Penting bagi setiap individu untuk memahami bahawa kedua-dua perkara ini (pencemaran udara dan osteoporosis) saling berkait.
Maka, tanggungjawab untuk memelihara tahap kesihatan warga tua dan golongan yang berisiko jatuh ke atas bahu kita semua.
Bagaimana pencemaran boleh menyebabkan tulang rapuh?

Apabila partikel pencemaran masuk ke dalam sistem pernafasan manusia, ia boleh menyebabkan proses keradangan dan tekanan oksidatif meningkat.
Dalam konteks artikel ini, pada tulang mereka yang menghidu partikel tersebut.
Kajian sebelum ini menunjukkan bahawa pencemaran boleh membentuk penghalang fizikal terhadap radiasi ultraungu B.
Keadaan ini bukanlah sesuatu yang elok memandangkan radiasi tersebut penting dalam penghasilan vitamin D untuk memperkayakan tulang manusia.
Menurut ramalan pengkaji, pada tahun 2050, masalah tulang pinggul retak akan meningkat sehingga mencecah 51% berikutan peningkatan populasi berusia dan kesan urbanisasi.
Mereka meramalkan terdapat kaitan di antara kehidupan bandar dengan kesihatan tulang melalui pencemaran udara.
Ia membuka mata banyak pihak mengenai kepentingan untuk mengawal pencemaran udara bagi memastikan tahap kesihatan tulang berada pada paras yang optimum.
Langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kadar pencemaran udara

Bukan mudah untuk kita mengurangkan pencemaran udara. Ia merupakan satu bentuk usahasama yang perlu dipraktikkan oleh setiap individu bagi melihat kesan baik dalam satu jangka masa.
Antara tip bagi mengurangkan pencemaran udara, terutamanya di dalam kawasan rumah, yang boleh diamalkan oleh anda adalah:
- Gunakan kenderaan awam, tumpang kereta kawan atau lebih baik, berjalan bagi mereka yang mampu untuk ke destinasi tertentu (kerja, membeli belah dan sebagainya).
- Pastikan anda memeriksa kenderaan anda dan memastikan sistem penapisan udara dan sebagainya berfungsi dengan baik.
- Berhenti merokok atau pastikan anda tidak merokok di dalam rumah.
- Pastikan rumah anda mempunyai sistem pengudaraan yang efisien.
- Pastikan kawasan anda memasak mempunyai sistem pengudaraan yang baik.
- Kurangkan penggunaan wangian di dalam rumah.
- Gunakan penyaman udara untuk mengurangkan tahap lembapan di dalam rumah.
- Bersihkan permukaan berhabuk dan vakum secara berkala.
- Kurangkan penggunaan barangan elektrik di rumah dan gunakan kuasa solar, jika mampu.
- Tanam lebih banyak tumbuhan terutamanya yang terbukti boleh membasmi karbon monoksida.
Konklusi
Pencemaran udara boleh mempengaruhi tahap kerapuhan tulang. Kajian menunjukkan mereka yang terdedah kepada partikel pencemaran lebih berisiko untuk mengalami osteoporosis.
Sekiranya anda mempunyai faktor risiko atau lambat sembuh setelah mengalami masalah tulang retak/ patah, rujuk doktor anda untuk pemeriksaan lanjut.