bertindak sebagai jendela kepada tahap kesihatan keseluruhan anda. Disebabkan itu, penyakit dalaman mungkin menunjukkan tandanya dengan perubahan kulit. Kulit gatal atau pruritus boleh menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan dalaman termasuklah masalah hati. Malah, perubahan kulit mungkin merupakan tanda pertama penyakit hati pada pesakit.

Sistem hepatobiliari terdiri daripada sistem hempedu dan hati. Pruritus adalah simptom paling biasa dan kadang-kadang yang paling menyakitkan bagi pesakit hepatobiliari. Ia boleh menjadi sementara dan hanya kegatalan ringan atau berterusan dan teruk. Kaitan kegatalan dengan penyakit hati tidak diketahui dengan tepat, melainkan dikatakan disebabkan masalah dengan aliran hempedu terhalang.

Pruritis dalam penyakit hati dipercayai disebabkan oleh kolestasis, peningkatan hempedu dalam aliran darah akibat laluannya terhalang. Hempedu dihasilkan dalam sel hati, bergerak keluar daripada rangkaian saluran hempedu melalui pankreas dan dikosongkan ke dalam usus kecil anda. Ia membantu penyingkiran bahan buangan oleh hati dan membantu usus anda menyerap lemak.

Hati meneutralkan toksin dan menapis garam hempedu. Jika fungsinya terjejas, pengumpulan garam hempedu, asid hempedu, dan bilirubin berlaku. Pemendapan bahan-bahan ini pada kulit dipercayai menyebabkan kerengsaan dan gatal-gatal. Penyelidikan lanjut masih berterusan untuk memahami bahan kimia yang tepat yang menyebabkan gatal-gatal yang mungkin boleh membantu pilihan rawatan pada masa akan datang.

Ciri-ciri gatal disebabkan penyakit hati

Rasa gatal menyeluruh pada satu badan disebabkan penyakit hati boleh muncul sebelum tanda-tanda atau simptom kolestasis yang lain berlaku. Terdapat beberapa ciri unik kegatalan disebabkan penyakit hati. Ia kebiasaannya paling teruk pada anggota badan, terutamanya pada telapak tangan dan tapak kaki. Ia juga biasanya lebih teruk pada waktu petang dan malam, sekali gus menjejaskan tidur. Ia biasanya bertambah teruk sewaktu haid, terapi penggantian hormon, awal kehamilan, bersentuhan dengan bulu dan haba seperti mandian panas.

Ia tidak dapat dilegakan dengan menggaru dan biasanya tidak  menyebabkan tanda yang jelas pada kulit melainkan disebabkan tanda-tanda menggaru itu sendiri. Kadangkala luka seperti keruping atau bintil mungkin berkembang pada kulit dan disalah anggap sebagai masalah kulit sendiri.

Menangani kulit gatal akibat penyakit hati

Gatal disebabkan penyakit hati hanya dapat diredakan dengan menangani masalah halangan aliran hempedu. Sekiranya tidak dapat merawat punca masalah, beberapa ubat-ubatan seperti Cholestyramine dan Rifampicin dapat membantu meredakan gatal-gatal. Cholestyramine berfungsi dengan menarik garam hempedu dalam usus anda dan menyingkirkannya, menghalangnya daripada diserap kembali kepada aliran darah. Rifampicin, sejenis antibiotik, menyebabkan peningkatan metabolisme hempedu dan bahan kimia lain dalam hati.

Pruritus disebabkan penyakit hati agak sukar dirawat. Ia menjejaskan kualiti hidup pesakit kerana sering mengganggu tidur, aktiviti harian mereka, dan hubungan peribadi. Ia juga boleh menyebabkan kemurungan dan juga niat bunuh diri dalam kes-kes yang teruk. Dalam keadaan yang jarang berlaku, kegatalan yang tidak terkawal pada pesakit penyakit hati kronik boleh menjadi sebab keperluan pemindahan hati walaupun belum berlaku kegagalan hati.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bahaya! 6 Keadaan Kulit Ini Mungkin Petunjuk Anda Menghidap Penyakit Jantung

    Penyakit jantung berpotensi menjadi antara punca kematian sesetengah individu. Tapi, tahukah anda tanda amaran ia juga boleh dilihat dengan perubahan kulit?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Penyakit Jantung, Pusat Kesihatan 06/11/2020 . 3 minit bacaan

    Boleh Ke Probiotik Merawat Masalah Kulit Ekzema? Ini Jawapan Menurut Kajian

    Ekzema adalah masalah kulit yang merangkumi kegatalan, bengkak serta ruam merah. Kini, penggunaan probiotik semakin meluas dalam merawat kondisi ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 06/11/2020 . 3 minit bacaan

    Sering Sakit Dada Tapi Tidak Tahu Sebabnya? Awas, Mungkin Ada Masalah Pada Hempedu!

    Mungkin ramai yang pernah terkena sakit dada namun tidak tahu apa puncanya bukan? Ia mungkin akibat masalah pundi hempedu! Jom klik untuk tahu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 04/11/2020 . 3 minit bacaan

    11 Makanan Yang Baik Dan Tidak Baik Untuk Kesihatan Hati, Waspada Pemakanan Anda Setiap Hari

    Pelbagai makanan pernah dikaitkan dengan kanser hati. Proses patologi yang berpunca daripada makanan tersebut boleh meningkatkan risiko dengan cara...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser, Kanser Hati 02/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kulit terkena air panas

    Kulit Melecur Terkena Air Panas Di Rumah? Jangan Bimbang, Rawat Guna 10 Cara Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 24/11/2020 . 3 minit bacaan
    minyak tea tree bagi kulat kuku

    Ada Masalah Kulat Kuku? Boleh Guna Minyak Tea Tree, Katanya Baik Untuk Kulit

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 18/11/2020 . 3 minit bacaan
    barah kulit

    Hati-hati! Bukan Semua Tahi Lalat Itu Penyeri Wajah, Boleh Jadi Petanda Kanser

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 11/11/2020 . 3 minit bacaan
    cuka epal rawat ketuat

    Hilangkan Ketuat Badan Di Rumah Menggunakan Cuka Epal, Selamat Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 09/11/2020 . 3 minit bacaan