Belum Bersedia Jadi Ibu? Ambil Pil Cegah Hamil, Penyelamat Selepas Si Dia Pancut Dalam!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Suami isteri yang baru berkahwin pasti gah beraksi di ranjang. Meskipun begitu, tak semua pasangan yang baru berkahwin bersedia untuk mendapatkan anak lagi.

Pil kontrasepsi darurat boleh menjadi penyelamat anda, usah lagi takut akan hamil!

Kadangkala, para isteri tidak berapa suka mengambil pil perancang kerana kesan sampingannya.

Para suami pula lebih suka bersenggama tanpa kondom. Selepas sesi bersama, pasti ada yang risau risiko untuk hamil.

Walaupun pil kontrasepsi darurat boleh membantu, tapi masih ramai wanita di luar sana tidak faham akan cara pengambilan, fungsi dan kesan sampingannya. 

Apa itu pil kontrasepsi darurat?

pil kontrasepsi darurat

Pil kontrasepsi darurat atau morning-after pill ialah sejenis pil perancang yang selalunya diambil oleh wanita selepas bersenggama.

Pil ini boleh didapati dalam 2 komposisi ubat :

  1. Levonorgestrel
  2. Ulipristal acetate

Levonorgestrel kerap digunakan berbanding dengan ulipristal acetate. Ia mudah didapati di mana-mana kaunter farmasi tanpa perlu preskripsi, dan harganya berpatutan juga.

Ulipristal acetate jarang sekali direkomenkan kerana harganya jauh lebih mahal berbanding levonorgestrel, malahan tidak semua farmasi membekalkannya.

Kadangkala, sesetengah farmasi memerlukan preskripsi daripada doktor untuk ubat ini.

Pengambilan pil ini disarankan sebanyak sekali sahaja untuk setiap kitaran haid bagi mengurangkan kesan sampingan.

Bilakah anda boleh menggunakan pil kontrasepsi darurat?

Pil ini seharusnya diambil oleh para wanita apabila:

  1. Isteri terlupa untuk makan pil perancang yang diberikan dengan betul.
  2. Suami enggan memakai kondom.
  3. Kondom tercabut atau koyak ketika bersenggama.
  4. Isteri salah mengira tarikh yang selamat untuk bersenggama tanpa perlindungan.

Apakah tahap keberkesanan pil kontrasepsi darurat?

Tahap keberkesanannya bergantung kepada tempoh anda mengambil pil selepas bersenggama.

Pil levonorgestrel seharusnya diambil dalam tempoh 72 jam selepas bersenggama tetapi lebih berkesan dalam tempoh 12 jam yang pertama.

Semakin lama tempoh anda menunggu selepas bersenggama, semakin tinggilah risiko untuk hamil.

Kajian mendedahkan levonorgestrel boleh mencegah kehamilan sebanyak:

  • 95% jika diambil dalam 24 jam
  • 85% jika diambil dalam 48 jam
  • 58% jika diambil dalam 72 jam

Bagaimana ia berfungsi?

Levonorgestrel ialah sejenis pil kontrasepsi darurat dalam kelas progestin. Ia mengandungi kandungan hormon yang tinggi, membolehkan perubahan berlaku kepada sistem reproduktif wanita untuk mencegah kehamilan.

Ia berfungsi dengan mengelakkan proses ovulasi daripada berlaku, iaitu perlepasan ovum(telur) daripada ovari anda.

Selain itu, ia boleh mencegah persenyawaan ovum dan sperma dengan melambatkan pergerakan ovum atau sperma.

Levonorgestrel juga berupaya untuk mengubah struktur lapisan dinding rahim supaya proses implantasi tidak dapat dijalankan oleh telur yang sudah disenyawakan.

Walaupun pil ini berupaya untuk membantu anda mencegah kehamilan, tetapi ia tidak akan menghalang penyebaran penyakit kelamin (STI) dan human immunodeficiency virus (HIV).

Mengapa pil ini tidak berfungsi?

Pil kontrasepsi anda tidak akan berkesan sekiranya :

  1. Diambil selepas tempoh 72 jam yang disyorkan.
  2. Mengambil ubat-ubatan lain yang boleh berinteraksi dengan fungsi pil kontrasepsi.
  3. Muntah selepas mengambil pil kurang daripada 3 jam.

Risiko pengambilan pil kontrasepsi darurat

Selalunya, pil levonorgestrel tidak mendatangkan risiko yang berat bagi wanita yang memakannya. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda terlebih dahulu jika anda mempunyai alergi ubat, atau sedang mengambil herba tradisional.

Namun begitu, seeloknya anda mengetahui risiko atau kesan sampingan pil ini sebelum mengambilnya. Contohnya :

  • Muntah
  • Pening kepala
  • Sakit perut dan cirit-birit
  • Payudara berasa tegang dan sakit

levonorgestrel

Kitaran haid anda yang seterusnya sepatutnya seperti biasa. Kadang-kadang, anda akan mengalami spotting (bintik-bintik darah daripada faraj) sebelum haid yang seterusnya.

Haid anda boleh menjadi lebih banyak atau kurang daripada biasa. Selalunya, perubahan kitaran haid ini hanya sementara sahaja.

Seandainya kitaran haid anda lambat lebih daripada 5 hari, sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Peringatan untuk anda

Pil kontrasepsi darurat hanya berkesan untuk hubungan seks tanpa perlindungan yang berlaku sekali sahaja. Ingatlah bahawa ia merupakan pil untuk mencegah kehamilan dalam tempoh masa yang sekejap sahaja.

Jika anda kerap bersenggama tanpa menggunakan apa-apa perlindungan bersama pasangan, sila berjumpa dengan doktor bagi membincangkan cara kontrasepsi lain yang lebih sesuai untuk anda.

Perlu diingat, kontrasepsi darurat juga tidak dapat membantu anda untuk mengelakkan jangkitan penyakit kelamin (STI) dan HIV/AIDS.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Benarkah Pil Perancang Mempengaruhi Fasa Menopaus? Wanita ‘Tengah Merancang’ Wajib Baca!

Menopaus boleh menjadi masa yang sukar dan membingungkan bagi para wanita. Namun, bagaimana pula bagi mereka yang mengamalkan pil pencegah kehamilan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 26/08/2020 . 3 minit bacaan

Sedang Merancang Keluarga? Ini Cara Ambil Pil Perancang, Bukan Boleh Main Makan Saja!

Anda baru berkahwin? Buntu untuk pilih pil perancang yang terbaik? Jangan risau, pi; perancang merupakan kaedah perancang keluarga yang terbaik dan selamat.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Fatin Zahra
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 03/08/2020 . 3 minit bacaan

Suami Tegur Buah Dada Isteri Makin Besar Lepas Makan Pil Perancang, Betul Ke Ni?

Pil perancang kehamilan dikatakan mempunyai kesan sampingan termasuklah meningkatkan saiz payudara. Betul ke ni? Jom klik artikel untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 27/07/2020 . 3 minit bacaan

Seks Selepas Makan Morning After Pill, Selamat Ke? Berapa Kali Boleh Ambil Dalam Sebulan?

Boleh ke lakukan seks selepas makan pil perancang kecemasan? Rancang kehamilan anda dengan bijak dan jangan bergantung 100% pada plan B pill!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Fatin Zahra
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 17/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

fibroid ketika hamil

Ibu Hamil Ada Fibroid? Ini Rawatan Yang Akan Dilakukan, Bagi Elak Keguguran!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 27/11/2020 . 3 minit bacaan
kesuburan wanita

Pernah Ambil Pil Perancang, Dan Kini Ingin Hamil Semula, Bagaimana Nak Tahu Bila Waktu Subur?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 03/11/2020 . 3 minit bacaan
sindrom ovari polisistik

Alami Gejala PCOS? Boleh Cuba Kaedah Kawalan Kelahiran Ini Untuk Kurangkannya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
pil perancang

Pil Perancang Keluarga Untuk Lelaki – Adakah Ia Sudah Wujud Atau Masih Dalam Kajian?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan