#4. Tidak menikmati saat berjimak dengan pasangan
Cuba anda bayangkan, di saat anda sedang seronok mendayung pasangan, tiba-tiba sahaja si dia meminta anda berhenti kerana perasaan gelisah yang dialaminya. Sudah pasti ia akan membunuh mood anda bukan?
Namun, itulah perkara yang biasa terjadi kepada individu yang mengalami masalah kegelisahan.
Mereka secara tiba-tiba sahaja boleh meminta kalian berhenti melakukan apa-apa kerana berasa tidak senang dengannya.
Ia mungkin disebabkan mereka tidak mampu fokus atau menikmati saat kalian sedang melakukan sesuatu – contohnya berjimak.
Jika ini terjadi kepada anda mahupun pasangan, segera dapatkan rawatan pakar okay!
Apa yang individu dengan masalah kegelisahan perlu buat?

Sekarang, kita sudah tahu bagaimana kegelisahan jejaskan hubungan seks.
Persoalannya, apa yang boleh dibuat untuk mengelakkan perkara ini dari terus terjadi atau berulang?
Pertama sekali, sudah semestinya kalian perlu mengambil ubatan dari doktor untuk merawat masalah ini.
Namun, ketahuilah ubatan untuk merawat masalah mental juga boleh mendatangkan banyak kesan negatif.
Oleh itu, sila berbincang dengan doktor anda. Minta mereka tukarkan dos atau jenis ubatan yang sedang anda ambil untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan lain yang tidak diingini.
Selain itu, perkara yang perlu kalian lakukan adalah berjumpa dengan pakar terapi atau kaunseling untuk membincangkan tentang masalah yang anda hadapi.
Jika kurang selesa dengan mereka, jangan malu untuk berkomunikasi dengan pasangan.
Ceritakanlah segala-galanya agar mereka tahu keadaan anda. Ketahuilah bahawa kesan anxiety ini boleh dikawal dan dirawat asalkan anda tidak memendamnya seorang diri.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen