backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Ada 5 Jenis Puting Payudara Wanita, Bukan Semuanya Sama Ya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 11/06/2024

Ada 5 Jenis Puting Payudara Wanita, Bukan Semuanya Sama Ya!

Seperti mana berbezanya bentuk tubuh badan, begitu jugalah dengan bentuk, saiz dan jenis puting wanita.

Walaupun terdapatnya perbezaan yang ketara, hampir kesemua bentuk puting normal. Malah, fungsinya kekal sama iaitu untuk menyusukan anak.

Namun, tidak kiralah apa jua bentuk puting tersebut – sama ada ia menonjol, termasuk ke dalam atau berbulu, semua bentuk puting normal dan tidak perlu dirisaukan.

Walau bagaimanapun, ada beberapa keadaan yang ‘tidak normal’ dan perlu diperiksa oleh doktor secepat mungkin.

Menerusi artikel ini, kaum Hawa boleh melihat perbezaan antara bentuk-bentuk puting yang berbeza. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Jenis puting wanita yang berbeza

Puting wanita merupakan sebahagian daripada anatomi kaum Hawa yang mempunyai peranan yang penting iaitu untuk tujuan penyusuan.

Kawasan gelap di sekitar puting dikenali sebagai areola. Ketika hamil, areola akan membesar dan menjadi semakin gelap.

Bukan itu sahaja, kawasan ini turut mempunyai kelenjar peluh yang berbeza dengan kelenjar peluh pada kawasan badan yang lain.

Kelenjar yang turut dikenali sebagai Montgomery’s gland ini akan merembeskan cecair yang bertindak sebagai pelincir ketika menyusukan anak.

Semua wanita mempunyai puting yang berbeza. Malah, setiap bentuk adalah unik – Sama seperti rupa paras atau personaliti setiap orang yang berbeza.

1. Jenis puting yang menonjol

Seperti namanya, puting jenis ini sedikit menonjol dan cenderung menghala ke luar sebanyak beberapa milimeter. 

Ketika cuaca sejuk atau selepas mengalami stimulasi, puting jenis ini akan mengeras.

Wanita yang mempunyai puting yang menonjol mungkin akan mengalami sedikit ketidakselesaan ketika memakai baju dalam. 

Kawasan ini juga mudah melecet dan terluka kerana geseran.

2. Jenis puting yang termasuk ke dalam, salah satu bentuk payudara normal

jenis puting
Puting jenis termasuk ke dalam.

Berbeza dengan puting yang menonjol, jenis puting ini termasuk ke dalam dan terlindung di bawah kulit.

Wanita yang mempunyai puting jenis ini mungkin akan rasa risau dan malu tentang kondisi puting mereka. Namun, puting yang termasuk ke dalam adalah normal dan bukanlah tanda penyakit.

Kadangkala, puting jenis ini boleh mengeras dan menonjol selepas stimulasi.

Puting yang termasuk ke dalam tidak mendatangkan sebarang masalah dari segi kesihatan. 

Namun, wanita yang mempunyai puting jenis ini mungkin akan mengalami kesukaran ketika menyusukan anak.

Walau bagaimanapun, wanita yang mengalami perubahan secara tiba-tiba pada bentuk puting perlu mendapatkan pemeriksaan doktor secepat mungkin, lebih-lebih lagi jika puting tiba-tiba tenggelam atau masuk ke dalam.

3. Puting yang leper

Puting yang leper selalunya nampak rata dan tidak akan memberikan sebarang respons terhadap kesejukan ataupun stimulasi.

Wanita yang mempunyai puting yang leper sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk menyusukan anak. Malah, puting jenis ini mungkin akan terkeluar ketika hamil.

4. Puting yang berbulu

jenis payudara
Bentuk puting yang normal.

Di sekeliling puting, ada banyak folikel rambut. Oleh sebab itu, puting yang berbulu merupakan sesuatu yang normal, jadi ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan.

Tidak ada salahnya untuk wanita membuang bulu pada kawasan puting dengan cara mencabut, mencukur atau menggunakan rawatan laser.

Walau bagaimanapun, jika bulu di kawasan tersebut terlalu lebat, anda mungkin menghidap satu kondisi yang dikenali sebagai hirsutisme.

Kaum Hawa yang menghidap kondisi ini selalunya mempunyai bulu pada kawasan lain. Mereka juga akan tumbuh misai dan janggut, serta mungkin mempunyai bulu dada.

Selain itu, wanita yang menghidap hirsutisme juga akan mengalami simptom lain seperti:

  • Haid yang tidak teratur
  • Masalah jerawat
  • Obesiti

Puting wanita yang berbulu lebat juga mungkin merupakan tanda PCOS, satu penyakit yang berlaku disebabkan ketidakseimbangan hormon.

5. Jenis puting tertarik ke dalam

Puting yang tertarik ke dalam berbeza dengan puting yang termasuk ke dalam. Wanita yang mempunyai puting jenis ini pada awalnya mempunyai puting yang menonjol sebelum ia tertarik ke dalam.

Masalah puting tertarik mungkin berlaku disebabkan penuaan, duct ectasia (kelenjar susu membengkak atau tersumbat) atau kanser payudara.

Untuk tujuan diagnosis, mamogram, ultrasound, atau MRI boleh dilakukan bagi menentukan punca dan juga rawatan yang bersesuaian.

ujian mamogram
Ujian mamogram yang perlu dijalani wanita.

Kesimpulan

Sama seperti tubuh badan kita, puting wanita juga boleh berubah mengikut usia.

Walau bagaimanapun, wanita yang cakna perlu sentiasa peka dengan bentuk payudara normal atau tidak normal.

Jika berlakunya sebarang perubahan fizikal pada kawasan payudara seperti puting masuk ke dalam atau rasa sakit di kawasan tersebut, pastikan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Sama jugalah jika munculnya ketulan pada kawasan payudara. Menurut NHS, hampir 90% ketulan pada kawasan payudara bukan kanser. Namun, dapatkan pemeriksaan doktor untuk kepastian.  

Selain itu, perhatikan juga simptom lain seperti keluarnya cecair, darah, atau perubahan pada kawasan puting. Ini mungkin merupakan tanda kanser payudara.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 11/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan