Tanda amaran ketika memandu:
- Memandu keluar dari laluan atau lorong tanpa anda sedari dan secara berbahaya.
- Berulang kali menguap.
- Terlepas jalan keluar.
- Kelopak mata memberat.
Apakah puncanya?
Microsleep biasanya disebabkan oleh rasa mengantuk yang teramat sangat dan digabungkan dengan tugas yang membosankan seperti memandu atau menonton televisyen. Semakin tinggi rasa mengantuk anda, semakan tinggi potensi untuk anda mengalaminya.
Kurang tidur, yang disebabkan masalah gangguan tidur seperti insomnia atau tidak mendapat kuantiti tidur yang mencukupi antara faktor utama.
Apabila kita dalam keadaan mengantuk, sebahagian otak kita sebenarnya mula tertidur walaupun secara fizikalnya kita masih terjaga namun hakikatnya otak kita tidak berfungsi sepenuhnya.
Langkah pencegahan
Cara yang paling berkesan untuk mencegah microsleep adalah dengan memastikan anda mendapat tidur yang berkualiti dan mencukupi pada waktu malam. Jumlah waktu tidur yang disyorkan untuk individu dewasa adalah antara 7 hingga 9 jam.
Lakukan beberapa perubahan dalam rutin harian juga dapat membantu memperbaiki kualiti tidur, seperti:
- Elakkan pengambilan kafein dan alkohol terutama jika anda sudah letih.
- Padam dan tutup lampu, televisyen, atau radio.
- Hindari sebarang aktiviti yang boleh merangsang kecerdasan.
- Kekal suhu bilik pada tahap yang selesa.
Jika anda terlalu mengantuk pada waktu siang, berikan diri anda masa untuk tidur, pastikan ia tidak lebih 20 minit, biasanya dikenali sebagai tidur tengahari (power nap). Ia dapat membantu menjadikan diri anda lebih segar.
Elakkan tidur melebihi 30 minit melainkan anda merancang untuk berjaga pada waktu malam. Tidur pada waktu petang yang melebihi 30 minit akan membuatkan diri anda berasa lebih mengantuk dan lesu.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen