Selalu Lenguh di Bahagian Belakang Badan? Ini Mungkin Sebabnya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Farid terbaring keletihan setelah seharian bekerja hari ini. Dia sedar, kadangkala belakang badannya kerap berasa lenguh-lenguh selain betis kakinya yang berdenyut-denyut. Kerap juga dia mengalami keadaan seperti itu, terutamanya jika dia tidak mendapat rehat yang mencukupi. Sebagai pembaca, adakah anda terfikir apakah yang sedang dialami oleh Farid? Simptomnya kelihatan seperti sakit-sakit biasa sahaja tetapi kelihatan seperti sakit kronik. Tetapi tahukah anda, kekerapan kesakitan kronik (chronic pain) seperti yang dialami oleh Farid sebenarnya telah menjejaskan ramai individu di seluruh dunia? 

Kelaziman penyakit kronik di Malaysia dan dunia

Berpandukan data yang dikeluarkan oleh Persatuan Kajian Kesakitan Sedunia, sebanyak 10% daripada populasi dunia iaitu kira-kira 60 juta orang, mengalami sakit kronik. Manakala anggaran bagi setiap negara dan benua menunjukkan kelaziman bagi kesakitan kronik menghampiri 20 hingga 25%.

Manakala di Malaysia, berdasarkan data yang dikeluarkan daripada Institut Kesihatan Umum, Kementerian Kesihatan Malaysia, dianggarkan sebanyak 7% daripada penduduk Malaysia mengalami sakit kronik yang bukan disebabkan oleh kanser.

Angka tersebut mungkin kelihatan sedikit, tetapi ia adalah signifikan dan berkemungkinan akan meningkat dari masa ke masa. Jadi, apakah sebenarnya kesakitan kronik ini?

Definisi kesakitan kronik

sakit kronik

Kesakitan kronik diertikan sebagai kesakitan yang berlaku secara berterusan dalam satu tempoh jangka masa yang agak lama, sekurang-kurangnya 2 minggu. Ia mungkin berlaku secara berterusan atau kadang-kadang, dan kehadiran kesakitan tersebut berlaku tanpa sebab yang jelas. 

Jenis kesakitan kronik yang biasa berlaku

Berikut merupakan antara jenis sakit kronik yang biasa berlaku:

Simptom-simptom kesakitan kronik

sakit kronik

Terdapat lima jenis simptom kesakitan kronik yang boleh berlaku terhadap seseorang individu. 

  • Kesakitan somatik (superficial somatik): iaitu kesakitan yang berlaku pada permukaan tubuh apabila reseptor di bahagian kulit atau tisu permukaan menjadi aktif.
  • Kesakitan dalaman tubuh (deep somatic): ia terjadi apabila reseptor kesakitan yang berada di bahagian tulang, otot, fasia, daging dan saluran darah terangsang. Ia mengakibatkan kesakitan seperti lenguh-lenguh dan sukar untuk ditentukan kawasannya secara tepat.
  • Kesakitan organ dalaman (visceral pain): ia terjadi di bahagian organ dalaman tubuh dan lokasinya amat sukar untuk ditentukan. Selain itu, beberapa jenis organ dalaman turut menghasilkan kesakitan rujukan (referred pain) apabila jenis organ tersebut tercedera. Kesakitan rujukan berlaku apabila rasa sakit tersebut terletak di bahagian yang jauh daripada punca penyebab kesakitan. 
  • Kesakitan periferal: ia adalah kesakitan yang berasal dari sistem saraf periferal dan kesakitannya berbentuk rasa “terbakar”, “ngilu”, tusukan jarum, kebas dan tikaman.
  • Kesakitan sentral: kesakitan ini berasal daripada otak, saraf tunjang dan simpatetik.

Apakah yang menyebabkan kesakitan kronik?

kesakitan kronik

Pada kebiasaannya, sakit kronik disebabkan oleh kecederaan awal seperti koyakan pada bahagian otot yang disebabkan oleh pelbagai faktor seperti keletihan, penggunaan otot secara berlebihan, atau penggunaan otot secara tidak wajar atau tidak betul.

Kesakitan kronik dipercayai berkembang selepas saraf menjadi rosak dan kerosakan saraf yang berlaku telah menyebabkan kesakitan menjadi lebih kuat dan bertahan lebih lama. Dalam kes seperti ini, rawatan yang dilakukan terhadap kecederaan yang berlaku tidak akan menyembuhkan sakit kronik tersebut. 

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kes di mana sesetengah individu mengalami kesakitan kronik tanpa sebarang kecederaan yang berlaku. Penyebab sebenar bagi kes seperti ini tidak begitu diketahui dan kesakitan kronik yang berlaku mungkin berpunca daripada keadaan kesihatan yang lain. 

Kesimpulannya

Sekiranya anda mempunyai simptom atau kesakitan seperti yang dialami oleh Farid dalam tempoh yang agak lama, cuba dapatkan nasihat kesihatan daripada doktor perubatan bertauliah bagi memastikan jenis kesakitan yang anda alami. Anda mungkin berasa bahawa kesakitan yang anda alami itu hanya sekadar sakit biasa, namun ia tidaklah seperti itu. Itulah sebabnya penyakit ini disebut sebagai sakit kronik

Jika tidak, anda akan kekal mengalaminya seumur hidup dan kami pasti, anda tidak mahukannya “menemani” perjalanan hidup anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sakit Bahu? Ini Penyebab Dan Cara Atasinya

    Selain sakit belakang dan lutut, sakit badan lain yang turut menjadi masalah kepada ramai orang adalah sakit bahu. Ketahui punca dan cara mengatasinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Pusat Kesihatan, Penyakit Muskuloskeletal 13/12/2019 . 4 minit bacaan

    Ayuh, Mari Hapus Stigma Psoriasis!

    Psoriasis sering dianggap sebagai penyakit berjangkit walaupun ia tidak. Teruskan membaca untuk mengetahui berkenaan dengan penyakit ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Penyakit Kulit 25/10/2019 . 2 minit bacaan

    Teruk Sangat Ke Migrain Sampai Kena Ambil MC?

    Teruk sangat ke migrain sampai mereka yang merasainya terdorong untuk mengambil cuti sakit? Ikuti artikel ini untuk maklumat selanjutnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 17/10/2019 . 2 minit bacaan

    Berat Badan Turun 50 kg? Biar Betul!

    Tidak mustahil untuk anda turun 50 kg berat badan. Apa? 50 kg?! Bagaimana? Ikuti artikel ini untuk mengetahui berkenaan dengannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 03/10/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    rawatan fisioterapi

    Jangan Biarkan! Jika Sering Sakit Belakang, Ini Mungkin Petanda Anda Perlukan Rawatan Fisioterapi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 07/09/2020 . 3 minit bacaan
    cuaca panas

    Negara Dilanda Cuaca Panas Melampau, Ikut 10 Tip Ini Untuk Elak Jatuh Sakit!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 13/08/2020 . 3 minit bacaan
    regangan pagi

    Rasa Lesu Ketika Bangun Tidur? Lakukan Senaman Regangan Ini Untuk Kekal Segar, 10 Minit Saja!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 14/07/2020 . 3 minit bacaan
    trauma

    Trauma Atau Kecederaan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 13/12/2019 . 3 minit bacaan