Pesakit diabetes memang perlu kawal makanan dan minuman manis yang bergula atau bersusu. Pun begitu, bagaimana pula dengan teh untuk kencing manis?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Pesakit diabetes memang perlu kawal makanan dan minuman manis yang bergula atau bersusu. Pun begitu, bagaimana pula dengan teh untuk kencing manis?
Persoalan ini sudah lama menjadi tanda tanya kerana semua orang tahu bahawa teh juga tergolong dalam minuman yang manis (bergantung pada jenisnya).
Apa yang mungkin kita semua belum tahu adalah tidak salah jika ambil teh untuk kencing manis asalkan anda ambil jenis yang sesuai dengan kondisi.
Setiap kali tiba waktu sarapan pagi atau minum petang, minuman teh mungkin tidak akan lekang daripada fikiran masyarakat kita kerana ia sudah menjadi ruji.
Pun begitu, ia juga terkenal dengan kandungan kafein yang membuat orang ketagih lantas membawa perdebatan sama ada ia bagus atau tidak untuk kesihatan.
Buat pesakit kencing manis, kami tidak kata bahawa ia adalah minuman yang terbaik namun tidak salah untuk ambil jika anda tahu jenis-jenis yang sesuai.
Ketahuilah bahawa minuman teh itu sendiri mempunyai pelbagai jenis dan ia berbeza dari aspek warna, rasa serta khasiat yang dibawanya masing-masing.
Jika anda ada kencing manis, berikut adalah teh untuk diabetes yang paling sesuai buat anda!
Usah khuatir, anda mungkin masih mampu utuk ambil minuman kegemaran ramai ini tanpa risau bahawa ia akan meningkatkan kadar gula dalam darah anda.
Merupakan jenis teh yang paling sihat dan popular, secawan teh hijau mengandungi kira-kira 28 mg kafein sahaja dan ia mungkin bagus jika ada kencing manis.
Ini kerana ia dipercayai mampu untuk menurunkan kadar glukosa serta memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha mengelak komplikasi obesiti.
Ia dibuktikan melalui kajian bahawa mereka yang ambil teh hijau lebih dari 10 tahun cenderung untuk memiliki saiz pinggang dan lemak badan yang kecil.
Merupakan jenis teh yang berasal daripada tumbuhan sama dengan teh hijau, ia juga dipercayai mempunyai khasiat tersendiri terhadap pesakit kencing manis.
Ini kerana kajian pada tahun 2019 mendapati bahawa ia mampu memperbaiki kerintangan insulin selain mengurangkan risiko komplikasi-komplikasi yang lain.
Bukan itu sahaja, teh hitam turut mampu untuk mengawal kadar glukosa dalam darah tanpa mengira sama ada individu itu ada kondisi diabetes ataupun tidak.
Ia mungkin bukan sahaja bagus buat mereka yang kerap ada masalah perut seperti mual dan muntah, malah juga baik buat mereka dengan penyakit diabetes.
Menurut kajian terhadap individu dengan diabetes yang tidak ambil insulin, teh halia mampu untuk memperbaiki pengawalan glisemik dalam tubuh badan.
Ini kerana halia yang dicampurkan di dalam teh ini mampu untuk mengelakkan enzim proses metabolisme karbohidrat selain meningkatkan sensitiviti insulin.
Menambahkan rasa pudina di dalam minuman mampu membuat anda lebih tenang, dan ia adalah berita baik buat pesakit diabetes yang mahu untuk elak stres.
Menurut kajian yang melihat perkaitan di antara diabetes dengan stres, tekanan adalah salah satu faktor yang mampu untuk mempengaruhi kadar glukosa anda.
Bukan sahaja stres, aroma pudina yang menenangkan ini juga dipercayai mampu mengurangkan kegelisahan, kesedihan serta kepenatan secara mental dan fizikal.
Pesakit diabetes perlu untuk dapatkan tidur dengan kuantiti dan kualiti yang baik dan jika tidak, ia mampu menjejaskan proses tubuh badan menghasilkan insulin.
Berita baiknya, teh chamomile ini memang bebas daripada kafein lantas menyokong kajian yang kata bahawa pengambilannya mampu memperbaiki tidur waktu malam.
Dalam pada itu juga, jenis teh untuk diabetes ini juga dipercayai mampu memperbaiki sensitiviti insulin serta pengawalan glukosa yang merupakan kunci utama.
Kenapa? Untuk pengetahuan anda semua, jenis-jenis teh yang kami nyatakan di atas tadi ini memang bagus buat kesihatan tubuh badan anda secara umumnya.
Pun begitu, ia juga mungkin mempunyai pro dan kontra di sebaliknya yang sangat bergantung dengan kualiti dan kuantiti teh yang diambil oleh pesakit diabetes.
Sebagai contoh, anda mungkin tidak boleh menambahkan gula atau susu ke dalamnya sesuka hati kerana ia akan menjejaskan potensi dan risiko kadar glukosa anda.
Disebabkan itu, pesakit diabetes masih perlu berwaspada jika anda mahu ambil teh untuk kencing manis agar tidak timbul komplikasi lain pula kelak, ya!
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen