- Kesukaran bernafas
- Kesesakan atau kesakitan dada
- Nafas berbunyi
- Masalah tidur disebabkan batuk, atau sesak nafas
Sesetengah orang yang mengalami alergi bulu binatang turut akan mengalami gejala kulit yang dikenali sebagai alahan dermatitis.
Ia adalah reaksi sistem imun yang menyebabkan keradangan kulit. Antara simptom alahan dermatitis adalah:
- Tompokan merah
- Ekzema
- Kulit gatal
Bagi kanak-kanak yang mempunyai alahan haiwan, sistem imum kanak-kanak tersebut akan bertindak serta melepaskan histamina dan lebih 40 jenis bahan kimia untuk melawan alergen tersebut.
Histamina yang dibebaskan bagi menyingkir antigen seperti hama, habuk dan spora.
Kebanyakan asma yang terjadi di awal zaman kanak-kanak tercetus disebabkan haiwan. Jika alergen bersentuhan dengan kulit bayi anda, ruam dan gatal-gatal boleh berlaku.
Setiap jenis haiwan termasuk anjing, hamster, tikus belanda, dan terutamanya kucing, boleh menyebabkan tidak balas terhadap kanak-kanak yang mengalami alahan haiwan.
Jika anda terdedah kepada haiwan kesayangan untuk jangka panjang, anda mungkin mempunyai lebih banyak gejala kronik seperti kesesakan hidung berterusan dan bukan gejala mendadak yang dilihat dengan pendedahan jangka pendek.
Ini menjadikannya kelihatan seperti haiwan kesayangan itu bukan penyebab masalah kesihatan anda.

Bila perlu berjumpa doktor?
Sesetengah tanda dan simptom alergi bulu binatang, seperti hidung berair atau bersin, adalah serupa dengan selesema biasa.
Kadang-kadang sukar untuk mengetahui sama ada anda mempunyai keradangan ataupun alahan. Sekiranya gejala berterusan selama lebih dari dua minggu, anda mungkin mengalami alergi.
Sekiranya simptom dan gejala anda teruk – bahagian hidung terasa disekat dan kesulitan tidur atau bunyi berdengung – sila berjumpa doktor anda.
Dapatkan rawatan kecemasan sekiranya rasa berdengung atau sesak nafas anda bertambah teruk atau sekiranya anda sesak nafas walaupun hanya melakukan sedikit aktiviti.
Faktor risiko
Alahan kepada haiwan adalah perkara biasa. Walau bagaimanapun, anda lebih cenderung untuk menghidap alergi haiwan sekiranya terdapat ahli keluarga anda yang mempunyai alahan atau asma.
Pendedahan kepada haiwan peliharaan pada usia muda boleh membantu mengelakkan terjadinya alergi bulu binatang.
Sesetengah kajian mendapati, budak yang tinggal bersama haiwan kesayangan seperti anjing mahupun kucing pada tahun pertama kehidupannya mungkin mempunyai daya tahan yang lebih baik terhadap jangkitan berkaitan pernafasan berbanding kanak-kanak yang tidak memiliki haiwan kesayangan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen