backup og meta

Adakah Pesakit Jantung Boleh Berpuasa?

Disemak secara perubatan oleh Prof Madya Dr Norsham Juliana Nordin · Kardiologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 20/12/2023

    Adakah Pesakit Jantung Boleh Berpuasa?

    Kebanyakan orang sakit, masih mahu berpuasa pada bulan Ramadan, walaupun mengalami penyakit kronik, seperti penyakit jantung. Jadi bolehkah pesakit jantung berpuasa pada bulan Ramadan?

    Apakah kesan berpuasa terhadap pesakit jantung?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Jantung, anda boleh klik di sini.

    Apakah kesan buruk jika pesakit jantung berpuasa?

    Terdapat pelbagai kajian berkaitan dengan pesakit jantung berpuasa. Namun hingga kini, tiada kajian menyatakan atau mencari kesan buruk yang dialami oleh mereka.

    Salah satunya dijelaskan pada kajian yang dilakukan selama 10 tahun di Qatar.

    Kajian ini mengajak seramai 2,160 pesakit yang mengalami kegagalan jantung yang kemudian diperhatikan keadaan fizikalnya selama berpuasa.

    Seterusnya, hasil kajian menyatakan bahawa berpuasa tidak mempunyai kesan buruk bagi fungsi jantung dan kesihatan organ lain.

    Manfaat puasa bagi pesakit jantung

    Ternyata puasa bermanfaat bagi orang yang mengalami sakit jantung. Dalam beberapa kajian mendapati bahawa ada peningkatan kadar kolesterol baik sebanyak 30-40% pada pesakit jantung.

    Ini membuatkan kadar lemak total pesakit lebih baik dan risiko komplikasi tidak terlalu tinggi. Bukan itu sahaja, dilaporkan juga status pemakanan pesakit jantung hampir semua berubah ke arah yang normal.

    Kesan baik tersebut mungkin terjadi kerana selama bulan Ramadan pesakit jantung mengalami perubahan pola pemakanan.

    Mereka lebih mengawal pengambilan makanan yang sesuai untuk pesakit jantung serta mengatur hidangan dan jadual makan setiap hari.

    Ini juga dapat membantu mereka untuk tidak hanya meneruskan pola pemakanan ketika berpuasa pada bulan puasa sahaja, malah ketika selepas bulan Ramadan juga.

    pesakit jantung berpuasa

    Jadi, adakah pesakit jantung boleh berpuasa?

    Walaupun dilaporkan jika puasa tidak menimbulkan kesan sampingan yang buruk terhadap pesakit yang mengalami sakit jantung, tetapi ia masih bergantung kepada keadaan fizikal masing-masing.

    Pesakit yang mempunyai keadaan jantung yang sangat lemah, lebih baik untuk tidak ikut puasa.

    Oleh kerana itu, sebelum memutuskan sama ada anda berpuasa atau tidak, sebaiknya lakukan pemeriksaan dan bincangkan dulu perkara ini kepada doktor anda.

    Doktor akan memberikan pertimbangan sama ada anda lebih baik berpuasa atau tidak.

    Sementara itu, bagi pesakit yang mempunyai sejarah sakit jantung namun tekanan darahnya sentiasa terkawal dengan baik, maka dibenarkan untuk menjalani puasa di bulan Ramadan.

    Namun, jangan lupakan ubat-ubatan yang perlu diambil ketika anda berpuasa.

    Bagaimana mereka boleh berpuasa?

    pemakanan pesakit jantung

    Bila seseorang mengalami sakit jantung memutuskan untuk berpuasa, maka perkara yang harus diberi perhatian adalah pengaturan hidangan serta pemilihan makanan yang tepat.

    Salah satu tujuan utama pesakit jantung berpuasa adalah untuk menurunkan jumlah lemak total pada darahnya dan menormalkan berat badannya.

    Oleh itu, sebaiknya sebelum berpuasa anda berjumpa dengan ahli gizi dan doktor jantung anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Prof Madya Dr Norsham Juliana Nordin

    Kardiologi · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 20/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan