backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Guna Kondom Wanita Berulang Kali? Ambil Tahu Cara Cuci & Risiko Yang Wujud!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 27/12/2023

    Guna Kondom Wanita Berulang Kali? Ambil Tahu Cara Cuci & Risiko Yang Wujud!

    Setelah digunakan, kondom lelaki sudah tentu akan dibuang, dibiarkan dan dilupuskan. Namun, bagaimana pula dengan jenis untuk wanita? Bagaimana cara guna kondom wanita yang betul?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual sila dapatkannya di sini.

    Kondom wanita boleh diguna kembali?

    Kondom lelaki atau kondom luaran perlu dibuang, dibiarkan dan dilupuskan setelah digunakan. Ia hanya boleh digunakan untuk sekali pakai sahaja.

    Walaupun mungkin lelaki tersebut tidak berejakulasi atau tidak digunakan semasa hubungan seks, tapi ia perlu dibuang setelah dibuka dan digunakan.

    Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perdebatan mengenai penggunaan berulang kali kondom dalaman atau juga disebut kondom perempuan. 

    Kebanyakan pakar bersetuju ia juga tidak boleh digunakan secara berulang kali.

    kondom wanita

    Ia disarankan untuk digunakan sekali pakai sahaja dan perlu menggunakan kondom yang baharu setiap kali ingin melakukan hubungan intim.

    Tetapi, ada satu kajian yang mungkin menunjukkan keputusan yang berbeza dalam hal ini.

    Kajian yang dijalankan pada tahun 2001 dengan 50 orang responden menyatakan, ia boleh dibasuh, dikeringkan dan diletakkan semula dengan pelincir. Dengan kata lain, ia boleh digunakan semula.

    Kajian tersebut menyatakan kondom dalaman boleh digunakan sehingga 7 kali penggunaan!

    Walau bagaimanapun, para penyelidik kajian tersebut berkata terdapat beberapa lubang dikesan terhasil dalam kondom perempuan yang telah digunakan berulang kali.

    Oleh itu, mereka mencadangkan penggunaan kondom perempuan yang baharu setiap kali ingin melakukan hubungan intim.

    Benarkah ia boleh guna semula kalau terpaksa?

    Walau bagaimanapun, dalam sesetengah keadaan seperti kehabisan stok kondom, penggunaan kondom wanita secara berulang kali masih lagi boleh diterima pakai. 

    Namun, anda perlu mencucinya terlebih dahulu seperti yang dilakukan oleh responden dalam kajian sebelum ini:

    1. Bilas terlebih dahulu kondom perempuan yang telah digunakan.
    2. Basuh selama 60 saat dengan menggunakan sabun pencuci cecair.
    3. Bilas kembali.
    4. Keringkannya dengan menggunakan kain tuala atau tisu yang bersih.

    kondom perempuan

    Apa risiko jika guna kondom wanita banyak kali?

    Anda pasti tahu fungsi penggunaan kondom adalah untuk mengurangkan risiko penyakit jangkitan kelamin dan juga mencegah kehamilan.

    Walau bagaimanapun, penggunaan kondom secara berulang kali termasuklah kondom dalaman akan menjejaskan fungsi asalnya.

    Menurut Dr. Nina Carroll, kita tidak dapat memastikan diri kita bebas daripada sebarang risiko jangkitan virus atau bakteria akibat daripada penggunaan kondom secara berulang.

    Ini kerana kedua-dua virus dan juga bakteria bersaiz yang sangat kecil.

    Selain itu, terdapat juga isu fitting kondom yang telah digunakan.

    Kondom yang telah digunakan secara berulang kali akan menjadi lebih lebar dan ia akan mudah menjadi longgar dan tertanggal apabila digunakan kembali.

    Kondom dalaman yang digunakan berulang kali juga akan berisiko untuk koyak, berlubang dan juga pecah tanpa anda sedari.

    Apa saya kena buat jika tidak ada kondom wanita?

    Sekiranya anda menggunakan kondom untuk tujuan melindungi diri daripada jangkitan penyakit kelamin atau mencegah kehamilan, tetapi dalam masa yang sama tidak mempunyai kondom dalaman, jangan sesekali terlibat dalam sebarang aktiviti seksual.

    Anda masih lagi boleh menikmati aktiviti seks melalui cara lain seperti penggunaan sex toysex toy, melancap, dan seks oral yang ternyata lebih selamat berbanding melakukan seks dengan penggunaan kondom secara berulang.

    kondom wanita

    Jika anda beranggapan kaedah tidak pancut dalam boleh mengelakkan jangkitan penyakit kelamin, anda silap!

    Kaedah tersebut mungkin berisiko rendah untuk menjadikan anda tidak hamil, namun ia tidak berkesan dalam mencegah jangkitan penyakit kelamin. 

    Penyakit kelamin juga boleh berjangkit daripada seseorang individu kepada individu yang lain melalui cara sentuhan kulit ke kulit.

    Untuk mencegah kehamilan juga sebenarnya tidak begitu berkesan.

    Ini kerana, terdapat satu kajian yang membuktikan sebanyak 28% pasangan disahkan hamil pada tahun pertama walaupun mengguna pakai kaedah tidak pancut dalam ini. 

    Jadi, pilihan di tangan anda, sama ada menggunakan kondom yang baharu atau tidak melakukan seks sama sekali. 

    Bagaimana cara untuk mengurangkan risiko?

    Sekiranya anda telah melakukan hubungan seks dengan penggunaan kondom wanita secara berulang, kami menyarankan agar anda berjumpa dengan doktor perubatan untuk melakukan pemeriksaan selanjutnya.

    Jika anda runsing akan hamil, anda boleh mendapatkan pil pencegah kehamilan di kaunter farmasi dalam masa 72 jam selepas melakukan hubungan seks. 

    Ingatlah, walaupun pasangan anda tidak pancut dalam, anda masih lagi berpotensi untuk hamil yang disebabkan oleh air mazi atau ejakulasi air mani lelaki yang sedikit

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 27/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan