Benarkah Orang Tua-Tua Kata, Darah Ayam Jadi Punca Munculnya Ketuat?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Mungkin ada antara kita yang pernah yang pernah mendapat kutil yang dikenali sebagai ketuat pada mana-mana bahagian badan terutamanya di bahagian tangan dan kaki. Orang tua-tua ada mengatakan bahawa, punca ketuat terjadi disebabkan darah ayam yang terkena pada bahagian tubuh. Sejauh manakah kebenaran kata-kata ini?

Sebelum anda pergi lebih jauh mengenai punca ketuat, anda perlu tahu bahawa ketuat telah lama berdampingan dengan hidup manusia. Ia telah dijumpai pada tubuh mumia yang berusia 3,000 tahun.

Walaupun secara umumnya ketuat tidak berbahaya, tetapi ia boleh berjangkit dan menyebabkan ketidakselesaan yang berpanjangan kepada individu terbabit.

Adakah saya mendapat ketuat disebabkan oleh darah ayam?

Sebenarnya, punca ketuat terbentuk apabila virus human papillomavirus (HPV) menghinggapi kulit anda lalu menyebabkan jangkitan. Ia cenderung untuk terbentuk pada bahagian kulit yang pecah atau mengalami koyakan seperti bahagian kulit yang mengalami luka akibat cukur.

Virus yang hadir berkemampuan memasuki bahagian lapisan atas kulit anda melalui luka tersebut, lalu menyebabkan apa yang dipanggil sebagai ketuat.

Adakah ia boleh berjangkit?

punca ketuat

Ya, ketuat sememangnya boleh berjangkit. Anda boleh mendapat ketuat dengan hanya menyentuh ketuat orang lain atau bersentuhan dengan permukaan yang telah disentuh oleh ketuat individu lain seperti kain tuala.

Tambahan lagi, ketuat juga boleh berjangkit ke mana-mana bahagian lain tubuh anda walaupun anda mempunyai hanya satu ketuat. Ini bermakna, anda sendiri boleh menambahkan bilangan ketuat pada badan anda dengan hanya menyentuh ketuat pada tubuh anda sendiri.

Sebab itu, anda disarankan untuk sentiasa mencuci tangan sekiranya anda menyentuh ketuat anda dan mengelakkan daripada menyentuh mana-mana bahagian kulit yang mengalami luka

Kenapa ada ketuat yang mempunyai titik-titik berwarna hitam?

Jika anda mempunyai ketuat yang berwarna hitam atau mempunyai titik-titik hitam,ia sebenarnya adalah salur darah yang membekalkan ketuat dengan nutrien dan oksigen. Ketuat memerlukan nutrien dan oksigen untuk bertahan hidup tau!

Bolehkah ketuat sembuh dengan sendirinya?

Ia bergantung kepada jenis ketuat tersebut. Ada yang boleh hilang dengan sendirinya dan ada juga yang mungkin memerlukan rawatan untuk menghilangkannya.

Kadangkala, ia boleh mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Sesetengah ketuat juga adalah ketuat “ibu” yang menyebarkan ketuat atau menjadi punca ketuat menyebar ke bahagian lain tubuh anda.

Apakah jenis rawatan yang boleh saya gunakan untuk menghilangkan ketuat?

punca ketuat

Bagi jenis ketuat yang biasa terjadi, anda boleh mencuba mendapatkan produk untuk menghilangkannya di kaunter farmasi.

Cuba dahulu dalam beberapa bulan untuk melihat keberkesanannya. Sekiranya punca ketuat anda masih tidak hilang, berjumpalah dengan doktor atau ahli dermatologi. Anda boleh dapatkan kaedah rawatan yang lebih berkesan dan pantas bagi menghilangkannya.

Walau bagaimanapun, anda perlu terus berjumpa dengan doktor sekiranya berada dalam keadaan berikut:

Apakah cara untuk mengelakkan daripada dijangkiti ketuat?

Anda boleh ikuti langkah-langkah mudah ini agar anda tidak dijangkiti ketuat:

  • Basuh tangan anda dengan kerap terutamanya jika anda ada menyentuh ketuat individu lain
  • Jangan sentuh ketuat anda
  • Tutup ketuat anda dengan menggunakan pembalut
  • Pastikan tangan dan kaki anda kering
  • Pakai selipar apabila anda menggunakan tempat-tempat awam seperti tandas

Kesimpulan

Jelas sekali bahawa punca ketuat disebabkan oleh jangkitan virus dan bukanlah faktor darah ayam. Jika faktor darah ayam semata-mata, pasti ketuat tidak mudah berjangkit dengan hanya melalui sentuhan.

Jika benarlah punca ketuat disebabkan oleh darah ayam, pasti ramai yang tidak mahu lagi berniaga ayam di pasar. Jika tidak, dialah individu yang paling teruk dijangkiti ketuat. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Merungkai Mitos Kanser Serviks, Betul Ke Ini Penyakit Keturunan & Pesakit Tak Boleh Hamil?

Terdapat mitos berkaitan kanser serviks yang berlegar-legar dalam kalangan masyarakat. Tetapi sejauh manakah kebenaran mitos tersebut?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kanser, Kanser Serviks 26/10/2020 . 3 minit bacaan

Bukan Alat Sulit Sahaja, Mulut Pun Boleh Dijangkiti HPV? Tolong Waspada 9 Tanda Ini!

Tahukah anda bahawa HPV adalah punca kanser mulut? Jadi jom kita perhatikan tanda-tanda ia berlaku untuk mencegah lebih awal. Jom klik untuk baca!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 24/09/2020 . 3 minit bacaan

Muncul Banyak Bintik Putih Pada Buah Zakar, Adakah Benar Ia Tanda Kanser Testis?

Ada yang percaya bahawa muncul bintik putih pada buah zakar adalah petanda kanser testis. Adakah ia benar? Jom klik artikel ini untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 01/09/2020 . 3 minit bacaan

Rimas Tengok Ketuat Pada Badan? Ini Cara Merawatnya, Mudah Saja, Hanya Perlu Buat Di Rumah!

Kelihatan buruk dan menjengkelkan, ini antara masalah yang dihadapi oleh mereka yang mempunyai ketuat. Apakah cara untuk hilangkan ketuat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 25/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

risiko mengandung

Ibu Hamil Yang Dijangkiti HPV, Baca Ini Untuk Tahu Apa Kesannya Terhadap Kandungan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 16/11/2020 . 3 minit bacaan
hubungan intim jangkitan HPV

MENGEJUTKAN! Tanpa Hubungan Intim Pun Anda Boleh Terkena HPV, Anak Dara Turut Berisiko!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 09/11/2020 . 3 minit bacaan
cuka epal rawat ketuat

Hilangkan Ketuat Badan Di Rumah Menggunakan Cuka Epal, Selamat Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 09/11/2020 . 3 minit bacaan
rawatan penyakit HPV

Sejenis Cendawan Dikatakan Boleh Merawat HPV? Jangan Terlambat Untuk Ambil Vaksin!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 02/11/2020 . 3 minit bacaan