backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Kerap Buang Air Besar Selepas Makan? Ini Sebabnya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 20/07/2022

    Kerap Buang Air Besar Selepas Makan? Ini Sebabnya!

    Pernah tak anda bergegas ke bilik air selepas makan untuk buang air besar? Adakah ia satu situasi buang air besar normal?

    Mungkin anda mempunyai interpretasi tersendiri berkenaan dengan fenomena ini, namun apa yang anda perlu tahu, ia merupakan satu proses fisiologikal yang normal.

    Tapi bukan semua individu akan terasa hendak buang air besar sesudah makan.

    Ia berbeza mengikut faktor seperti usia, jantina dan latar belakang masalah kesihatan.

    Teruskan membaca untuk mengetahui punca di sebalik fenomena ini dengan lebih lanjut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Penghadaman, anda boleh klik di sini.

    Refleks gastrokolik, punca di sebalik buang air besar sejurus selepas makan

    buang air besar

    Jika anda menyangka bahawa makanan yang baru sahaja anda makan telah diproses oleh sistem pencernaan anda, tanggapan itu salah.

    Ukuran bagi sistem pencernaan manusia boleh mencecah 9 meter. 

    Mustahil untuk makanan yang baru sahaja anda ambil diproses dalam masa yang sangat singkat.

    Fenomena biologi yang menyebabkan anda rasa hendak buang air besar normal sesudah makan dikenali sebagai refleks gastrokolik (perut usus).

    Apabila kita mengambil makanan pada jumlah yang berbeza, badan akan bertindak balas untuk memaksimumkan ruang penyimpanan makanan.

    Hormon seperti serotonin, neurotensin, gastrin, cholecystokinin dan prostaglandin memainkan peranan penting bagi mencapai matlamat tersebut.

    Perkara ini akan menyebabkan usus besar untuk mengalami kontraksi dan makanan yang pernah anda makan 2-5 hari lepas akan bergerak keluar daripada badan anda.

    Anda mungkin berminat:

    Ya, makanan akan mengambil masa 2 hingga 5 hari untuk dicerna, diproses, diserap nutrisinya dan dibuang selebihnya.

    Ia memerlukan di antara 6 hingga 8 jam untuk melalui perut dan usus kecil manusia. 

    Apabila sampai di usus besar, makanan akan bergerak perlahan melaluinya dalam tempoh masa 36 jam.

    Setiap individu mempunyai sistem pencernaan yang unik. Jika mereka tidak rasa hendak buang air besar selepas makan pun sistem pencernaan mereka boleh dianggap normal.

    Namun, secara umumnya makanan akan keluar di antara 2 hingga 5 hari selepas makan.

    Perkara yang anda perlu tahu adalah bukan semua fenomena gastrokolik adalah normal.

    Bila anda perlu risau jika kerap buang air besar normal selepas makan?

    Kesan refleks gastrokolik yang dialami oleh setiap individu tidak sama.

    Ada yang cuma mengalami kesan ringan, ada yang sederhana dan ada juga yang lebih kuat.

    Mereka yang mengalami masalah ini akan buang air besar normal dengan lebih kerap.

    Kajian yang dijalankan oleh Klinik Mayo pada tahun 2010 menunjukkan mereka yang mempunyai masalah berkaitan sistem pencernaan boleh mengalami kadar cerna yang cepat.

    Antara perkara yang boleh menyumbang kepada perkara tersebut adalah seperti berikut:

    1. Alergi makanan.
    2. Penyakit keradangan usus (IBD).
    3. Sindrom keradangan usus (IBS).
    4. Masalah gastrik.
    5. Penyakit Crohn.
    6. Masalah keresahan.
    7. Pengambilan makanan berminyak.

    buang air besar

    Jika refleks gastrokolik mereka menjadi bertambah teruk, mereka akan mula mengalami simptom lain. 

    Antaranya adalah seperti berikut:

  • Sakit abdomen.
  • Kekembungan perut.
  • Selalu terkentut.
  • Terdapat lendiran pada najis ketika buang air besar.
  • Cirit-birit atau sembelit atau selang seli antara keduanya.
  • Bagaimana pula dengan jangkitan gastrousus seperti keracunan makanan dan sebagainya?

    Apabila anda mengalami masalah cirit-birit, ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Kebanyakannya adalah disebabkan oleh kesan gastrokolik.

    Namun, jika ia disebabkan oleh jangkitan, refleks tersebut tidak memainkan sebarang peranan. 

    Mereka yang mengalami masalah cirit-birit disebabkan oleh masalah kesihatan akut seperti keracunan makanan biasanya akan kembali buang air besar normal seperti biasa dalam masa beberapa hari.

    Walau bagaimanapun, jika anda mengalami masalah lain atau jangkitan kronik, ia boleh menyebabkan durasi cirit-birit menjadi lama.

    Inkontinens najis, masalah sukar tahan ia daripada keluar sebelum sampai bilik air

    Berbeza dengan rasa hendak buang air besar normal selepas makan, mereka yang mengalami masalah inkontinens najis boleh rasa ingin ‘melepaskan hajat’ pada bila-bila masa sahaja.

    Perkara ini agak lazim terutamanya buat mereka yang mengalami masalah keracunan makanan.

    Bayangkan, anda rasa hendak buang air. Jika tidak cepat ke bilik air, ia akan terkeluar dan jika anda lari pun ia akan terkeluar.

    Seperti dalam kes keracunan makanan, mereka yang mengalami jangkitan virus juga boleh mengalami inkontinens.

    buang air besar

    Baca juga:

    Jika anda pernah cuba untuk kentut sikit-sikit kerana takut ada najis yang akan terkeluar, anda sebenarnya sedang mengalami inkontinens.

    Antara punca kepada masalah ini adalah:

    1. Kerosakan pada saraf yang terletak pada organ rektum. Perkara ini boleh berlaku kepada mereka yang mengalami kecederaan ketika melahirkan anak, pembedahan, meneran sewaktu buang air besar normal, masalah strok dan sebagainya.
    2. Kecederaan pada otot rektum. Punca berlaku lebih kurang sama dengan kerosakan saraf.
    3. Masalah prolaps rektum. Keadaan di mana rektum anda terjulur dan menonjol keluar daripada dubur.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 20/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan