Masalah buah pinggang dan diabetes tidak dapat dipisahkan. Hampir 1 daripada 3 pesakit diabetes mengalami masalah buah pinggang. Ia juga disebut sebagai nefropati diabetes atau diabetic nephropathy. Tidak dinafikan, penyakit diabetes merupakan salah satu penyebab buah pinggang rosak.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kencing Manis, anda boleh klik di sini.
Apa itu nefropati diabetes?
Sebelum kita fokus mengenai masalah buah pinggang dan penyakit diabetes, mungkin ada di antara anda yang kurang memahami tentang nefropati diabetes. Jadi, mari kita bercakap mengenainya terlebih dahulu.
Nefropati bermaksud penyakit atau kerosakan buah pinggang. Sementara itu, Nefropati diabetes adalah kerosakan kepada buah pinggang yang disebabkan oleh diabetes.
Dalam kes yang teruk, ia boleh membawa kepada kegagalan buah pinggang. Namun tidaklah semua individu yang menghidap diabetes mempunyai kerosakan buah pinggang.
Didapati 40 peratus kes diabetes akan menjadi penyebab buah pinggang rosak.
Apakah simptom nefropati diabetes?
Tanda-tanda umum bagi nefropati diabetes adalah seperti:
- Kawalan tekanan darah yang semakin teruk
- Protein dalam air kencing
- Bengkak kaki, buku lali, tangan atau mata
- Peningkatan keperluan untuk buang air kecil
- Kurang memerlukan insulin atau ubat diabetes
- Kekeliruan atau kesukaran menumpukan perhatian
- Hilang selera makan
- Pening dan muntah
- Gatal berterusan
- Keletihan
Pada peringkat awal nefropati diabetes, anda mungkin tidak dapat melihat sebarang tanda atau gejala. Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak di senaraikan di atas.
Apakah penyebab buah pinggang rosak, nefropati diabetes?
Buah pinggang mempunyai banyak saluran darah kecil yang menyaring sisa dari darah anda. Salah satu penyebab buah pinggang rosak ialah jumlah gula yang tinggi di dalam saluran darah disebabkan penyakit diabetes,
Lama kelamaan, buah pinggang tidak dapat melakukan pekerjaannya juga. Kemudian ia mungkin berhenti bekerja sepenuhnya. Ini dipanggil kegagalan buah pinggang.
Apakah kaitan antara diabetes dan penyebab buah pinggang rosak?
Gula yang tinggi di dalam darah menjejaskan salur darah di dalam badan, termasuk yang melibatkan buah pinggang. Salur darah yang semakin sempit mengganggu fungsi normal buah pinggang terbabit.
Tambahan pula, keadaan lain seperti tekanan darah tinggi kerap dialami oleh pesakit sehingga menjadi penyebab buah pinggang rosak
Selalunya, masa yang lama sehingga berpuluh-puluh tahun diperlukan sebelum kerosakan yang signifikan berlaku. Namun, di saat diabetes jenis 2 didiagnosis, kebiasaannya diabetes telah bermula lama sebelum itu dan buah pinggang juga telah mula rosak.
Antara penyebab buah pinggang rosak ialah:
- Gula di dalam darah tidak dikawal dengan baik
- Tekanan darah tinggi
- Merokok
- Tidak melakukan aktiviti fizikal
- Diet tinggi garam
- Mempunyai penyakit jantung
- Sejarah kegagalan buah pinggang di dalam keluarga
Apa yang akan berlaku jika menghidap nefropati diabetes?
Fungsi organ ini adalah untuk menapis bahan-bahan toksik yang dibuang di dalam air kencing. Ia juga mengawal kandungan cecair di dalam badan.
Sebab itu, air kencing akan berkurang jika cuaca panas untuk mengekalkan lebih banyak cecair yang telah hilang melalui peluh. Sebaliknya, badan lebih kerap buang air semasa musim sejuk.
Kegagalan menjalankan fungsi ini menyebabkan cecair terkumpul di dalam badan sehingga menaikkan tekanan darah. Cecair berlebihan tersebut juga boleh terkumpul di kaki (menyebabkan bengkak) dan mungkin beberapa kawasan lain seperti abdomen serta paru-paru.
Di samping itu, bahan-bahan toksik seperti urea yang gagal dibuang akan terkumpul menyebabkan fungsi badan terganggu.
Simptom-simptom nefropati diabetes yang mungkin berlaku ialah:
- Bengkak pada kaki, tangan dan muka.
- Susah tidur atau memberikan fokus.
- Hilang selera makan.
- Gatal-gatal dan kulit kering.
- Selalu letih dan mengantuk.
- Degupan jantung tidak sekata.
Penjagaan buah pinggang sekiranya anda penghidap diabetes?
Cara terbaik untuk melambatkan atau mencegah penyakit buah pinggang atau nefropati diabetes adalah dengan mencuba untuk mencapai tahap glukosa darah dan tekanan darah pada tahap yang seimbang.
Tabiat gaya hidup yang sihat dan pengambilan ubatan secara berjadual dan mengikut ketetapan pastinya dapat membantu anda untuk mencapai matlamat ini dan meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhan.
Makanan dan minuman terbaik bagi pesakit diabetes
Mempunyai diabetes bermakna anda perlu menitik beratkan aspek penjagaan pemakanan kerana apa yang diambil boleh memberi kesan terhadap berat dan tahap kandungan gula dalam darah anda. Jika tidak, ia akan menyadi penyebab buah pinggang rosak atau nefropati diabetes.
Ia adalah termasuk mengenai soal makanan dan minuman yang anda ambil. Berikut adalah beberapa jenis makanan dan minuman terbaik bagi pesakit diabetes.
- Kekacang
Kebanyakan kekacang adalah berkhasiat dan menyediakan kandungan serat, karbohidrat kompleks dan protein yang agak besar. Kekacang juga adalah sumber terbaik magnesium dan kalium.
- Sayuran tidak berkanji
Sayuran tidak berkanji termasuklah sayuran berwarna hijau gelap, sayuran berdaun, lada dan lain-lain. Sayuran jenis ini mengandungi kandungan karbohidrat yang rendah sesuai untuk pesakit nefropati diabetes.
- Buah-buahan sitrus
Buah -buahan sitrus seperti tangerin, oren, limau gedang, lemon dan limau memberikan sumber serat yang baik. Untuk meningkatkan pengambilan serat, anda disarankan untuk makan keseluruhan kandungan buah berbanding menjadikannya dalam bentuk jus.
- Ikan yang berlemak
Salmon atau mana-mana ikan dengan asid lemak omega-3 membantu secara berkesan untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung, terutamanya penyakit jantung koronari yang mana dikaitkan dengan diabetes.
Ikan jenis ini juga tinggi kandungan vitamin D dan selenium yang baik untuk rambut, kulit dan kuku.
- Produk tenusu tanpa lemak atau rendah lemak
Kajian menunjukkan bahawa produk tenusu boleh mengurangkan risiko untuk mendapat diabetes tahap 2 dengan 9%. Tetapi sekiranya menghidap diabetes, anda dicadangkan untuk mengambil susu skim dan yogurt.
- Air Putih
Air putih sangat disarankan untuk semua individu. 70% kandungan badan kita adalah terdiri daripada air.
Anda memerlukan air untuk mengekalkan hidrasi. Tambahan pula, air putih tidak mengandungi sebarang karbohidrat dan kalori.
- Susu
Susu skim atau rendah lemak tanpa kandungan gula tambahan adalah sangat baik untuk individu yang mempunyai diabetes.
Susu bukan sahaja membekalkan tenaga, tetapi juga mengandungi vitamin dan mineral. Tambahan lagi, susu adalah sumber yang baik untuk protein.
- Jus Buah
Walaupun jus buah mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi, penghidap diabetes tidak sepatutnya mengelakkan pengambilan jus buah secara total.
Jus buah mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang tinggi. Oleh sebab itu, pengambilan jus buah dapat membantu pesakit nefropati diabetes.
- Teh
Teh tanpa tambahan gula atau susu telah terbukti mempunyai manfaat kesihatan. Ia mampu memperbaiki sensitiviti insulin dan membantu mengawal tekanan darah.
Teh tidak mengandungi sebarang karbohidrat dan kalori, oleh itu teh tidak akan menambah kandungan tersebut dalam tubuh anda.
Kini anda telah tahu penyebab buah pinggang rosak dan makanan yang boleh diamalkan.
[embed-health-tool-bmi]