Cara Mengeringkan Rambut dengan Cepat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Mengeringkan rambut dengan pengering rambut anda boleh menjadi sangat memakan masa, terutamanya jika anda mempunyai rambut panjang, tebal atau kerinting. Pengering rambut mahal sekali pun tidak akan mempercepatkan masa berbanding pengering rambut murah jika anda tidak tahu caranya. Berikut adalah 6 cara untuk membantu anda mengeringkan rambut anda lebih cepat.

Keringkan rambut anda dengan tuala terlebih dahulu

Sebaik sahaja anda telah selesai mencuci rambut anda, balut dengan tuala dan perah air keluar perlahan-lahan. Tuala mikrofiber adalah yang terbaik kerana menyerap air lebih cepat daripada yang diperbuat daripada kapas. Selain itu, jangan gosok rambut anda kerana ia akan merosakkan kutikel rambut.

Kawal aliran haba

Halakan muncung pengering anda dari akar rambut ke hujung rambut untuk menolak air keluar lebih cepat. Elakkan pergerakan rawak kerana boleh membuatkan rambut anda mengerbang

Bahagikan rambut anda kepada bahagian-bahagian

Jika anda mempunyai rambut tebal, bahagikan kepada beberapa bahagian dengan menggunakan klip rambut. Selepas itu, keringkan bahagian rambut anda mengikut bahagian. Kaedah ini bukan sahaja lebih berkesan malah kurang memakan masa, berbanding meniup seluruh kepala sekali lagi.

Jangan sekali-kali menghalakan haba ke satu tempat

Anda dinasihatkan untuk memastikan haba sentiasa dihalakan dari satu tempat ke tempat lain. Jika anda menghalakan pengering rambut ke salah bahagian dengan terlalu lama, bahagian rambut tersebut akan menjadi kering dan rosak.

Belajar menggunakan mesin pengering

Pengering mewah menawarkan kapasiti haba yang lebih tinggi, bermakna kurang masa pengeringan. Walau bagaimanapun, lebih panas tidak semestinya lebih baik. Pastikan anda tahu bagaimana untuk menggunakan pengering rambut anda dengan betul supaya anda tidak akan terlebih mengeringkan rambut atau mencederakan diri.

Gunakan produk rambut cepat kering

Terdapat banyak produk rambut yang menawarkan perlindungan haba dan masa pengeringan pendek. Produk sebegini bertindak dengan memberi kesan kepada ikatan antara air dan permukaan rambut, menjadikan air terwap dengan lebih mudah. Anda boleh mempertimbangkan penggunaan produk-produk ini berbanding semburan pelindung yang biasa.

Semoga tip di atas boleh membantu memudahkan tugas mengeringkan rambut anda yang melelahkan. Lakukannya dengan cara yang betul dan anda bukan sahaja akan mengeringkan rambut anda lebih cepat tetapi juga membuatkannya kelihatan lebih cantik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan