backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Klimaks Bukan Pada Faraj Saja Ya, Cuba Pada Puting Pula, Pasti Anda Teruja!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 3 minggu lalu

    Klimaks Bukan Pada Faraj Saja Ya, Cuba Pada Puting Pula, Pasti Anda Teruja!

    Setiap kali berbicara mengenai klimaks seorang wanita, ia sering sahaja akan dikaitkan dengan rangsangan pada bahagian faraj. Adakah hanya itu punca kepuasan seks bagi kaum Hawa? Bagaimana dengan puting payudara wanita?

    Hakikatnya, kalian perlu tahu bahawa alat kemaluan wanita bukanlah satu-satunya bahagian pada tubuh badan yang boleh membuat wanita itu klimaks. Terdapat juga orgasma puting payudara!

    Ya, semestinya ada yang tidak tahu mengenai perkara ini. Jadi, mari sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui apa itu orgasma puting payudara wanita dengan lebih mendalam lagi.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu orgasma puting payudara wanita?

    puting payudara wanita
    Klimaks wanita pada payudara.

    Puncak syahwat seorang wanita itu adalah berbeza dengan lelaki. Bagaimana?

    • Bagi lelaki, terkeluarnya air mani dari lubang zakar itu tanda utama si dia telah puas
    • Bagi wanita pula, terdapat beberapa mekanisma yang berbeza
    • Pertama, adalah dengan terpancutnya air mani dari lubang faraj (squirt) – agak sama seperti lelaki
    • Selain itu, mereka juga sebenarnya boleh mencapai kepuasan seks melalui puting payudara wanita

    Tubuh badan manusia mempunyai jutaan sistem saraf dengan fungsi masing-masing.

    Bahagian puting pada buah dada wanita mempunyai ratusan sistem saraf menjadikannya sensitif terhadap rangsangan tidak kira warna puting normal atau warna puting anak dara!

    Jika dirangsang, bahagian puting ini akan menghantar isyarat kepada genital sensory cortex yang seterusnya menyebabkan wanita itu berada dalam puncak syahwat.

    Ia adalah bahagian sama pada otak yang turut aktif apabila faraj terangsang secara seksual.

    Dalam erti kata yang lebih mudah, rangsangan pada puting payudara adalah sama fungsinya dengan rangsangan pada faraj.

    Ini kerana rangsangan pada kedua-dua bahagian ini akan mengaktifkan bahagian dalam otak yang berfungsi mengawal orgasma seorang wanita.

    Bagaimana mendapatkan orgasma puting payudara wanita?

    Kadangkala, penetrasi zakar ke dalam faraj sahaja kurang mencukupi bukan?

    Jadi, apa kata anda minta bantuan pasangan untuk merangsang buah dada anda bagi mendapatkan klimaks puting payudara. Ini caranya:

    #1. Kawal pernafasan anda

    hubungan intim
    Petua hangatkan hubungan intim yang semakin bosan.

    Sama seperti bersukan atau bersenam, pernafasan adalah aspek yang terpenting untuk anda titikberatkan sebelum memulakan sesuatu.

    Ia sama juga ketika anda sedang berasmaradana dengan pasangan.

    Ya, mungkin agak sukar untuk mengawal pernafasan tatkala tubuh badan anda sedang diratah oleh encik suami.

    Namun, anda perlu cuba untuk kekal tenang dan kawal nafas anda dengan tertib.

    Ia adalah langkah pertama untuk membolehkan anda mencapai orgasma puting payudara wanita.

    #2. Minta pasangan menyentuh buah dada anda secara bulatan

    Sebagai permulaan, jangan terus tarik tangan pasangan untuk memaksa mereka menerkam buah dada anda. Sebaliknya, lakukannya dengan perlahan-lahan.

    Langkah pertama adalah dengan minta pasangan gunakan satu jari untuk menyentuh buah dada anda.

    Kemudian, minta mereka menggerakkan jari dengan gerakan bulatan mengelilingi kawasan areola.

    Perlahan-lahan, minta mereka beralih masuk ke kawasan puting payudara wanita.

    Setelah sampai ke destinasi impian itu, minta pasangan bermain dengan puting secara lembut sehingga sensasi geli bercampur sedap itu merasuki tubuh badan anda secara maksimum.

    #3. Minta pasangan meraba, meramas dan memicit buah dada anda

    Selepas puas menggunakan satu jari, tibalah masa untuk kalian melakukan sesuatu yang lebih ganas.

    Anda boleh minta pasangan untuk meraba, meramas dan memicit payudara anda dengan tekanan yang sedikit kuat!

    Ini bertujuan membolehkan anda melayani kenikmatan ketika disentuh pada bahagian yang merupakan zon erotik terhebat selain faraj dan dalam masa sama menciptakan bentuk payudara yang bagus!

    puting payudara wanita
    Stimulasi pada payudara wanita.

    Jika tidak cukup, mungkin anda boleh gunakan tangan sendiri untuk membantu.

    Jika anda sudah terasa tubuh badan seakan terapung di awangan dek kenikmatan, sila teruskan kepada langkah terakhir ini.

    #4. Fokuskan pada puting payudara

    Akhir sekali, sila fokuskan pada puting buah dada anda.

    Anda boleh minta pasangan menggunakan tangan untuk mencubit puting anda dengan perlahan atau kuat, bergantung kepada kemahuan anda.

    Atau, anda juga boleh minta pasangan menggunakan mulut mereka untuk menjilat atau menghisap puting anda itu.

    Jika mahu menggigit juga boleh, cuma pastikan tidak terlalu kuat sehingga menimbulkan kesakitan.

    Lakukan ini sehinggalah anda berasa tubuh badan anda puas secara seksual. Jika belum, mungkin boleh cuba ulang langkah pertama lagi sekali?

    Kesimpulannya, orgasma puting payudara wanita itu memang wujud dan tidak mustahil untuk anda mendapatkannya jika kena caranya.

    Jadi, para wanita mungkin perlu mula mencari cara membuat puting agar menonjol dan lebih menggoda!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 3 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan