Akan tetapi, ia lebih kepada foreplay yang memerlukan anda untuk melakukan masturbasi.
Perbezaannya dengan perlakuan melancap adalah anda akan melakukannya bersama pasangan. Caranya, hanya berbaring sebelah pasangan sambil menghadap muka masing-masing. Kemudian, gunakan tangan untuk menyentuh dan merangsang pasangan.
Gunakan tangan atau mulut anda untuk mengeluarkan air mani dan pastikan ia pancut jauh daripada bibir faraj, ya?
Kaedah romantik ini bukan sahaja boleh memuaskan nafsu malah juga akan merealisasikan hasrat anda dan pasangan untuk mencegah kehamilan.
Kaedah pancut luar
Pasangan suami isteri yang masih belum tahu, kaedah ejakulasi di luar faraj atau pancut luar adalah cara bersetubuh yang paling simple untuk dipraktikkan. Kaedah ini memerlukan suami menarik zakar keluar daripada faraj sebelum ejakulasi semasa melakukan hubungan seks demi memastikan air mani tidak terpancut di dalam faraj.

Untuk pengetahuan anda juga, ia adalah cara kaedah perancangan keluarga yang semula jadi tanpa memerlukan bantuan sebarang alat atau ubat.
Menurut kajian, kaedah ini mempunyai tahap keberkesanan sehingga 82% hingga 96% dan hanya 4 daripada 100 wanita yang menggunakan kaedah ini bersama pasangan mereka hamil.
Dalam erti kata yang lain, ia adalah cara bersetubuh paling efektif dan selamat tanpa sebarang kesan sampingan dalam usaha mencegah kehamilan.
Pun begitu, kaedah ini hanya akan berjaya sekiranya dilakukan tanpa sebarang kesilapan. Ia juga mempunyai risiko untuk gagal disebabkan beberapa faktor, termasuklah:
- Suami mengalami kondisi ejakulasi pramatang
- Terdapat lelehan lebihan air mani yang terkeluar daripada zakar semasa orgasma
- Terpancut air mani pada bahagian permukaan atau bibir faraj (vulva)
Dalam pada itu, kaedah ini juga mungkin tidak akan berjaya jika timing suami menarik zakar keluar daripada faraj tidak tepat. Ini kerana pasangan suami isteri yang baru berkahwin khususnya kurang pengalaman.
Jadi, mereka mungkin tidak tahu waktu yang betul untuk mengeluarkan alat kemaluan mereka.
Apa yang paling penting, segala alat kontrasepsi, kaedah dan posisi yang anda dan pasangan lakukan ini adalah satu percubaan yang tidak semestinya membuahkan hasil.
Ini kerana kita hanya mampu merancang dan tuhan yang akan menentukan segalanya. Jika berlaku ‘accident’ dan anda mengandung, ia adalah anugerah yang seharusnya kita raikan.