Tak Pasti Posisi Senggama Apa Yang Sesuai Ketika Hamil? Cuba Posisi Ikut Trimester Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Bolehkah wanita melakukan seks semasa hamil? Jika boleh apakah posisi seks ketika hamil yang sesuai dilakukan? Relaks, artikel ini akan membantu anda mengetahui posisi seks yang terbaik mengikut trimester kehamilan!

Adakah seks semasa hamil itu normal & selamat?

Adakah seks semasa hamil itu normal dan selamat? Jawapannya ya, tiada apa yang anda dan pasangan perlu risau tentangnya.

Namun, apakah cara yang betul untuk melakukan seks semasa berbadan dua? Adakah terdapat posisi seks tertentu yang perlu diamalkan mengikut trimester?

13 posisi seks ketika hamil ikut trimester

Baiklah, sekarang anda sudah tahu ia normal dan selamat. Jadi, apa lagi yang ibu hamil tunggu? Bolehlah mula ajak suami bersenggama walaupun perut sedang memboyot.

Cuma, pastikan anda amalkan panduan posisi seks semasa mengandung mengikut trimester yang kami sediakan ini ya!

Seks semasa hamil: Trimester pertama (1 hingga 12 minggu)

seks ketika hamil

Kebiasaannya, ibu hamil trimester pertama akan mengalami masalah mual-mual dan muntah-muntah (morning sickness). Namun, ia sama sekali tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada kehidupan seksual anda.

Malahan pada waktu ini, wanita akan mengeluarkan lebih banyak cecair semula jadi dari faraj mereka.

Posisi seks ketika hamil yang boleh dibuat:

Semasa awal kehamilan, anda sendiri mungkin tidak tahu anda sebenarnya sedang mengandung. Jadi, tiada sebarang masalah untuk berasmaradana ketika ini. Bagaimana pula dengan posisi?

Ketika ini, semua posisi boleh dipraktikkan. Dari missionarydoggy style, reverse cowgirl dan macam-macam lagi posisi.

Posisi perlu dielak:

Berita baiknya, tiada sebarang posisi seks yang anda perlu elak semasa trimester pertama. Untuk pengetahuan anda, mana-mana posisi sekalipun tidak akan mengakibatkan masalah keguguran.

Trimester kedua (13 hingga 27 minggu)

posisi seks ketika hamil

Pada waktu ini, ibu hamil sudah tiada lagi masalah morning sickness atau keletihan yang melampau. Pendek kata, ia adalah waktu untuk anda ‘honeymoon’. Namun, ada beberapa posisi seks yang anda dan pasangan perlu elak!

Posisi seks ketika hamil yang boleh dilakukan:

Trimester kedua adalah waktu yang afdal untuk anda dan pasangan melakukan hubungan seks dalam pelbagai posisi seks selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan.

Namun, mahukah anda melakukan posisi yang bosan seperti missonary sahaja? Ajaklah pasangan melakukan posisi yang lebih unik seperti reverse spooningsit and starehands and knees dan macam-macam lagi.

Artikel berkaitan:

Selalu Tidur Terlentang Ketika Hamil? Jaga-Jaga, Ini Bahaya Untuk Bayi Dalam Kandungan!

Posisi perlu dielakkan:

Akan tetapi, ketika kehamilan anda berusia sekitar 20 minggu, pastikan kalian elakkan posisi seks yang memerlukan isteri untuk berbaring secara menelentang seperti posisi seks yang biasa iaitu missionary.

Ini kerana posisi seperti ini akan memberi tekanan kepada saluran darah aorta yang menghalang aliran darah ke plasenta. Jadi, lakukan posisi alternatif yang lain ya?

Trimester ketiga (28 minggu dan ke atas)

seks semasa hamil

Waktu ini perut ibu hamil akan menjadi sangat besar. Namun, itu bukan penghalang anda dan pasangan untuk mendapatkan seks yang hangat dan membara! Kuncinya, adalah pada kreativiti kalian berdua.

Posisi boleh dilakukan:

Ketika ini, variasi posisi senggama anda mungkin sudah semakin sedikit jumlahnya. Ini kerana suami perlu memastikan posisi yang dilakukan itu tidak memberi tekanan kepada perut anda yang sedang memboyot.

Jadi, antara posisi yang paling baik untuk dilakukan semasa trimester ketiga ini adalah spooningrear entrywoman on top atau apa-apa sahaja posisi yang tidak membebankan perut isteri.

Posisi perlu dielakkan:

Sama seperti ketika trimester kedua, posisi seks yang perlu dielakkan adalah yang akan memberi tekanan kepada perut anda.

Selain itu, dikatakan juga bahawa penetrasi yang terlalu dalam juga adalah perlu dielakkan!

Ini kerana kebanyakan ibu hamil cenderung berfikiran bahawa tujahan zakar suami yang terlalu dalam akan mendatangkan kesan kepada kandungan dalam perut mereka. Ia adalah tidak benar. Jadi, jangan takut ya?

Dalam pada itu, anda tidak perlu risau untuk melakukan sebarang teknik foreplay seperti blowjob, handjob, footjob dan lain-lain lagi, sekiranya anda kurang selesa untuk bersama pasangan ketika hamil.

Tapi jika anda mengalami masalah faraj kering, sila ikut panduan di bawah:

Artikel berkaitan:

Sakit Nak Bersama Suami Sebab Faraj Kering? Ada 6 Cara Nak Atasi, Pasti Lancar Selepas Ini

Tiada lagi alasan untuk anda menolak ajakan pasangan berasmara selepas ini! Cuma, pastikan anda dan pasangan mendapatkan nasihat doktor jika ada kebimbangan tentang perkara ini ya?

Konklusi

Kesimpulannya, tiada sebarang masalah untuk anda lakukan seks semasa hamil kerana ia adalah normal dan selamat. Selain itu, anda juga tidak perlu menggunakan sebarang alat kontrasepsi kerana air mani suami tidak akan menjejaskan kandungan isteri.

Namun, jika anda mempunyai sebarang kegusaran atau kerisauan mengenai seks dan kehamilan ini, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Mengapa Saya Makin Kerap Sakit Kepala Semasa Hamil? Ini Sebabnya, Setiap Trimester Lain Puncanya

Aduh, berdenyut pula. Adakah anda sering mengalami masalah sakit kepala ketika hamil? Jika ya, jom kenal pasti punca dan cara mengatasi pening.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 08/10/2020 . 3 minit bacaan

Nak Bersama Tapi Tak Tahu Pasangan Ada Mood Atau Tidak? Perhatikan Petanda Isteri Terangsang

Kaum Adam, jika anda ingin memberikan pengalaman seks terbaik kepada isteri, amat penting untuk mengenal pasti tanda-tanda wanita ghairah terlebih dahulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 07/10/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Hamil Selalu Ada Masalah Sakit Punggung? Jom Cuba 11 Cara Ini Untuk Atasinya

Adakah ia sesuatu yang normal untuk wanita mengandung mengalami masalah sakit punggung ketika hamil? Ikuti penjelasannya dalam perkongsian artikel ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 02/10/2020 . 3 minit bacaan

Pernah Terkena Penyakit Sifilis & Sudah Jalani Rawatan, Bolehkah Ia Datang Kembali?

Rasanya ramai sudah tahu bahawa sifilis adalah STD yang berbahaya. Usai sahaja menjalani rawatan, adakah ia boleh datang kembali? Jom klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 30/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

libido wanita hamil

Keinginan Nafsu Seksual Turun Naik Masa Hamil? 5 Perkara Inilah PUNCANYA

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 16/10/2020 . 3 minit bacaan
seks semasa hamil

Seks Semasa Haid Bukan Sahaja Kotor Tapi Juga Bahaya! Kalian Mungkin Terkena Penyakit Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 12/10/2020 . 3 minit bacaan
ketiak manusia

Terangsang Apabila Pasangan Angkat Ketiak? Anda Mungkin Termasuk Dalam Golongan Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
punca penyakit asma

Seks Memang Seronok Namun Ada Kajian Kata Ia Boleh Cetuskan Serangan Asma! Benarkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan