Sakit Kepala Selepas Makan? Baca Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Mengalami sakit kepala selepas makan menyebabkan seseorang berasa tekanan antara mata, berdenyut pada satu sisi kepala atau berasa tegang di dahi. Walaupun sakit kepala selepas makan bukan perkara biasa, tetapi ia bukan bermakna anda boleh mengabaikannya. Ini kerana sakit kepala selepas makan juga boleh menjadi simptom keadaan perubatan. Dalam kebanyakn kes, seseorang yang mengalami sakit kepala dan mual selepas makan, memerlukan perhatian perubatan untuk mendiagnosis dan merawat penyakitnya dengan betul.

Punca sakit kepala selepas makan

Postprandial hypoglycemia

Ia juga dikenali sebagai hipoglikemia reaktif. Keadaan ini dicirikan oleh sakit kepala dalam masa 4 jam selepas makan. Ia dicetuskan oleh penurunan paras gula darah disebabkan beberapa faktor termasuk diabetes, kanser usus dan tahap hormon yang tidak stabil.

Alergi makanan

Kadangkala sistem kekebalan tubuh melihat makanan tertentu sebagai ancaman dan melepaskan histamin dalam darah. Ini adalah tindak balas alergi yang boleh menyebabkan sakit kepala atau bengkak dan gatal-gatal.

Intoleransi makanan

Tidak boleh dikelirukan dengan alergi makanan, intoleransi makanan adalah apabila seseorang tidak boleh bertolak ansur dengan bahan tertentu dalam makanan, seperti laktosa atau gluten. Bagi sesetengah orang yang sensitif terhadap makanan ini, tindak balas adalah sakit perut atau cirit-birit, tetapi bagi yang lain, ia boleh menjadi sakit kepala.

Migrain

Walaupun tidak dapat dikenal pasti sebabnya, bagi sesetengah orang yang mengalami sakit kepala migrain akibat makanan yang mengandungi tyramine seperti krim masam, yogurt dan susu mentega (buttermilk). Terdapat juga makanan lain yang mencetuskan migrain iaitu coklat, daging salai, kicap, dan buah sitrus.

Diabetes

Jika anda menderita diabetes dan memakan sesuatu yang manis, anda boleh mencetuskan sakit kepala. Makanan manis menyebabkan kenaikan kadar gula dalam darah secara tiba-tiba, yang melepaskan insulin. Insulin meningkatkan penyerapan gula ke dalam sel, yang boleh menyebabkan hipoglikemia. Keadaana ini menyebabkan peleburan saluran darah di dalam otak, seterusnya mencetuskan sakit kepala.

Refluks gastrik

Apabila asid meresap naik ke esofagus dan ke arah tekak, ia disebut asid refluks. Makan makanan tertentu, termasuk makanan bergoreng atau pedas, ia meningkatkan asid di perut yang membawa kepada refluks. Ramai orang yang mengalami refluks gastrik mengadu sakit kepala.

Keadaan kesihatan

Dalam sesetengah keadaan, seseorang mungkin berfikir bahawa sakit kepala dialaminya dikaitkan dengan makanan yang mereka makan, tetapi ia juga mungkin sesuatu yang lebih rumit. Neuralgia trigeminal adalah salah satu kemungkinannya. Ini adalah sakit kepala yang berlaku selepas makan ketika anda menderita diabetes. Kemungkinan lain, walaupun jarang, adalah tumor otak.

Selain itu, anda juga mungkin pernah mendengar ungkapan “otak beku” (brain freeze) dalam nada gurauan. Keadaan pembekuan otak ini adalah sakit kepala sementara dan rasa tajam yang akan hilang dalam tempoh beberapa minit. Ia biasanya disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang sangat sejuk. Sudah pasti keadaan ini tidak serius dan anda boleh elakkannya dengan mudah.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Senang Sakit Kepala Kalau Minum Kopi? Ini Senarai Makanan Yang Boleh Buat Pening Kepala

    Tahukah anda, ada banyak perkara yang boleh menjadi punca sakit kepala. Antara makanan yang boleh menyebabkan pening kepala ialah kopi dan coklat.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Sistem Saraf & Otak 05/01/2021 . 3 minit bacaan

    Selalu Bersin & Hidung Tersumbat Waktu Bangun Tidur? Anda Mungkin Alami Alahan Pagi!

    Hidung tersumbat, berair, meleleh, bersin, batuk ialah antara reaksi alergi yang boleh terjadi. Tapi bagaimana pula jika ia hanya berlaku waktu pagi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Alahan, Pusat Kesihatan 05/01/2021 . 3 minit bacaan

    Layan Betul Makan Mi Segera Sambil Tonton Drama Korea, Tapi AWAS, Bahaya Untuk Kesihatan!

    Siapa yang tak pernah makan mi segera? Namun, adakah benar jika dimakan terlalu kerap boleh menyebabkan masalah kesihatan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Pemakanan Sihat, Tips Pemakanan Sihat Lain 04/01/2021 . 3 minit bacaan

    Cik Abang Selalu Letih & Badan Menyusut? Itu Tanda Hormon Tak Seimbang!

    Ketidakseimbangan hormon boleh menjadi punca pelbagai masalah berkaitan kesihatan, tidak kira sama ada kepada lelaki mahupun wanita.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 17/12/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    punca mulut berbau

    Normal Ke Jika Mulut Berbau Waktu Pagi? Ini 5 Puncanya & Juga Tip Mencegah, Pasti BERKESAN!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan
    pil perancang keluarga

    AWAS Wanita! Anda Berisiko Alami Masalah Darah Beku Jika Ambil Pil Perancang Jenis Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan
    cara menghilangkan sakit kepala

    Info Lengkap Mengenai Sakit Kepala: Kenali Jenis, Punca & Rawatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/01/2021 . 4 minit bacaan
    barang kemas

    Kulit Gatal-Gatal Jika Pakai Barang Kemas? Cuba Check Ini Tanda Alergi Emas Atau Ekzema

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 06/01/2021 . 3 minit bacaan