Alahan Mata

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Individu yang mengalami alahan seringkali berdepan simptom seperti bersin, hidung gatal atau hidung tersumbat. Tetapi, alahan juga sebenarnya boleh mendapatkan impak pada mata. Ia boleh menyebabkan mata menjadi merah, gatal, rasa terbakar atau berair dan mungkin boleh menyebabkan kelopak mata menjadi bengkak.

Apa itu alahan mata?

Dikenali sebagai alahan konjunktivitis, ia merupakan perkara biasa yang berlaku apabila mata bertindak balas terhadap sesuatu yang merengsakan mata, disebut sebagai alergen. Mata akan menghasilkan bahan yang dipanggil histamin untuk melawan alergen, kesannya akan membuatkan kelopak mata dan konjuktiva menjadi merah, bengkak dan gatal. Mata akan mengeluarkan air mata dan rasa terbakar. Tidak seperti konjunktivitis lain, alahan pada mata ini tidak akan tersebar atau menjangkiti individu lain.

Kebiasaannya, individu yang memiliki alahan pada mata turut memiliki alahan hidung; hidung gatal dan bersin. Ia merupakan keadaan sementara yang berkaitan dengan alahan bermusim. Jika anda terus terdedah kepada penyebabnya, alahan anda mungkin akan menjadi lebih teruk. Ia boleh menyebabkan anda merasa terbakar dan kegatalan yang ketara dan menjadi sensitif kepada cahaya.

Punca

Alahan berlaku apabila sistem imun badan bertindak balas terhadap alergen yang biasanya tidak berbahaya. Apabila alergen ini bersentuhan dengan mata, sel-sel tertentu dalam mata akan melepaskan histamin dan bahan-bahan lain untuk melawan alergen. Reaksi ini yang menyebabkan mata anda menjadi merah, gatal dan berair.

Alergen yang terkandung di udara – sama ada di dalam atau di luar – menyebabkan banyak alahan mata. Anda boleh mendapat alahan haiwan iaitu daripada binatang peliharaan, debu, debunga, asap, ubatan, minyak wangi atau makanan.

Sesetengah individu mungkin alahan kepada bahan kimia pengawet yang terdapat dalam ubat titisan mata. Ada masanya mata juga boleh bertindak balas terhadap alergen yang tidak semestinya bersentuhan langsung dengan mata. Ini termasuk gigitan atau sengatan serangga.

Simptom

Antara simptom umum alahan mata adalah seperti kemerahan pada bahagian putih mata atau kelopak dalam mata. Tanda lain seperti kegatalan, keluar air mata, penglihatan menjadi kabur, rasa terbakar, kelopak mata bengkak, sensitif terhadap cahaya.

Alahan mata berlaku sendirian atau dengan bersama alahan hidung; hidung tersumbat, bersin, gatal atau mungkin bersama alahan kulit yang dipanggil ekzema. Anda juga mengalami sakit kepala, sakit tekak atau batuk.

Cara terbaik untuk mengenal pasti sama ada anda alahan atau tidak, adalah dengan berjumpa dengan doktor.

Jenis alahan

Alahan mata secara umumnya dikategorikan kepada dua jenis:

Konjuktivitis alahan bermusim (seasonal allergic conjunctivitis, SAC)

  • Merupakan alahan biasa, ia berlaku pada musim-musim tertentu setiap tahun
  • Musim panas dan musim luruh
  • Alergen terdapat dalam udara, biasanya debunga dari rumput, pokok, spora

Konjuktivitis alahan (perennial allergic conjunctivitis, PAC)

  • Berlaku sepanjang tahun
  • Alahan mata biasa yang berlaku disebabkan habuk, haiwan atau alergen, minyak wangi, asap, klorin, pencemaran udara, kosmetik dan ubatan tertentu

Langkah pencegahan

Elakkan pencetus yang dengan melakukan perubahan pada rumah dan rutin

  • Pastikan tingkap tertutup ketika tempoh pencemaran, gunakan penghawa dingin di rumah dan dalam kereta
  • Pakai cermin mata atau cermin mata hitam ketika berada diluar untuk menghadkan terdedahnya kepada debunga
  • Bersihkan cadar katil sekerap mungkin atau gunakan cadar anti-hama
  • Basuh tangan selepas menyentuh haiwan

Mengawal beberapa simptom ubatan tanpa preskripsi, yang dijual di farmasi, seperti:

  • Ubat titisan tiruan
  • Elakkan menggunakan ubat titisan decongestant, untuk mata merah lebih dari seminggu, atau ia hanya menyebabkan mata anda semakin teruk
  • Oral antihistamin – ia mungkin membuatkan mata anda menjadi lebih kering dan menyebabkan simptom anda semakin teruk

Hindari penggunaan kanta sentuh. Kerana permukaan kanta sentuh dapat menarik dan mengumpul alergen yang terdapat di udara. Sebaiknya pakai cermin mata ketika musim alahan. Atau anda mungkin boleh pertimbangkan untuk memakai kanta sentuh pakai buang harian yang dapat mengelakkan pembentukan alergen dan kekotoran pada kanta.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Perkara Asas Yang Perlu Anda Tahu Tentang Tindak Balas Alahan

    Tindak balas alahan berlaku apabila sistem imun semula jadi anda bertindak menghalang bahan-bahan berbahaya. Bahan-bahan ini dipanggil "alergen".

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keadaan Alergi/Autoimun, Pusat Kesihatan 12/12/2019 . 3 minit bacaan

    Alahan Rinitis

    Alahan rinitis merupakan satu keadaan di mana sistem imun bertindak balas terhadap zarah dalam udara terutamanya debu. Jom ketahui lebih lanjut mengenainya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keadaan Alergi/Autoimun, Pusat Kesihatan 09/12/2019 . 2 minit bacaan

    Skodeng Orang Mandi Tidak Akan Menyebabkan Ketumbit! Ini Punca Sebenar Ia Berlaku

    Ramai orang selalu kata intai orang mandi akan jadi punca ketumbit. Ini adalah mitos semata-mata. Jadi, baca artikel untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 13/11/2019 . 4 minit bacaan

    Fakta Alahan Makanan dan Kanak-kanak

    Alahan makanan berlaku apabila badan menganggap sesuatu makanan tertentu sebagai agen berbahaya. Artikel ini membantu untuk mengetahui fakta alahan makanan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    alahan makanan

    Si Manja Dah Boleh Makan? Ini Masa Sesuai Perkenalkan Makanan Alahan Kepada Anak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/11/2020 . 3 minit bacaan
    mata bengkak

    Mata Bengkak Selepas Bangun Tidur? Mungkin Kerana Alahan Atau Boleh Jadi Juga Sebab 9 Perkara Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 06/10/2020 . 3 minit bacaan
    mata merah

    Pernah Tak Terfikir Kenapa Mata Jadi Merah Dan Bengkak Selepas Menangis? Ini Sebabnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan
    pakai-kanta-lekap-ketika-covid-19

    Pakai Contact Lens Ketika COVID-19? Mungkin Anda Patut Baca Ini Dahulu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/04/2020 . 4 minit bacaan