backup og meta

Lepas Bertengkar Suami Minta Bersama? Jangan Tolak, Ia Jadikan Hubungan Lebih Intim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/09/2021

    Lepas Bertengkar Suami Minta Bersama? Jangan Tolak, Ia Jadikan Hubungan Lebih Intim

    Mungkin anda ingin mengadu suami suka seks selepas bertengkar atau bergaduh. Sebenarnya, hubungan seksual selepas bergaduh bukanlah perkara yang asing.

    Bahkan hubungan anda dengan suami akan lebih intim sesudah bersenggama selepas pergaduhan.

    Ada juga teori yang mengatakan bahawa pertengkaran boleh menjadi satu bentuk foreplay verbal.

    Ketegangan emosi yang bertambah akhirnya boleh bertukar kepada kehangatan seksual. Semakin hebat pertengkaran yang berlaku, semakin nikmat seks selepas bergaduh.

    Mungkin ada yang tidak selesa dengan teori tersebut.

    Namun, bagi memahami mengapa seks selepas bergaduh boleh memberikan kenikmatan yang luar biasa, fahami dulu mengapa kehangatan seksual hadir selepas pertengkaran. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Kenapa suami suka seks selepas bertengkar?

    Sebenarnya, bukan suami sahaja, bahkan ada juga isteri yang gemarkan seks selepas bergaduh.

    Terdapat 4 elemen yang membuatkan hubungan seks selepas bertengkar menjadi lebih hangat berbanding dengan hari biasa.

    #1 Rasa marah ditukar kepada nafsu seks (arousal transfer)

    suami suka seks

    Walaupun bunyi macam teori yang direka, arousal transfer merupakan satu fenomena psikologi yang menukarkan perasaan marah kepada nafsu berahi selepas sesi pertengkaran.

    Apabila suami isteri bergaduh, perubahan fisiologi di dalam badan akan menyebabkan degupan jantung, penghasilan hormon testosteron dan aktiviti pada hemisfera otak kiri meningkat.

    Waktu inilah kita mudah untuk terlepas cakap, melakukan penderaan fizikal dan sebagainya.

    Namun, apabila kita berhenti bergaduh, darah yang membuak masih lagi belum reda.

    Anda dan pasangan masih merasai rangsangan emosi memandangkan perubahan fisiologi kepada keadaan asal tidak berlaku secara serta-merta.

    Walau bagaimanapun, emosi tersebut bukan lagi marah, tetapi sesuatu yang lebih sensual.

    Anda mungkin berminat:

    #2 Rasa tidak puas hati yang masih terbuku (pent-up aggression)

    Ada sebab kenapa seks selepas bergaduh dianggap sesuatu yang nikmat.

    Ia bukan sahaja petanda anda sudah memaafkan pasangan, tapi juga salah satu luahan rasa tidak puas hati terhadap kesilapan yang dilakukan oleh pasangan.

    Selepas bergaduh, walaupun anda sudah memaafkan, tidak dinafikan bahawa terdapat rasa tidak puas hati di sudut hati anda terhadap kesilapan yang dilakukan.

    Seks selepas bergaduh merupakan salah satu cara luahan bukan verbal yang dapat menzahirkan kemaafan dan rasa tidak puas hati dalam masa yang sama.

    Jika dibuat dengan cara yang betul, ia merupakan kaedah sihat yang boleh membantu meredakan kemarahan dan rasa tidak puas hati anda.

    #3 Mengukuhkan ikatan biologi (biological attachment)

    suami suka seks

    Apabila berlaku pertengkaran di antara anda dengan individu tersayang, ia merupakan satu bentuk ancaman kepada aspek perhubungan anda.

    Pelbagai persoalan bermain di benak fikiran. 

    Apa akan berlaku sekiranya pertengkaran ini tidak berakhir? Adakah pergaduhan ini bakal mengundang perpisahan?

    Kecelaruan dan rasa tak berkeyakinan (insecurity) ini akan menimbulkan ketakutan dalam diri anda.

    Keadaan ini akan mengaktifkan sistem ikatan biologi bagi memastikan perhubungan anda dan pasangan kekal intim.

    Perkara ini termasuklah melakukan hubungan seks selepas pertengkaran.

    Jika difikirkan semula, hormon yang terembes semasa anda takut seperti adrenalin, noradrenalin dan testosteron adalah hormon yang turut terembes semasa anda mengalami rangsangan seksual.

    Suratan atau kebetulan?

    #4 Cara melegakan tekanan perasaan selepas bertengkar (closure)

    Hakikat yang perlu ditelan oleh semua pasangan suami isteri adalah pergaduhan memang sukar dielakkan.

    Ia merupakan salah satu proses bagi memahami suami dan isteri yang mempunyai sifat dan corak pemahaman berbeza.

    Seks selepas bergaduh merupakan satu petanda yang anda dan pasangan memang betul-betul sudah saling memaafkan.

    Bak kata pepatah “buang yang keruh, ambil yang jernih”.

    Ia bagaikan sambutan selepas mengharungi saat pertengkaran dengan pasangan.

    Banyak kebaikan hubungan seksual selepas bergaduh dengan pasangan

    hubungan seksual

    1. Keintiman hubungan. Seks selepas bertengkar merupakan salah satu cara untuk membentuk ikatan baharu atau mendalami ikatan sedia ada. Ia adalah satu bentuk luahan yang menunjukkan anda masih menerima pasangan seadanya.
    2. Set semula keakraban anda dengan pasangan. Mungkin sukar untuk kehangatan hubungan anda kembali kepada keadaan sebelum bergaduh. Seks selepas bergaduh boleh membantu mengembalikan keakraban tersebut.
    3. Berikan perspektif baharu. Seks selepas bergaduh boleh membuatkan anda lupa kenapa anda begitu marah ketika bergaduh. Apa yang ada di dalam fikiran anda selepas bersenggama adalah sebab kenapa anda sayang pasangan.
    4. Memori hangat selepas bergaduh. Walaupun pergaduhan boleh memberikan satu memori buruk kepada hari anda, seks selepas bergaduh boleh membuatkan memori tersebut menjadi lebih baik. Jika pada hari esoknya anda teringat pada pergaduhan semalam, anda juga akan teringat akan aksi romantik yang berlaku seusai pergaduhan tersebut reda. 

    Konklusi

    Anda dah faham kenapa suami suka seks selepas bergaduh?

    Ia bukan sahaja boleh memberikan kebaikan psikologi kepada pasangan suami isteri malah dapat memperbaiki hubungan anda.

    Namun, jangan pula anda sengaja mencari pasal semata-mata nak merasai kehangatan hubungan seksual selepas bergaduh.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan