Pentingkah SEKS Dalam Sebuah Perhubungan? 5 Perkara Ini Anda Kena Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Anda rasa adakah seks penting dalam sebuah perhubungan? Baca artikel ini untuk tahu perkara berkaitan hubungan asmara dan kesihatan manusia.

Pentingkah hubungan asmara bagi setiap pasangan?

Dalam sebuah hubungan suami isteri yang sihat, kedua-dua pasangan seharusnya boleh untuk meluahkan perasaan dan saling menghormati batasan berkaitan seks.

Anda tidak seharusnya melakukan seks hanya semata-mata untuk memastikan pasangan anda kekal bersama dan terus menyayangi anda. 

Mungkin ada masanya anda hanya mahukan sekadar bercium, berpegangan tangan atau berpelukan dan tidak lebih daripada itu.

Setiap individu adalah berbeza. Apa yang penting bagi sesetengah individu, mungkin bukan perkara mustahak bagi individu lain. 

Hubungan asmara vs hubungan romantik

Bagi sesetengah individu, hubungan intim dianggap sebagai sebahagian daripada perhubungan yang romantik.

Kebanyakan individu mahu mempunyai kaitan atau hubungan seksual dengan pasangan sebagai perkara yang mengeratkan lagi ikatan hubungan.

Melakukan hubungan seks dapat meningkatkan tahap intensiti emosi yang dirasakan pasangan antara satu sama lain. Jadi bermakna mungkin ada kebaikan seks dalam kesihatan manusia. 

Ada masanya ketinggian intensiti emosi ini menjadi 1 keadaan yang baik dan menggembirakan. Pun begitu, kadang-kadang ia boleh memburukkan perhubungan. 

Terutamanya jika ia berlaku tanpa sepenuh rela hati.

Maka, sangat penting untuk anda benar-benar dalam keadaan bersedia dan mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan asmara. Atau ia boleh menjadi sesuatu yang menyakitkan. 

kesihatan manusia

Hubungan asmara & kesihatan manusia

Hubungan asmara menawarkan banyak faedah dan bukan sekadar keseronokan semata-mata. Banyak sebab yang baik untuk otak, badan dan hubungan. Secara umumnya, kesihatan manusia!

  1. Emosi

Kebanyakan pasangan melakukan aktiviti seks kerana kecenderungan emosi. Terdapat pelbagai faedah emosi daripada persetubuhan, antaranya:

  • Dapat membantu menghubungkan anda dengan badan anda sendiri melalui cara yang menyenangkan
  • Membantu menjalinkan hubungan dengan pasangan. Ini sebagai cara menyatakan rasa cinta dan sayang kepada mereka
  • Dapat meredakan tekanan yang dialami
  1. Fizikal 

Seks dikatakan baik untuk kesihatan badan dan fizikal. Terdapat beberapa kajian yang membuktikannya:

  • Fungsi imun. Kajian pada 2004, menunjukkan bahawa pasangan yang melakukan hubungan asmara lebih kerap mempunyai sistem imun yang lebih baik
  • Senaman ringan. Berdasarkan kajian 2013 menunjukkan bahawa hubungan intim memberikan impak seperti melakukan 1 senaman luar biasa
  • Kesihatan jantung. 1 kajian pada 2010 mendapati bahawa melakukan seks secara berkala dapat mengurangkan risiko terkena penyakit jantung
  • Fungsi kognitif. Melalui kajian 2016, menyatakan bahawa individu yang aktif secara seksual berusia 50 hingga 9 tahun mempunyai daya ingatan yang lebih baik
  • Melegakan sakit kepala. Kajian 2013, menunjukkan bahawa seks boleh dianggap sebagai pemicu yang dapat melegakan migrain atau sakit kepala cluster
  1. Meningkatkan keyakinan diri

Seks mungkin tidak dapat mengubah anda secara fizikal, namun ia dikatakan dapat membantu meningkatkan rasa percaya diri bagi sesetengah individu. 

Ini kerana ada individu yang berasa rendah diri sama ada melibatkan keadaan fizikal atau tidak. 

Tetapi apabila melakukan seks dengan pasangan yang dicintai, ia membantu membina keyakinan diri. Ia melibatkan penghasilan hormon dopamin.

Dopamin adalah hormon dan neurotransmitter yang memainkan peranan penting dalam otak dan badan. Ia dianggap sebagai bahan kimia untuk keseronokan.

Namun dapat bidang farmakologi, dopamin dikatakan dapat memberi semangat dan motivasi kepada diri.

Jadi semakin banyak dopamin di dalam badan, maka rasa yakin diri anda akan lebih baik.

  1. Tingkatkan kualiti tidur

Seks juga dapat meningkatkan kualiti tidur, ini bermakna ia bagus untuk kesihatan manusia secara keseluruhan. 

Ini kerana saat anda orgasme, anda melepaskan hormon prolaktin. 

Bahan kimia itu membolehkan tidur menjadi lebih nyenyak dengan kuantiti masa tidur di peringkat REM – bahagian kitaran tidur yang memperbaiki keadaan badan dan tenaga berlaku.

hubungan asmara

  1. Mewujudkan tindak balas keintiman

Dalam kajian 2017, menunjukkan wujud kaitan antara aktiviti seksual kerap dengan kesejahteraan tahap kesihatan manusia secara keseluruhan.

Ia juga mencadangkan bahawa seks memerlukan kasih sayang dan perhatian. Sebagai balasan akan terjadi lebih kerap aktiviti seks.

Sekiranya anda mahu mengadakan hubungan asmara, perkara terbaik adalah untuk melakukannya dengan lebih kerap. 

Pun begitu, ini tidak bermakna individu yang mengelakkan seks akan jatuh sakit secara fizikal atau berperang dengan emosi mereka.

Cuma individu yang melakukan hubungan asmara ini dapat meningkatkan tahap kesihatan tertentu pada diri.

Capai kata sepakat…

Bukan semua pasangan memerlukan hubungan intim bagi memperolehi hubungan yang sihat dan bahagia.

Perbincangan adalah penting bagi mencapai kata sepakat dan persefahaman.

Tanpa hubungan asmara tak bermakna hubungan kalian adalah sesuatu yang tidak sihat dan juga tidak bermaksud anda tidak menyayangi pasangan.

Kesimpulannya, aktiviti seksual dalam sesebuah perhubungan suami isteri bukan penanda aras untuk menentukan sama ada hubungan kalian berdua sihat atau tidak. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Pedih Ulu Hati Tanda Anda Sensitif Terhadap Kafein, Ini Tak Sama Dengan Alergi Kopi!

Kopi, minuman pilihan ramai, terutamanya pada waktu pagi. Kandungannya merangsang badan dan minda. Tahukah anda segelintir individu mempunyai alergi kopi?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Keadaan Alergi/Autoimun, Pusat Kesihatan 09/11/2020 . 3 minit bacaan

Bahaya! 6 Keadaan Kulit Ini Mungkin Petunjuk Anda Menghidap Penyakit Jantung

Penyakit jantung berpotensi menjadi antara punca kematian sesetengah individu. Tapi, tahukah anda tanda amaran ia juga boleh dilihat dengan perubahan kulit?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Penyakit Jantung, Pusat Kesihatan 06/11/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Bekerja, Jaga-jaga, Ya! Ini Risiko Masalah Kesihatan Yang Boleh Anda Alami

Menjadi seorang ibu bekerja bukanlah 1 tugas mudah. Anda perlu lebih menjaga diri atau ada 8 risiko masalah kesihatan yang mungkin akan dialami.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Tips Keibubapaan 06/11/2020 . 3 minit bacaan

Ingin Jaga Jantung Anda? Gunakan Kaedah Polymeal, Amalkan Menu Diet Baik Untuk Jantung!

Kaedah polymeal adalah kaedah yang menekankan makanan untuk jantung. Selain badam dan sayur, berikut adalah contoh menu diet jantung yang patut anda amalkan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Penyakit Jantung, Pusat Kesihatan 04/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

vulva bengkak wanita

Ladies, Pernah Tak Alami Bibir Faraj Membengkak? 5 Kondisi Ini Boleh Jadi Penyebabnya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 20/11/2020 . 3 minit bacaan
manfaat seks

Hubungan Intim Bersama Pasangan Boleh Tingkatkan Kesihatan Jantung Anda, Betul Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 19/11/2020 . 3 minit bacaan
hamil selepas haid

Ingin Cepat Hamil, Lakukan Hubungan Intim Sehari Lepas Isteri Habis Haid, Berkesan Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 12/11/2020 . 3 minit bacaan
hubungan intim jangkitan HPV

MENGEJUTKAN! Tanpa Hubungan Intim Pun Anda Boleh Terkena HPV, Anak Dara Turut Berisiko!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 09/11/2020 . 3 minit bacaan