Alahan Pelindung Matahari: Bolehkah Berlaku?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Pelindung matahari sememangnya berfungsi untuk melindungi diri daripada selaran matahari. Namun, bagi sesetengah individu, penggunaan pelindung matahari boleh mengakibatkan alahan. Adakah alahan pelindung matahari boleh berlaku? Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai alahan pelindung matahari.

Apa itu alahan pelindung matahari?

Alahan pelindung matahari ini mungkin berlaku disebabkan beberapa bahan seperti pewangi dan oxybenzone, yang boleh menyebabkan reaksi alahan, seperti ruam. Jika anda mengalami ruam daripada penggunaan pelindung matahari, adalah penting untuk mengenal pasti punca yang menyebabkannya.

Pelindung matahari berfungsi kerana mengandungi bahan kimia yang berperanan untuk menyerap radiasi sinaranUV yang berbahaya dan mencegahnya daripada menembusi kulit. Sesetengah bahan kimia termasuk oxybenzone, 4-isopropil-dibenzoylmethane, PABA (para-aminobenzoic acid), ester, avobenzone, dan cinnamates, yang dipercayai menyebabkan reaksi alahan bagi sesetengah individu.

Terdapat dua jenis alahan pelindung matahari:

  • Alahan contact ruam muncul apabila produk digunakan atau disapukan pada bahagian badan.
  • Alahan photocontact – reaksi alahan muncul apabila bahagian yang disapu dengan produk yang mengandungi bahan kimia terkena atau terdedah kepada cahaya matahari.

Mengenal pasti simptom

Simptom alahan ini boleh muncul pada kali pertama anda menggunakan pelindung matahari, atau ia mungkin berlaku selepas bertahun-tahun anda menggunakan pelindung matahari yang sama. Anda mungkin mengalami reaksi alahan sama ada sejurus selepas anda menggunakannya atau ia mungkin mengambil masa beberapa hari untuk muncul. Antara simptom alahan yang mungkin berlaku:

  • Ruam merah
  • Gatal-gatal
  • Timbul benjolan
  • Bengkak
  • Lepuh berair
  • Berdarah
  • Kesakitan
  • Kulit kemerahan

Bagaimana mencegah alahan?

Cara terbaik untuk mencegah daripada alahan pelindung matahari adalah dengan mengelakkan bahan atau kandungan yang anda sensitif kepadanya atau diketahui boleh menyebabkan alahan. Walau bagaimanapun, mungkin sukar untuk anda mengenal pasti bahan dan kandungan yang boleh menyebabkan alahan kepada anda, melainkan anda mendapatkan pemeriksaan daripada pakar.

Tetapi secara umumnya, anda boleh menghindari bahan dan kandungan dalam pelindung matahari yang boleh menyebabkan alahan. Antaranya:

  • Benzophenone (terutamanya benzeophenone-3 atau oxybenzone
  • Dibenzoylmethane
  • Cinnamates
  • Wangian

Pelindung matahari yang mengandungi zink oksida dan titanium dioksida mungkin kurang berisiko untuk menyebabkan alahan, dan ia juga melindungi daripada sinaran UVA dan UVB.

Cara lain untuk mengurangkan risiko alahan adalah dengan meminimumkan pendedahan terus kepada sinaran UV. Memakai pelindung matahari adalah sangat digalakkan terutamanya apabila anda berada di luar, dan anda boleh menggunakan kaedah lain untuk mencegah daripada terdedah kepada sinaran UV dengan memakai topi, baju lengan panjang, seluar panjang.

Cuba untuk menghindari sebarang aktiviti luar yang membuatkan anda lebih terdedah kepada sinaran matahari antara pukul 10 pagi hingga 4 petang. Jika anda masih mengalami alahan walaupun sudah bertukar jenama pelindung matahari, anda dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan dan nasihat doktor.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    13 Jenis Buah Yang Sesuai Untuk Baby 6 Bulan Makan, Tapi Perlu Ke Masak Dahulu?

    Anda ingin memberikan buah untuk bayi tetapi perlukah anda masak makanan pejal tersebut? Atau boleh diberikan secara mentah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Nak Raya Ini Jangan Bagi Sebarangan Kuih Pada Anak, Ada 12 Tanda Si Manja Alami Alahan Telur

    Anak dengan alergi protein telur akan mengalami ruam pada badan dan muka? Ini 12 tanda anak alergi makanan yang perlu anda ketahui. Jom periksa sekarang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 15/05/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Hamil Suka Makan Pedas? Anda Sama Macam Fazura, Tapi Tak Bahaya Ke?

    Mengidam perkara biasa semasa mengandung. Namun jika anda tiba-tiba sukakan makanan pedas ketika hamil, adakah terdapat kesan pengambilan kepada kandungan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 21/04/2020 . 3 minit bacaan

    JANGAN Ambil Mudah! Alahan Kulit Kacang Tanah Boleh Sebabkan MAUT Jika Tidak Cepat Dirawat

    Anda penggemar kacang tanah? Hati-hati jika anda juga adalah seorang yang mempunyai alahan kulit terhadap kacang tanah kerana ia boleh sebabkan maut

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya, Penjagaan Kulit 12/02/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit tekak berpanjangan

    Sakit Tekak Sebab Demam? Hati-hati Ini Mungkin Sebenarnya Disebabkan Alahan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    mata bengkak

    Mata Bengkak Selepas Bangun Tidur? Mungkin Kerana Alahan Atau Boleh Jadi Juga Sebab 9 Perkara Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 06/10/2020 . 3 minit bacaan
    sakit hidung

    Jaga-Jaga Penghidap Asma & Alahan, Cuaca Juga Boleh Buatkan Anda Diserang Alergi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan
    berjemur di pantai

    Tak Sabar Nak Berjemur Di Pantai Lepas PKP? Buat Wanita Hamil, Ini BAHAYA Yang Bakal Ibu Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 05/06/2020 . 3 minit bacaan