Terangsang Apabila Pasangan Angkat Ketiak? Anda Mungkin Termasuk Dalam Golongan Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Seks adalah salah satu daripada aspek yang sangat penting buat pasangan bercinta terutamanya mereka yang bergelar suami isteri.

Disebabkan itu, aktiviti di ranjang kalian berdua perlu dipelbagaikan agar tidak timbul rasa bosan atau jelak untuk melakukannya.

Di sinilah kepentingan fantasi seks memainkan peranan! Bagaimana dengan anda? Terangsang dengan ketiak pasangan tercinta?

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

Fantasi seks – normal atau tidak?

Sebelum pergi dengan lebih lanjut, adalah wajar untuk soalan ini dijawab terlebih dahulu.

Jawapannya adalah ya, setiap individu pasti akan lahir dengan nafsu syahwat dan fantasi seks mereka yang tersendiri walaupun ia adalah aneh atau pelik.

Menurut pakar terapi seks Scot Jacobey, fantasi seks atau fetish adalah boleh dikategorikan sebagai salah satu daripada perilaku seks yang normal.

Pun begitu, ia adalah sangat bergantung kepada apa dan siapa yang difantasikan oleh seseorang individu itu.

Sebagai contoh, tiada masalah jika ia dilampiaskan oleh individu bersama pasangan yang telah sah berkahwin.

Bagaimana pula jika seseorang itu memiliki fetish yang gemar menonton pasangan lain melakukan hubungan seks? Sudah terang lagi bersuluh, ia adalah satu perbuatan yang sangat tidak bermoral!

fantasi-seks-liar-hangatkan-hubungan-intim

Ada pula individu yang akan terangsang dengan ketiak manusia. Adakah ia normal atau tidak?

Fantasi seks terhadap ketiak manusia?

Jangan terkejut dengan penyataan ini kerana memang wujud individu yang mempunyai fantasi terhadap kawasan ketiak manusia.

Ini bermakna mereka akan berasa terangsang secara seksual apabila melihat, membau atau menyentuh bahagian ini secara langsung.

Untuk pengetahuan anda, mereka yang mempunyai nafsu syahwat terhadap bahagian tubuh ini dikenali sebagai maschalagnia.

Persoalannya, kenapa?

Bau ketiak manusia

Pertama sekali, golongan ini mungkin tertarik dengan bau yang terhasil dan tersimpan pada ketiak pasangan masing-masing.

Ini mungkin disebabkan oleh bau feromon yang dikeluarkan secara semula jadi oleh setiap individu.

Buat anda yang mungkin belum tahu, feromon adalah satu bau yang terhasil secara semula jadi dan ia berfungsi memikat pasangan berlainan jantina secara seksual.

Bau inilah yang akan membuat pasangan tertarik dan bukannya bau deodoran, bedak atau sebarang bahan lain yang digunakan untuk memberi wangian padanya.

Rupa ketiak manusia

Selain bau, golongan ini mungkin tertarik dengan ketiak manusia dek kerana rupa kawasan tersebut. Apa maksudnya?

bulu ketiak

Individu yang mempunyai nafsu sebegini mungkin akan terangsang apabila melihat secara visual atau menyentuh secara nyata kawasan terbabit.

Ia mungkin didasari oleh faktor mereka itu mempunyai nafsu syahwat terhadap bulu atau rambut yang memang akan wujud di kawasan ini.

Jika tidak sekalipun, golongan ini memang lahir dengan keinginan atau kemahuan terhadap rupa ketiak manusia meskipun ia mempunyai bulu ataupun tidak.

Perlakuan seks membabitkan kawasan ini?

Seks adalah satu perkara yang sangat luas dan unik kerana ia boleh dilakukan dengan pelbagai cara.

Mungkin anda sudah tahu atau biasa dengan hubungan melalui penetrasi zakar ke dalam faraj, seks oral atau seks anal yang sangat popular.

Namun buat anda yang mempunyai fetish terhadap ketiak manusia, ada satu perlakuan seks yang boleh dilakukan iaitu Axillism.

Untuk pengetahuan anda, ia adalah satu istilah yang digunakan terhadap perlakuan penetrasi zakar ke kawasan ketiak yang dikepit dan didayung dalam usaha memancutkan air mani.

Tidak, ia bukan merupakan sesuatu yang pelik ya?

Menurut pakar terapi seks Alex Comfort, ia adalah satu trik dalam aktiviti di kamar tidur yang berbaloi untuk dicuba kerana tiada sebarang kesan sampingan yang akan timbul.

Ia tidak menyakitkan, memenatkan atau mendatangkan penyakit jangkitan kelamin (STD) selagi kalian hanya melakukannya bersama pasangan yang telah sah berkahwin.

Teringin untuk cuba? Boleh cuba ajak pasangan anda malam ini okay!

ketiak

Tip melakukan aktiviti seksual yang berkaitan

Seperti mana yang telah diterangkan secara panjang lebar di atas tadi, nafsu syahwat terhadap ketiak manusia adalah normal dan bukan sesuatu yang aneh atau pelik.

Pun begitu, ada beberapa tip berkaitan yang kalian mungkin perlu amalkan agar penetrasi zakar ke ketiak pasangan kalian mampu berjalan lebih lancar.

#1. Bersihkan kawasan terbabit

Jika ketiak pasangan berdaki atau berbulu terlalu lebat, bersihkanlah ia agar pasangan anda mampu menikmatinya dengan lebih hebat.

#2. Gunakan wangian tertentu

Meskipun feromon adalah bau yang sangat menggoda pasangan, bau ketiak yang terlalu busuk atau masam juga boleh buat mereka turn off.

#3. Lincirkan dengan minyak/losyen

Tidak, peluh bukan jawapannya kerana ia masih boleh merengsakan kulit alat sulit pasangan. Sebaliknya, lincirkan ketiak anda dengan minyak atau losyen.

Konklusinya, tidak salah untuk anda atau pasangan mempunyai nafsu yang kuat terhadap bahagian ini selagi ia hanya pada anda dan pasangan, dan bukan ketiak orang lain okay!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Seks Memang Seronok Namun Ada Kajian Kata Ia Boleh Cetuskan Serangan Asma! Benarkah?

Seks adalah satu aktiviti yang sangat seronok. Namun ada kajian yang kata ia boleh jadi punca penyakit asma! Benarkah? Jom klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Pusat Kesihatan, Asma 08/10/2020 . 3 minit bacaan

Nak Bersama Tapi Tak Tahu Pasangan Ada Mood Atau Tidak? Perhatikan Petanda Isteri Terangsang

Kaum Adam, jika anda ingin memberikan pengalaman seks terbaik kepada isteri, amat penting untuk mengenal pasti tanda-tanda wanita ghairah terlebih dahulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 07/10/2020 . 3 minit bacaan

Pernah Terkena Penyakit Sifilis & Sudah Jalani Rawatan, Bolehkah Ia Datang Kembali?

Rasanya ramai sudah tahu bahawa sifilis adalah STD yang berbahaya. Usai sahaja menjalani rawatan, adakah ia boleh datang kembali? Jom klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 30/09/2020 . 3 minit bacaan

Kepuasan Seks Kian Menurun? Mungkin Ini Masanya Untuk Cuba 2 Teknik Mustahak Ini!

Buat anda yang belum tahu, teknik cosplay dan roleplay adalah antara tip hubungan seks yang terbaik! Jom klik untuk tahu mengenainya lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

alat permainan seks

Jangan Cuma Tahu Guna, Ketahui Dulu Manfaat & Mudarat ‘Sex Toy’ Dalam Bersenggama!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
penyakit gonorea

Nampak Macam Sama, Tapi Jangkitan Gonorea & Klamidia Ini Sangat Berlainan! Ini Bezanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
penyakit radang pelvik

Malu Nak Jumpa Doktor, Penyakit Radang Pelvik Boleh Sembuh Sendiri Tanpa Rawatan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
seks semasa hamil

Seks Semasa Haid Bukan Sahaja Kotor Tapi Juga Bahaya! Kalian Mungkin Terkena Penyakit Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 12/10/2020 . 3 minit bacaan