“Sebaliknya, akhirnya kemungkinan besar seseorang yang menghidap diabetes lebih cenderung meminta tablet (ubat) daripada doktor sebagai langkah untuk merawat diabetes,” katanya yang ditemui baru-baru ini.
MNT menggabungkan penggantian makanan akan membantu mencapai kawalan diabetes yang lebih baik
Diabetes kini menjadi tumpuan utama di peringkat global dan serantau. Apabila tidak dirawat, diabetes jenis 2 boleh menyebabkan kesan jangka panjang dan jangka pendek. Pesakit diabetes jenis 2 yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes mampu mencapai penurunan berat badan dan meningkatkan kawalan gula dalam darah yang lebih baik dengan pelan pemakanan peribadi.
Menurut Dr Joshi, MNT adalah langkah pertama untuk pesakit diabetes, dan jika anda hanya diet, anda akan melihat purata HbA1c tiga bulan (ukuran purata gula dalam darah) menurun sebanyak 2%. Dan, kualiti kehidupan anda bertambah baik.
Memasukkan pengganti makanan yang betul boleh menyokong proses semulajadi tubuh untuk membantu menguruskan gula dalam darah, dengan membantu mengurangkan tindak balas glisemik dan menyediakan kawalan gula dalam darah yang tahan lebih lama. Rancangan pemakanan peribadi ini merupakan komponen penting untuk mencegah diabetes, mengurus diabetes sedia ada dan komplikasi.
Perubahan gaya hidup yang merangkumi pelan diet yang betul dan peningkatan aktiviti fizikal adalah kunci kepada membantu orang menguruskan diabetes mereka dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik.
Didiagnosis menghidap diabetes tidak bermakna perlu hadkan pemakanan
Menurut pengarah penyelidikan dan pembangunan Pusat Pemakanan Asia-Pasifik Abbott, Dr Low Yen Ling, pengurusan diabetes memerlukan pelan pengurusan yang komprehensif yang mana melibatkan MNT, aktiviti fizikal dan farmakoterapi.