Pencegahan Kehamilan: Cara Sang Professional

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Mempunyai anak adalah satu perkara yang menakjubkan, bukan? Tetapi mempunyai anak dengan cara yang tidak dijangka mungkin sebaliknya. Kebanyakan pasangan merancang dahulu apabila mereka berhasrat untuk menambah ahli baru dalam keluarga. Manakala sebelum waktu yang dirancang tiba, pencegahan kehamilan perlu digunakan.

Jadi apa itu pencegahan kehamilan?

Pencegahan kehamilan merujuk kepada pelbagai langkah yang diambil untuk melambatkan proses pembiakan semula jadi yang berlaku melalui hubungan kelamin. Kebanyakannya berkesan jika digunakan dengan betul dan konsisten.

Hormon Pencegah Kehamilan

Seperti namanya, hormon pencegah kehamilan menggunakan hormon untuk mencegah ovulasi dalam kitaran normal badan wanita, dengan itu mencegah kehamilan. Selain itu, sperma kemudian dibuat lebih sukar untuk memasuki serviks dan mencari telur. Lapisan rahim juga terjejas memastikan telur yang berjaya disenyawakan tidak dapat menempel.

Hormon pencegah kehamilan boleh didapati dalam bentuk pil, tampalan, cincin faraj, suntikan dan implan. Walau bagaimanapun, disebabkan pencegah kehamilan jenis ini perlu digunakan dengan konsisten, anda perlukan preskripsi doktor untuk mula menggunakannya. Anda tidak semestinya akan mengambil pil setiap hari, tetapi terdapat jadual tertentu. Setiap kaedah mempunyai tempoh tersendiri. Anda disyorka untuk berunding dengan doktor anda untuk mengetahui apa yang terbaik untuk anda.

Pencegah Kehamilan Sekatan

Kondom adalah apa yang dipanggil pencegah kehamilan sekatan. Kondom mewujudkan sekatan yang menghalang sperma daripada memasuki rahim. Terdapat kondom lelaki dan kondom wanita. Kondom lelaki adalah seperti getah nipis yang meliputi organ lelaki semasa aktiviti seksual. Sementara kondom wanita adalah tiub plastik yang dimasukkan ke dalam perempuan. Selain memastikan kehamilan dicegah, penggunaan kondom juga membantu mencegah penyakit kelamin.

Terdapat jenis-jenis sekatan lain seperti span yang mengandungi spermicide yang membunuh sperma apabila terkena. Pilihan lain adalah diafragma, topi serviks, dan perisai serviks. Semua ini akan diletakkan dalam organ wanita untuk mewujudkan sekatan. Tiga jenis tersebut perlu preskripsi doktor untuk digunakan.

IUDs – Peranti intrauterine

Ini adalah kaedah dengan kadar kejayaan yang paling tinggi untuk mencegah kehamilan – sehingga 99%. IUD adalah alat kecil, plastik berbentuk  T yang diletakkan di dalam rahim. Terdapat dua jenis UID, salah satu yang mengeluarkan hormon yang berfungsi seperti pengambilan pil, manakala yang lain menggunakan spermicide. Tempoh menggunakan UID mengambil masa sehingga 10 tahun dengan minimum 3 tahun bergantung kepada jenis yang anda gunakan.

Kontraseptif kecemasan

Turut dikenali sebagai pil after morning, kontraseptif kecemasan sering digunakan apabila anda menjalani hubungan kelamin dalam keadaan tidak bersedia. Ini bukan satu kaedah pencegahan kehamilan biasa, disebabkan itu ia dipanggil “kecemasan”. Pil ini berfungsi dengan menyimpan sementara telur dari ovulasi, menghentikan persenyawaan atau mencegah telur daripada menempel dalam rahim. Lebih cepat anda mengambil pil ini, lebih baik kerana peruntukan masa kesannya dalam masa 72 jam aktiviti seksual.

Selain daripada dua kaedah terakhir, penggunaan pil hormon dan sekatan memerlukan perancangan dan konsisten, dan sudah tentu, beberapa langkah berhati-hati. Anda tidak akan selamat jika menggunakan kondom yang telah tamat tempoh atau pil yang rosak. Dan walaupun anda mengikuti pencegahan kehamilan biasa, tiada siapa yang boleh menjamin tiada apa yang akan berlaku. Oleh itu, menyediakan beberapa pil after morning adalah langkah yang agak bijak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Alah Kepada Kondom Getah? Cuba Guna Kondom Plastik! Ada Kelebihan Menarik MESTI TAHU

    Kondom adalah kaedah kontraseptif yang paling popular dan efektif namun ada yang alah kepadanya. Apa kelebihan kondom plastik berbanding kondom getah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 22/06/2020 . 3 minit bacaan

    Selamat Ke Guna Pelincir Semula Jadi Bila Bersetubuh? Nak Tahu, Baca Ini Dulu

    Nak guna baby oil sebagai pelincir seks ketika melakukan hubungan intim? Apa kata anda baca artikel ini dahulu, ada pelincir semula jadi bahaya digunakan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 11/06/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Main Sarung Saja! Ini Cara Betul Guna Kondom, Baru Enjoy Masa Beraksi

    Kondom adalah cara untuk mencegah kehamilan. Tetapi kalau salah pakai, ia tidak berkesan. Haa...ini cara pakai kondom yang patut anda tahu. Jangan tersilap!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 05/06/2020 . 3 minit bacaan

    Bila Isteri Tidak Suka Bersetubuh Guna Kondom, Apa 5 Perkara Encik Suami Perlu Buat?

    Ada isteri yang akan mengadu sakit ketika melakukan seks dengan kondom. Apa sebabnya? Apa yang suami perlu buat? Klik artikel untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 03/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pil pencegah kehamilan

    Benarkah Pil Perancang Mempengaruhi Fasa Menopaus? Wanita ‘Tengah Merancang’ Wajib Baca!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/08/2020 . 3 minit bacaan
    risiko seks oral

    Siapa Kata Seks Oral Tidak Perlu Guna Kondom? Fikirkan Semula Lepas Baca Ini…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 14/07/2020 . 3 minit bacaan
    aksi seks

    Cabut Kondom Tanpa Izin Ketika Bersetubuh Dikira Serangan Seksual, Wanita Kena Ambil Tahu Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 08/07/2020 . 3 minit bacaan
    pil kontrasepsi darurat

    Belum Bersedia Jadi Ibu? Ambil Pil Cegah Hamil, Penyelamat Selepas Si Dia Pancut Dalam!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 03/07/2020 . 3 minit bacaan