backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Batuk Kokol Tidak Sama Dengan Batuk Biasa? Ini Punca, Simptom & Rawatannya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya · Disemak pada 04/12/2023

Batuk Kokol Tidak Sama Dengan Batuk Biasa? Ini Punca, Simptom & Rawatannya!

Definisi

Apa itu batuk kokol?

Batuk kokol atau dikenali sebagai pertussis dikira sebagai salah satu penyakit pernafasan dan sangat mudah berjangkit, melalui hidung dan kerongkong.

Dalam kebanyakan kes, ia sama dengan batuk yang teruk diikuti dengan bunyi nyaring ketika menarik nafas, berbunyi seperti “whoop”.

Ia mudah merebak tetapi vaksin seperti DTaP dan Tdap boleh membantu menghalang batuk ini dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.

Apakah kebarangkalian batuk ini?

Batuk ini lazim menjangkiti bayi dan kanak-kanak tetapi sebenarnya ia mampu menjangkiti semua peringkat umur.

Ia boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risikonya. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

batuk kokol

Apakah simptom-simptom batuk kokol?

Tanda-tanda dan simptom batuk ini akan muncul selepas 10 hari mendapat jangkitan ini.

Tanda-tanda dan simptom yang lazim pada peringkat awal biasanya sederhana dan sama dengan demam selesema.

Anda boleh mendapat:

Selepas seminggu atau dua minggu, tanda dan simptom akan menjadi teruk. Batuk yang teruk dan berpanjangan akan:

  • Merangsang untuk muntah;
  • Menyebabkan muka menjadi merah atau biru;
  • Menyebabkan kepenatan melampau;
  • Berakhir dengan bunyi “whoop” bernada tinggi ketika bernafas.

Bayi berkemungkinan tidak batuk. Mereka mungkin mempunyai masalah pernafasan atau mereka berhenti bernafas seketika.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor sekiranya anda atau anak anda mempunyai tanda berikut:

  • Muntah;
  • Bertukar menjadi merah atau biru;
  • Sukar bernafas atau anda sedar pernafasannya terhenti seketika;
  • Menarik nafas dengan bunyi “whoop”

Punca

Apakah punca batuk ini?

Pertussis adalah disebabkan oleh bakteria.

Apabila anda menyentuh individu yang dijangkiti bakteria ini, atau anda berada berhampiran dengan individu yang dijangkiti ketika mereka batuk atau bersin, anda bernafas dengan titisan air yang dipenuhi kuman halus yang disemburkan kedalam paru-paru anda.

batuk kokol

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada pertussis?

Terdapat banyak faktor risiko untuk batuk kokol. Antaranya ialah:

  • Vaksin batuk ini yang anda terima ketika kanak-kanak sudah tidak berkesan;
  • Anak anda ketika tempoh menerima vaksin. Mereka tidak imun sepenuhnya sehingga mereka menerima sekurang-kurangnya tiga kali suntikan. 

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit batuk kokol didiagnosis?

Disebabkan fakta bahawa tanda dan simptom batuk ini tidak muncul pada peringkat awal atau ianya sama seperti penyakit pernafasan yang lazim seperti selsema, atau radang bronkus (bronchitis), diagnosis untuk kondisi anda sukar untuk dibuat.

Jika doktor anda hendak memastikan diagnosis itu betul, anda boleh menjalani beberapa ujian perubatan seperti ujian dan kultur hidung dan kerongkong, ujian darah atau x-ray dada.

Ujian dan kultur hidung dan kerongkong ialah mengambil calitan atau sedut sampel daripada bahagian yang hendak diperiksa dan terbukti mempunyai bakteria pertussis tersebut.

Ujian darah memerlukan sampel darah, kemudian dihantar ke makmal untuk diperiksa bilangan sel darah putih kerana sel ini berfungsi untuk melawan jangkitan bakteria ini.

X-ray dada boleh diambil untuk mengesan radang atau cecair di dalam paru-paru, yang berlaku apabila pneumonia menjadi komplikasi daripada batuk dan jangkitan pernafasan yang lain.  

batuk kokol

Bagaimana pesakit batuk kokol dirawat?

Untuk merawat batuk pada peringkat awal, anda boleh menggunakan antibiotik yang membantu membunuh bakteria penyebabpertussis, mengurangkan simptom dan membantu untuk sembuh dengan segera.

Tetapi jika batuk anda didiagnosis lewat, antibiotik sebenarnya masih mampu untuk berfungsi.

Jika batuk anda menghalang anda daripada minum air secukupnya, anda mempunyai risiko mendapat dehidrasi.

Ini adalah masa untuk anda menghubungi doktor dengan segera.

Jika anak anda menghadapi masalah untuk makan dan minum, cecair akan dimasukkan melalui saluran darah jika perlu.

Doktor juga mungkin meminta untuk mengasingkan anak anda daripada orang lain untuk mengelak daripada jangkitan merebak. Jika anak anda sudah membesar, anda boleh memberi rawatan di rumah.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani batuk ini?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut dapat membantu anda menangani pertussis ini:

  • Minum air secukupnya. air, jus dan sup adalah disarankan kepada anda;
  • Makan makanan dalam kuantiti yang sedikit, dapat membantu anda mengelakkan muntah selepas batuk;
  • Bersihkan udara adalah perlu untuk menghapuskan bahan penggalak kepada batuk anda seperti tembakau, asap dan kepulan daripada tempat pembakaran.
  • Tutup mulut ketika batuk dan cuci tangan selalu untuk menghalang jangkitan daripada merebak.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berhubung dengan penyakit berkaitan sistem pernafasan ini , sila berunding dengan doktor untuk ambil ubat batuk kokol atau sebarang bentuk rawatan lanjutan yang lain.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya · Disemak pada 04/12/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan