backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Si Manja Asyik Batuk-batuk Saja? Apa Kata Ibu Cuba Tip Berikut Untuk Atasinya, BERKESAN!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 4 minggu lalu

    Si Manja Asyik Batuk-batuk Saja? Apa Kata Ibu Cuba Tip Berikut Untuk Atasinya, BERKESAN!

    Bayi sakit tekak sebab batuk? Pasti anda susah hati, kan? Lagi-lagi semasa musim pandemik ini! Bertenang, ada petua hilangkan batuk dan gatal tekak bayi yang mungkin dapat membantu.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Bayi sakit tekak

    Masalah selesema dan batuk adalah perkara normal bagi anak kecil, jadi buat anda yang pertama kali bergelar parents, usah bimbang.

    Umumnya, pendedahan kepada kuman dan melawannya membantu pengembangan sistem imun mereka.

    Batuk yang dialami biasanya akan berlanjutan hingga tempoh 2 minggu. 

    Tiada apa yang boleh anda lakukan bagi menghilangkan masalah bayi sakit tekak ini, selain membantu mereka untuk berasa selesa dan mendapatkan rehat bagi proses penyembuhan.

    Petua hilangkan batuk dan gatal tekak bayi

    Selalunya untuk menghilangkan batuk yang dialami, bayi haruslah sentiasa terhidrat, tenang dan mendapat tidur yang lena.

    Berikut antara petua hilangkan sakit tekak bayi yang anda boleh cuba:

    Cara hilangkan batuk pada waktu malam #1. Ubat titis hidung

    Ubat titis hidung atau saline nasal drop merupakan antara petua hilangkan batuk dan gatal tekak bayi.

    Tetapi apa kaitan batuk dengan hidung? 

    Begini, lendir pada hidung boleh mengalir turun ke bahagian belakang hidung dan tekak sehingga menyebabkan titisan selepas-hidung (post-nasal drip).

    Ia merengsakan tekak dan menghasilkan batuk basah (batuk berkahak) dengan bunyi bergetar di saluran udara atas (bukan bahagian dada).

    Si manja mungkin tidak menyukai sensasi titisan ubat yang masuk ke hidung atau mereka mungkin akan bersih. Namun, tiada apa yang perlu dirisaukan.

    #2. Pengambilan cecair, antara petua hilangkan batuk dan gatal tekak bayi

    Memastikan anak sentiasa terhidrat sangat penting, terutamanya ketika mereka sakit.

    Air membantu tubuh mereka melawan penyakit dan menjadikan saluran udara lembap dan kuat. 

    Jika si manja mengalami dehidrasi, lendir dan rembesan lain mungkin kering dan sukar dikeluarkan.

    Ini bermakna ibu disarankan untuk menyusukan bayi atau memberikan susu formula dengan kerap mengikut keperluan anak.

    Untuk bayi berusia 6 bulan ke atas, ibu boleh berikan tambahan air dan jus tanpa gula.

    #3. Penyedut hidung

    Anda boleh mencuba cara hilangkan batuk bayi bawah 1 tahun ini dengan menyedut lendir daripada hidung si kecil bagi mengelakkan berlaku kerengsaan pada tekak dan saluran udara. 

    Berikut adalah cara menggunakan penyedut hidung yang betul:

    • Selepas menitiskan ubat titis hidung, ambil penyedut hidung (bulb syringe) dan picit untuk mengeluarkan angin terlebih dahulu.
    • Dalam keadaan masih memicit penyedut, masukkan antara ¼ hingga ½ inci penyedut ke dalam lubang hidung bayi. Talakan ia pada bahagian belakang atau sisi hidung.
    • Kemudian lepaskan picitan untuk membolehkan lendir disedut keluar.
    • Pastikan anda membersihkan penyedut sebelum mengulanginya pada lagi sebelah lubang hidung.

    Jangan lakukan petua hilangkan batuk dan gatal tekak bayi ini terlalu kerap kerana ia boleh merengsakan hidung mereka!

    petua hilangkan batuk dan gatal tekak bayi
    Cara menggunakan penyedut hidung (bulb syringe) bayi.

    #4. Cara hilangkan batuk pada waktu malam dengan madu

    Madu antara pemanis semula jadi yang dapat membantu atasi masalah bayi sakit tekak. Ini kerana ia mempunyai sifat antibakteria dan membantu melawan jangkitan.

    Pun begitu, jangan gunakan cara hilangkan batuk pada waktu malam ini untuk bayi bawah setahun kerana mereka tidak boleh diberikan madu disebabkan risiko botulisme – jangkitan yang menyerang saraf.

    Untuk si manja lebih setahun, anda boleh berikan sesudu madu atau dicampurkan dengan air suam – memudahkan anak menelan madu dan juga sebagai fungsi menghidrat.

    Petua hilangkan batuk dan gatal tekak bayi #5. Gunakan pelembap udara

    Menggunakan pelembap udara (humidifier)  juga dapat membantu dengan memudahkan bayi mengeluarkan batuk berkahak atau mengatasi kekeringan pada tekak.

    pelembab udara untuk bayi
    Cara melegakan hidung anak tersumbat.

    Pilihan lain adalah menjadikan bilik air sebagai bilik stim dengan memasang pancuran air panas dan pastikan pintu tertutup.

    Keadaan itu akan mewujudkan kelembapan. Duduk di dalamnya bersama si kecil selama 10-15 minit.

    Wap tersebut akan membantu melega serta melancarkan kahak dan lendir pada saluran pernafasan anak.

    6. Elakkan punca kerengsaan

    Bersih dan singkirkan sebarang perengsa yang boleh cetuskan asma atau alahan pada bayi seperti asap rokok, habuk atau kulat.

    Elakkan membawa bayi keluar ketika kualiti udara teruk.

    Boleh ke berikan ubat selesema & batuk ?

    Mesti ada ibu yang terfikir selain daripada petua hilangkan batuk dan gatal tekak bayi di atas, adakah boleh untuk memberikan ubat batuk dan selesema kepada si kecil?

    Jawapannya tidak boleh. Sebarang ubat selesema dan batuk tidak boleh diberikan kepada bayi yang berusia di bawah 2 tahun.

    ubat batuk untuk budak
    Senarai ubat batuk dan selesema yang bahaya untuk kanak-kanak bawah 2 tahun.

    Kesimpulan

    Bayi biasanya akan mengalami selesema dan batuk hingga 8x setahun.
    Pastinya selepas beberapa kali melaluinya, anda akan lebih memahami dalam menentukan apa yang dapat membantu melegakan batuk yang dialami si kecil.
    Jika petua hilangkan batuk berkahak bayi di atas tidak berkesan meredakan masalah yang dialami, anda disarankan membawa si manja untuk mendapatkan pemeriksaan dan diagnosis dengan pakar.

    Mengetahui penyebabnya akan membolehkan anda mengenal pasti cara hilangkan batuk pada waktu malam di rumah yang dapat membantu bayi berasa lebih selesa dan mempercepatkan proses penyembuhan.

    Ia juga membolehkan intervensi awal diberikan jika melibatkan masalah perubatan serius.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 4 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan