PERHATIAN! Masalah Kurang Tidur Boleh Membunuh!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 11/07/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Tidur merupakan perkara penting yang perlu dititikberatkan kepada setiap individu berikutan ia mempengaruhi tahap kesihatan secara menyeluruh. Pelbagai jenis penyakit kronik sering dikaitkan sebagai akibat masalah kurang tidur.

Walau bagaimanapun, masalah insomnia (masalah berkaitan tidur) adalah antara masalah yang lazim dialami oleh populasi umum terutamanya mereka yang tinggal di kawasan bandar.

Kesannya, mereka yang kurang tidur akan mengalami permasalahan yang berkaitan dengan prestasi kerja, ketidakstabilan emosi dan masalah kesihatan.

Artikel ini akan membincangkan perihal bahaya kepada mereka yang kurang tidur. Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut.

Kurang tidur boleh membunuh

kurang tidur

Pada tahun 2012, telah tular berkenaan dengan seorang lelaki Jiang Xiaoshan (bukan nama sebenar) yang berusia 26 tahun mati akibat tidak tidur selama 11 hari berturut-turut. Jiang berbuat demikian kerana dia mahu menonton kesemua perlawanan bola sepak liga Eropah,

Menurut doktor yang merawatnya, tahap kesihatan Jiang berada pada tahap yang baik sebelum dia mula menonton rancangan tersebut. Walau bagaimanapun, sistem pertahanan tubuh yang kian lemah akibat kurang tidur, ditambah lagi dengan tabiat merokok dan pengambilan minuman alkohol menjadikan keadaan kesihatannya merudum teruk.

Ingin penulis tekankan, perkara ini tidak bermakna seseorang itu hanya akan mati sekiranya mereka tidak tidur selama 11 hari berturut-turut. Bilangan hari tersebut tidak objektif dan ia bergantung kepada faktor kesihatan seseorang individu.

Perkara penting yang perlu diambil daripada kisah Jiang adalah masalah kurang tidur boleh membunuh.

Apabila anda kurang tidur, sistem fisiologi badan anda akan mula menjadi porak peranda. Sistem pertahanan badan anda akan menjadi lemah membuatkan anda cenderung untuk mendapat jangkitan kuman. Hormon stress, kortisol, juga akan dihasilkan dalam kuantiti yang banyak menyebabkan tekanan darah anda meningkat dan suhu dalaman anda menurun.

Kajian terhadap subjek ini tidak pernah dibuat melebihi 3 hari. Ini kerana kesan kepada individu boleh menyebabkan kematian dan ia dianggap tidak beretika. Kajian terhadap tikus makmal pula menunjukkan mereka boleh hidup sehingga 32 hari sebelum mati.

Hakikatnya, manusia dan hidupan yang lain memerlukan tidur. Jika tidak, semuanya akan mati.

Apa yang akan terjadi sekiranya anda tidak tidur untuk 24 jam?

insomnia

Mungkin sukar untuk anda memahami kesan kurang tidur lebih daripada tempoh masa 24 jam memandangkan kebanyakan individu kebiasaannya tumbang jika tidak tidur hanya semalaman.

Barangkali anda teringat akan kesusahan menjadi pelajar suatu masa dahulu, sanggup mengorbankan masa tidur untuk belajar atau siapkan tugasan yang tertunggak. Bahaya jika anda kerap kurang tidur. Manusia kebiasaannya akan hilang keupayaan untuk menjalankan fungsi kognitif apabila mereka sudah 17 jam berjaga tanpa tidur. 

Antara akibat kurang tidur termasuklah perasaan resah, rimas dan letih mula menyelubungi diri. Jika terlanggar sesuatu, kesakitan yang anda alami terasa lebih daripada biasa. Badan manusia mempunyai sistem yang ingin mengekalkan kadar keseimbangan pada nilai sifar. 

Jika ada nilai positif atau negatif pada proses fisiologi badan, reaksi kimia lain akan berlaku bagi menyeimbangi perkara tersebut. Sistem ini dinamakan homeostasis. 

Tanpa tidur yang cukup, badan anda mula merembeskan kortisol supaya anda akan kekal berjaga. Sebahagian daripada otak anda mula untuk mengalami proses tidur setempat (local sleep). Ia keadaan di mana sebahagian otak anda tidur manakala yang lain kekal aktif.

Apabila proses tidur setempat tidak dapat memenuhi keperluan badan, anda mungkin akan tertidur sejenak dalam proses yang dipanggil sebagai tidur mikro (microsleep). Ia bagaikan anda termenung dan minda anda mula di awang-awangan. 

Kebanyakan individu tidak menyedari bahawa mereka berada pada keadaan tidur mikro. Ia berlangsung selama 15 hingga 30 saat. Ini merupakan keadaan yang sering menyebabkan kemalangan dalam kalangan mereka yang tidak cukup tidur.

15 saat yang boleh mengubah segala-galanya. Oleh sebab itulah, jika anda berasa mengantuk, anda digalakkan untuk berehat di kawasan rehat sehingga betul-betul segar.

Berapa lama anda perlu tidur setiap malam?

kurang tidur

Kebanyakan pakar kesihatan menyarankan individu untuk tidur di antara 7 hingga 9 jam sehari. Ia bagi menampung keperluan badan untuk berehat dan pulih dari sebarang kecederaan (jika ada). 

Masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan individu pada masa kini adalah masalah kurang tidur. Ia boleh didefinisikan sebagai waktu tidur kurang daripada 7 jam. Mungkin anda mempunyai timbunan kerja atau anda perlu menghantar tugasan yang belum siap pada esok hari.

Tanpa tidur yang cukup anda bukan sahaja akan mengalami masalah kawalan emosi dan berasa penat sepanjang masa. Menurut kajian yang diterbitkan di laman jurnal Current Biology pada tahun 2019, antara bahaya dan akibat mereka yang kurang tidur antaranya ialah akan mengalami kemerosotan fungsi insulin.

Akibatnya, anda akan lebih berisiko untuk mendapat masalah obesiti dan kencing manis. Bagaimana jika anda menggantikan tidur pada hujung minggu?

Walaupun saintis mempunyai percanggahan pendapat mengenai isu ini, banyak kajian menunjukkan bahawa ia tidak akan memberikan kesembuhan atau menghalang berlakunya komplikasi kesihatan yang sering dikaitkan dengan masalah kurang tidur.

Jadi, apa yang anda buat? Berikut merupakan tip untuk mendapatkan tidur yang berkualiti:

  • Pastikan anda mempunyai waktu tidur yang sama setiap hari
  • Sebelum masuk tidur, ambil makanan yang mengandungi asid amino triptofan seperti susu dan teh kamomil bagi menggalakkan rasa ingin tidur. Terdapat juga suplemen melatonin namun, sebelum menggunakannya, dapatkan nasihat daripada doktor anda
  • Pastikan tempat tidur anda kondusif 
  • Berhenti menggunakan alat elektronik 1 jam sebelum waktu tidur
  • Lakukan senaman secara kerap. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan senaman berintensiti sederhana sekurang-kurangnya 150 minit seminggu
  • Laburkan duit pada tilam yang berkualiti

Konklusi

Jangan ambil mudah jika ia berkaitan dengan tidur! Pastikan anda amalkan tip yang diberi. Sekiranya anda masih mengalami kesukaran untuk tidur, pastikan anda mendapatkan bantuan pakar agar masalah ini tidak melarat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Pernah Dengar Kencing Manis 1.5? Baca Ini, Mana Tahu Dalam Diam Anda Mengalaminya!

Kencing manis (diabetes) merupakan penyakit kronik yang lazim didiagnosis di Malaysia. Namun, tahukah anda, ada diabetes jenis 1.5?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Pusat Kesihatan, Diabetes 01/09/2020 . 3 minit bacaan

Sering Mengantuk Ketika Bekerja? Cuba Power Nap Sebentar, Pasti Anda Terus Segar!

Walaupun sudah cukup tidur, kita masih boleh mengantuk terutamanya menjelang tengah hari. Baguskah ambil power nap? Apakah manfaat tidur siang?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Tidur 24/08/2020 . 3 minit bacaan

Pakai Earplug Sebab Tak Nak Dengar Bunyi Bising Bila Tidur, Selamat Atau Tidak Perbuatan Ini?

Anda gemar menggunakan penutup telinga untuk tidur? Tidak salah ya! Pun begitu, ada beberapa risiko yang kalian perlu tahu. Jom klik artikel ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Pusat Kesihatan, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 14/08/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Biar Gangguan Seks Ketika Tidur Berterusan, Ini 4 Cara Atasinya!

Pernahkah anda atau pasangan mengalami gangguan seks ketika tidur? Jika ya, artikel ini amat sesuai buat anda! Jom klik untuk tahu 5 cara atasinya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 29/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

masalah pernafasan

Jangan Ingat Perokok Saja Yang Kena Masalah Pernafasan COPD, Yang Tak Merokok Juga Berisiko!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
ketawa tertawa saat tidur

Selalu Tak Pasangan Complaint Anda Bising @ Ketawa Semasa Tidur? Jika Pernah, Ini Sebabnya…

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 05/10/2020 . 3 minit bacaan
gangguan tidur menghantar mesej

Dalam Banyak-Banyak Gangguan Tidur, ‘Sleep Texting’ Paling RARE! Mungkin Anda Pernah Alaminya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
waktu tidur

Waktu Tidur Setiap Orang Berbeza, Kalau Nak Sihat Patuhi Jam Tidur Ini Ikut Peringkat Umur!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 08/09/2020 . 3 minit bacaan