Patut Atau Tak Anda Tengok Video Lucah Dengan Pasangan? Ini 3 Keburukan Yang Anda TAK Sedar!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 30/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Seks adalah perkara yang sangat penting dalam perkahwinan. Disebabkan itu, pelbagai cara dilakukan suami isteri bagi mendapatkan hubungan intim yang lebih baik. Ada yang menggunakan alat mainan seks, mempraktikkan variasi posisi seks serta ada juga yang tengok video lucah dengan pasangan kononnya untuk belajar ‘skil’ baharu.

Menurut pelbagai kajian yang pernah dilakukan, majoriti pasangan di dunia ini mengaku pernah menonton pornografi bersama pasangan atau menikmatinya seorang diri terutamanya kaum lelaki. Persoalannya, adakah perbuatan ini baik atau buruk? Jadi, suami isteri sila teruskan pembacaan untuk tahu jawapannya!

Adakah video lucah boleh membantu hubungan suami isteri?

video lucah

Persoalan sebegini sudah pasti akan berlegar di fikiran mana-mana suami isteri, bukan? Manakan tidak, kita sering sahaja dimomokkan dengan pelbagai bahan bacaan dan topik bualan yang mengatakan bahawa pornografi adalah bagus dalam perkahwinan. Benarkah begitu atau sebaliknya?

Antara perkara yang seringkali ditekankan setiap kali berbicara mengenai perbuatan tengok video lucah dengan pasangan adalah ia boleh membantu kita dalam mempelajari mengenai seks. Kononnya, ia mampu mengajar kita pelbagai teknik hubungan intim yang akan menyemarakkan lagi kehangatan kamar tidur kalian.

Selain itu, ada juga yang mengatakan bahawa ia boleh dijadikan sebagai satu hobi masa lapang buat suami isteri. Ini kerana ramai yang percaya tiada salahnya tengok video lucah dengan pasangan sekiranya sudah sah berkahwin. Tidak dinafikan, mungkin ada logiknya. Tetapi, pemikiran sebegini sama sekali tidak tepat!

Dalam erti kata yang lebih mudah, perbuatan tengok pornografi dengan isteri atau suami anda sendiri bukan satu perbuatan yang baik malahan buruk. Kenapa?

Mudarat tengok video lucah dengan pasangan

Jawapannya, mudah sahaja. Ini kerana anda yang berniat melakukannya sudah pasti akan membuat pasangan anda sedih dan pilu meskipun dia bersetuju tanpa rela. Tidak percaya?

Cuba nilaikan kemudaratan tonton pornografi dengan pasangan yang ada di bawah ini:

#1. Ia boleh melukakan mental pasangan

Setiap suami isteri perlu tahu bahawa ajakan untuk sama-sama menonton pornografi dengan pasangan sebenarnya boleh melukakan hati dan perasaan pasangan anda. Ini kerana mereka akan berasakan bahawa anda sudah tidak lagi berminat terhadap dirinya lalu mencari alternatif untuk memuaskan nafsu yang baharu.

“Adakah aku sudah tidak lagi menawan dan menarik di matanya?”

“Ternyata dia lebih gemar melihat pelakon di dalam video lucah itu, bukannya aku!”

Inilah antara contoh monolog yang akan berlegar di dalam fikiran pasangan setiap kali anda melihat video lucah. Lama-kelamaan, emosi pasangan anda akan celaru lantas mula membunuh rasa cinta, kasih dan sayang yang sebelum ini diberikan kepada anda tanpa berbelah-bahagi.

Kesannya, hubungan kalian sebenarnya boleh musnah! Jadi, tanya pada diri sendiri. Adakah anda pilih untuk merisikokan perkahwinan semata-mata kerana hobi tidak berfaedah anda ini?

#2. Ia akan menjejaskan fizikal pasangan

Bagaimana perbuatan tengok video lucah dengan pasangan boleh menjejaskan fizikal mereka? Ini sebenarnya sangat bersangkut-paut dengan emosi. Sebagai contoh, anda sebagai suami yang gemar menonton pornografi sebenarnya akan mula hilang minat terhadap isteri walaupun sukar untuk diakui.

Manakan tidak, anda sudah terbiasa melihat ‘kesempurnaan’ seperti yang ditonton dalam pornografi. Lantaran itu, anda mungkin akan membandingkan pelakon wanita dalam video lucah tersebut dengan isteri anda. Lama-kelamaan, anda akan hilang minat kepada isteri dan mungkin tidak mahu untuk bersamanya lagi.

Oleh itu, berhentilah melakukannya kerana ternyata ia adalah perbuatan yang akan merosakkan mental dan fizikal anda berdua.

video lucah

#3. Video lucah akan buat perkahwinan retak

Menurut kajian yang pernah dijalankan oleh American Sociological Association terhadap hampir 2,000 pasangan dalam 3 tempoh masa yang berbeza, pasangan berkahwin yang gemar menonton pornografi lebih berisiko untuk bercerai berbanding dengan yang tidak menonton.

Ini didasari oleh pergaduhan yang pasti akan timbul akibat hobi yang tidak berfaedah ini. Oleh itu, berhenti melakukannya dan jangan terpedaya mengenai pelbagai manfaat yang dikatakan boleh diterima oleh anda dan pasangan melalui pornografi. Ia adalah satu perjudian yang tidak berbaloi.

Konklusi

Kesimpulannya, tengok video lucah dengan pasangan adalah satu perbuatan yang sia-sia. Bukan sahaja ia akan memberi kesan negatif kepada mental, fizikal dan ikatan perkahwinan anda, malah ia juga akan mendatangkan dosa besar buat pasangan yang beragama Islam.

Hukum menonton pornografi adalah HARAM sebelum dan selepas kahwin walaupun anda menggunakan alasan untuk mengelakkan zina. Ketahuilah bahawa niat tidak menghalalkan cara.

Dalam pada itu, mengapa anda perlu elak zina sekiranya anda sudah berkahwin? Anda tentu sahaja sudah mempunyai pasangan yang sah untuk menyalurkan serta memuaskan nafsu!

Jadi, berhentilah. Jangan biarkan perkahwinan anda terkubur begitu sahaja gara-gara nafsu.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nak Bersama Tapi Tak Tahu Pasangan Ada Mood Atau Tidak? Perhatikan Petanda Isteri Terangsang

    Kaum Adam, jika anda ingin memberikan pengalaman seks terbaik kepada isteri, amat penting untuk mengenal pasti tanda-tanda wanita ghairah terlebih dahulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 07/10/2020 . 3 minit bacaan

    Pernah Terkena Penyakit Sifilis & Sudah Jalani Rawatan, Bolehkah Ia Datang Kembali?

    Rasanya ramai sudah tahu bahawa sifilis adalah STD yang berbahaya. Usai sahaja menjalani rawatan, adakah ia boleh datang kembali? Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Kepuasan Seks Kian Menurun? Mungkin Ini Masanya Untuk Cuba 2 Teknik Mustahak Ini!

    Buat anda yang belum tahu, teknik cosplay dan roleplay adalah antara tip hubungan seks yang terbaik! Jom klik untuk tahu mengenainya lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    4 Kitaran Tindak Balas Seksual Yang Kita Semua Mungkin Tidak Tahu Jika Belum Baca Ini!

    Tahukah anda bahawa kitaran tindak balas seksual terdapat 4 fasa yang utama? Jika belum, jom klik artikel ini untuk tahu lebih lanjut tentangnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 24/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyakit radang pelvik

    Malu Nak Jumpa Doktor, Penyakit Radang Pelvik Boleh Sembuh Sendiri Tanpa Rawatan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
    seks semasa hamil

    Seks Semasa Haid Bukan Sahaja Kotor Tapi Juga Bahaya! Kalian Mungkin Terkena Penyakit Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 12/10/2020 . 3 minit bacaan
    ketiak manusia

    Terangsang Apabila Pasangan Angkat Ketiak? Anda Mungkin Termasuk Dalam Golongan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
    punca penyakit asma

    Seks Memang Seronok Namun Ada Kajian Kata Ia Boleh Cetuskan Serangan Asma! Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan