Nak Kekal Hidrat Ketika Berpuasa? Ini 5 Tip Boleh Anda Cuba

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Perkara paling biasa untuk berlaku ketika berpuasa adalah berasa dahaga. Apatah lagi jika dalam keadaan cuaca yang panas dan anda perlu bekerja di luar bangunan. Jadi apakah cara untuk kekal hidrat pada bulan Ramadan?

Rasa dahaga

Air merupakan satu keperluan dalam kehidupan, ia merangkumi 60-70% keseluruhan badan anda. Anda boleh bertahan tanpa makanan selama berminggu-minggu tetapi ia adalah berbeza dengan air. Bagaimana untuk anda kekal hidrat ketika berpuasa?

Adalah normal untuk anda berasa dahaga ketika berpuasa, terutama ketika cuaca panas. Dahaga adalah tanda dehidrasi yang boleh menyebabkan kesan sampingan seperti sakit kepala, sembelit, pening, keletihan dan kulit kering.

Dalam situasi dehidrasi yang kronik, terdapat risiko untuk mendapat komplikasi serius seperti masalah buah pinggang dan sawan. Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk menghindari rasa dahaga sepanjang berpuasa?

Tip kekal hidrat ketika berpuasa

  1. Minum air

Persiapkan diri anda untuk menempuhi hari berpuasa dengan meminum air yang secukupnya pada waktu malam. Pastikan tersedia botol air di sisi anda dan cuba untuk minum sekurang-kurangnya satu atau dua gelas air setiap sejam.

Sebaiknya elakkan dari mengambil minuman bergula dan berkafein kerana ia akan menyebabkan anda perlu meminum lebih banyak air.

  1. Mandi

kekal-hidrat-ketika-berpuasa

Selepas beberapa hari berpuasa, biasanya badan sudah boleh membiasakan diri dengan rasa dahaga pada waktu siang. Anda mungkin akan mendapati simptom dehidrasi yang lain seperti bibir kering atau pecah. Selain itu gejala lain yang mungkin dialami adalah keletihan, peningkatan suhu badan, peningkatan kadar denyutan dan pernafasan serta pening kepala.

Jika anda berasa salah satu simptom yang disebutkan, anda mungkin boleh mencuba untuk mandi dengan air sejuk (bukan air sejuk bercampur ais).

Cuba untuk biarkan diri anda di bawah pancuran air selama 5-10 minit dan cara ini boleh membantu untuk mengurangkan suhu badan. Jika anda bekerja, anda boleh membasahkan tuala kecil dan sapukan tuala yang basah itu pada bahagian dahi, sekitar telingadan leher, bahagian belakang badan dan dada.

  1. Pakaian

Berpuasa pada cuaca yang panas pastinya satu cabaran. Antara tip yang boleh membantu anda kekal terhidrat ketika berpuasa adalah dengan memilih pakaian yang bersesuaian seperti dari aspek warna, fabrik dan lapisan pakaian yang dipakai.

Semuanya memainkan peranan penting untuk membantu mengekalkan suhu badan pada tahap yang rendah. Jika anda bekerja dalam bangunan, pilihlah warna yang terang dan jika kebanyakan waktu kerja anda akan berada di luar, mungkin anda boleh memilih warna yang gelap untuk melindungi diri daripada kesan matahari.

Walau bagaimanapun, warna merah amat tidak digalakkan kerana ia cenderung menarik haba dan membuatkan ia terperangkap pada badan anda.

  1. Bersenam

Bersenam atau melakukan sebarang aktiviti fizikal sememangnya boleh menyebabkan dehidrasi kerana anda akan kehilangan banyak air apabila anda bersenam. Tetapi siapa kata bulan puasa tidak boleh bersenam?

Bersenam sangat baik untuk membantu badan mengeluarkan toksin dan elemen lain yang boleh mendatangkan mudarat dan mungkin menyebabkan dehidrasi.

Anda boleh pilih waktu yang bersesuaian untuk bersenam, dan waktu yang terbaik adalah selepas dua atau tiga jam berbuka puasa. Walau apapun, jika anda bersenam, pastikan anda mengimbangi kembali air yang telah keluar dari badan sewaktu bersenam dengan meminum banyak air sebelum anda tidur.

ketika berpuasa

  1. Makanan berbuka

Semestinya setelah seharian berpuasa, keinginan untuk makan datang membuak-buak, apatah lagi jika anda pergi ke bazar Ramadan. Namun, sebaiknya, ketika memilih makanan, elakkan makanan yang mengandungi terlalu banyak gula, kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi.

Manakala buah-buahan adalah pilihan yang terbaik yang dapat membekalkan lebih banyak air. Makanan yang pedas dan masin juga akan menyebabkan peningkatan keperluan air badan.

Jadi sekiranya anda ingin memakan makanan seperti itu, sebaiknya, ambillah dalam jumlah yang kecil. Ini dapat membantu anda untuk kekal hidrat. 

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Bayi Menyusu Badan Pun Boleh Sembelit? Ini Mungkin Puncanya, Cepat Rawat Ye, Mama!

Mommies susah hati fikirkan punca bayi sembelit walaupun masih menyusu badan? Takpa, Hello Doktor ada cara mengatasi bayi sembelit yang boleh dicuba.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Tips Keibubapaan 11/06/2020 . 3 minit bacaan

Tak Sabar Nak Berjemur Di Pantai Lepas PKP? Buat Wanita Hamil, Ini BAHAYA Yang Bakal Ibu Perlu Tahu

Berkelah dan berjemur di pantai pastinya aktiviti kesukaan ramai individu. Namun, bagi wanita mengandung, wujud kesan bahaya yang perlu anda ketahui.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 05/06/2020 . 3 minit bacaan

Cuaca Panas Terik Di Luar Buat Badan Lesu? AWAS! Ini 15 Tanda Anda Dehidrasi Masa Berpuasa

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan anda mengalami tanda tanda dehidrasi semasa berpuasa di bulan Ramadan. Ini 15 gejala yang boleh dialami.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 18/05/2020 . 3 minit bacaan

Anda Sanggup Puasa 20 Jam Sehari Sepanjang Ramadan? Ini Cabaran Bagi Umat Islam Di Luar Negara

Ada segelintir umat Islam yang puasa 20 jam sehari untuk tempoh sebulan pada bulan Ramadan. Banyak cabaran namun ia tidak mustahil untuk dilaksanakan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 13/05/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

minuman isotonik

Dahaga Selepas Penat Bersukan, Yang Mana Lebih Sesuai Diminum? Air Kosong @ Isotonik?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 27/08/2020 . 3 minit bacaan
tanda tanda dehidrasi

Tak Makan Beberapa Hari Masih Boleh Hidup, Tapi Kenapa Kalau Tak Cukup Minum Air Boleh Mati?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 26/08/2020 . 3 minit bacaan
minum air

Ibu, Cukup Tak Air Yang Anak Minum Setiap Hari? Ini Panduan Jumlah Air Yang Si Kecil Perlukan

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 24/06/2020 . 3 minit bacaan
Hiperemesis gravidarum

Kerap Muntah Masa Hamil Sampai Hilang Berat? BAHAYA! 5 Cara Ini Boleh Bantu Atasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 22/06/2020 . 3 minit bacaan