Nak Tahu Cara Guna Kondom Wanita? Kena Baca Ini Supaya Tiada Kes TERSEKAT Dalam Faraj

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Si dia tidak mahu pakai kondom masa seks? Tidak mengapa, ada cara pakai kondom wanita yang boleh dicuba. Ini penting terutama jika anda ingin elak hamil dan mencegah jangkitan penyakit kelamin. 

Bantu mencegah jangkitan penyakit kelamin

Kondom wanita atau Femidon, boleh membantu mencegah jangkitan penyakit kelamin (STD) temasuklah HIV semasa bersetubuh.

Kondom ini juga boleh dimasukkan ke dalam dubur untuk seks anal bagi melindungi jangkitan STD (seks jenis ini diharamkan bagi mereka yang beragama Islam).

Jika kondom untuk lelaki adalah jenis luaran, kondom wanita pula dikenali sebagai kondom dalaman yang turut berfungsi sebagai alat pencegah kehamilan (kontraseptif) yang dapat mencegah kehamilan.

Untuk menggunakannya anda perlu tahu cara pakai kondom wanita yang betul. Bagaimana?

Apa itu kondom wanita?

Sebelum anda mengetahui cara pakai kondom wanita yang betul, jom ketahui apa sebenarnya yang dikatakan dengan Femidon ini.

Umumnya, kondom ini akan dimasukkan ke dalam saluran faraj atau dubur. Ia akan bertindak sebagai ‘dinding penghadang’ yang mencegah kemasukan cecair badan dan air mani ke dalam uterus.

Jika kondom lelaki dihasilkan daripada bahan lateks, kondom wanita pula diperbuat daripada bahan plastik lembut yang disebut sebagai nitril.

Perlu ke anda tahu cara pakai kondom wanita?

Mesti anda tertanya-tanya kenapa perlu anda memakainya sedangkan ada kondom untuk lelaki yang lebih mudah untuk digunakan.

Memang betul apa yang anda fikirkan itu, tetapi bagaimana jika si dia tidak mahu memakainya? 

Adakah anda rela membiarkan diri berdepan risiko kehamilan mengejut atau sebarang penyakit jangkitan kelamin?

Penggunaan kondom ini dikatakan sangat berkesan untuk mengurangkan risiko kehamilan

Bahkan dengan cara pakai kondom wanita yang betul, ia memberikan perlindungan terbaik untuk mencegah jangkitan penyakit kelamin (STD) seperti gonorrhea atau sifilis.

Jika anda menggunakan kondom, pastinya anda boleh menikmati hubungan seks tanpa perlu risaukan sebarang risiko kehamilan, apatah lagi saat kalian belum bersedia untuk menimang zuriat.

cara-pakai-kondom-wanita

Ini cara pakai kondom wanita yang betul

Berikut disenaraikan apa yang boleh dan patut dielakkan semasa pemakaian kondom wanita ini, iaitu:

  • Pastikan anda menggunakan Femidon dari awal sesi berjimak sehingga akhir
  • Sila baca apa yang tercatat pada pembalut kondom dan semak tarikh luputnya
  • Pastikan tidak ada sebarang kecacatan atau koyakan
  • Gunakan pelincir untuk mencegah kondom daripada terkoyak 
  • Simpan stok kondom wanita di tempat yang sejuk dan kering
  • Jangan gunakan kondom wanita dan kondom lelaki dalam masa yang sama, ia berisiko menyebabkan kondom terkoyak
  • Jangan guna semula kondom wanita
  • Jangan buang kondom di dalam mangkuk tandas kerana boleh menyebabkan ia tersumbat

Kaedah masukkan dan keluarkan kondom wanita

  1. Buka pembalut kondom dengan teliti dan keluarkan kondom wanita daripada bungkusan untuk elakkannya terkoyak.
  2. Untuk pastikan cara pakai kondom wanita yang betul, kenal pasti bahagian cincin kondom yang tebal dan tertutup serta bahagian cincin yang nipis.
  3. Bahagian cincin tebal akan dimasukkan ke dalam saluran faraj. Manakala bahagian cincin yang nipis akan berada di luar faraj, melindung saluran bukaan faraj.
  4. Dapatkan posisi yang selesa. Sambil memegang bahagian luar hujung kondom, tekan bahagian cincin yang tebal dalam faraj menggunakan ibu jari serta jari telunjuk. Jika anda biasa menggunakan tampon, pastinya tidak sukar buat anda.
  5. Kemudian dengan menggunakan jari, tolak bahagian dalam kondom ke dalam saluran faraj sejauh mungkin sehingga ia bertentangan dengan serviks. Kondom akan mengembang secara semula jadi tanpa anda sedari.
  6. Pastikan kondom tidak berpusing. Cincin luar yang nipis perlu berada di luar faraj.
  7. Bantu zakar pasangan anda untuk masuk dengan betul pada bukaan kondom wanita.
  8. Hentikan seks jika anda rasa zakar terkeluar daripada kondom atau bahagian luar kondom tertolak ke dalam faraj.
  9. Untuk mengeluarkannya, putar secara perlahan cincin bahagian luar dan tarik kondom keluar daripada faraj.
  10. Buangkan kondom wanita yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Jangan menggunakannya semula.

mencegah jangkitan penyakit kelamin

Perlindungan kesihatan

Baik kondom lelaki atau kondom wanita, kedua-duanya mempunyai tujuan yang sama, iaitu mengelakkan kehamilan dan juga mencegah jangkitan penyakit kelamin.

Sebelum menggunakan kondom, berbincanglah dengan pasangan. Pastikan mereka tahu bahawa ini adalah kaedah perlindungan terbaik untuk kalian berdua. 

Sebaiknya lakukan perbincangan sebelum melakukan seks.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Jangan Terkejut, SOPAK Bukan Hanya Di Badan, Tapi Juga Boleh Ada Pada ZAKAR!

Sopak atau bahasa perubatannya, vitiligo adalah penyakit kulit yang menyebabkan penghidapnya mempunyai kulit bertompok putih kerana tiada pigmen.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 04/01/2021 . 3 minit bacaan

Pakai IUD Untuk Cegah Hamil? Fahami Dulu Risikonya, Boleh Sebabkan Jangkitan & Mandul!

Pemakaian alat perancang keluarga IUD adalah salah satu cara yang amat berkesan dalam mencegah kehamilan. Namun, ia juga boleh menyebabkan jangkitan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 22/12/2020 . 3 minit bacaan

Cedera Ketika Sedang Sedap Bersetubuh? Awas Ini 5 Kecederaan Lazim Berlaku Atas Katil

Seks sepatutnya menjadi momen menggembirakan, bukan menyakitkan. Ternyata, cedera ketika seks sebenarnya lebih kerap berlaku daripada yang difikirkan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 22/12/2020 . 3 minit bacaan

Tumbuh Bisul Pada Faraj Wanita? Usah Risau, Ini Cara Mudah Merawat, Hanya Di Rumah!

Bisul di kemaluan adalah benjolan berisi nanah yang terbentuk di luar faraj akibat folikel rambut atau kelenjar minyak yang tersumbat. Ini cara merawatnya..

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 21/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

tahan air mani

Capai Orgasma TANPA Terpancut Air Mani? Sengaja Atau Tidak, Ini Yang Akan Berlaku Pada Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan
miss v gatal wanita

Miss V Terasa Gatal-gatal? Ini 5 Penyebab Utama Faraj Wanita Kerap Alami Kegatalan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 21/01/2021 . 3 minit bacaan
cincin zakar

Kalau Tak Nak Dikejarkan Ke Hospital Angkara CINCIN ZAKAR, Patuhi Syarat Ini Sebelum Pakai

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
risiko seks anal

Pasangan Gemar Lakukan Seks Dubur? Ini Petanda STD Pada Punggung Jika Suka ‘Main Belakang’

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan