backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Ini Sebab Lelaki Suka Pandang Payudara Wanita, Bukan Cuma Sebab GATAL Sahaja!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 16/02/2024

    Ini Sebab Lelaki Suka Pandang Payudara Wanita, Bukan Cuma Sebab GATAL Sahaja!

    Pernah tak anda terfikir, kenapa lelaki suka payudara wanita? Penjelasan yang sering diberikan kebiasaannya mencuit hati.

    Kenapa lelaki suka payudara? Adegan merenung payudara sering dijadikan bahan lawak dalam drama komedi di seluruh dunia.

    Namun tidak kurang juga, ada yang menggambarkan perbuatan tersebut sebagai satu perkara yang menjijikkan.

    Suka ataupun tidak, ianya mempunyai penjelasan dari sudut biologi dan teori evolusi namun kebanyakan kajian tidak mempunyai konklusi yang jelas.

    Itulah kesannya jika kita cuba mengkaji sesuatu yang melibatkan emosi, tiada konklusi mutlak yang boleh dibuat.

    Pun begitu, jika anda berminat dengan topik perbincangan ini, teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut berkaitan kenapa lelaki suka payudara? 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

    Kenapa lelaki suka payudara? 

    Jika naluri semula jadi manusia lelaki suka akan payudara tanpa kira bentuk buah dada dan sifatnya, maka, secara amnya kita boleh simpulkan bahawa majoriti (jika bukan semua) kaum Adam ini gemarkan payudara.

    Namun kajian terhadap rangsangan payudara terhadap nafsu seks lelaki tidak mempunyai kaitan kuat melalui kajian oleh ahli antrapologi terkenal Clellan Ford dan Frank Beach.

    Mereka telah mengkaji sejumlah 191 budaya di seluruh dunia dan dapatan tidak menunjukkan kaitan yang kuat antara perasaan suka payudara dengan naluri semula jadi lelaki.

    Hanya 13 budaya sahaja yang menganggap payudara sebagai organ seks penting. 9 daripada 13 budaya tersebut suka pada payudara bersaiz besar.

    kenapa lelaki suka payudara
    Saiz payudara yang besar disukai oleh lelaki.

    Mereka juga gemar mencari tips atau cara besarkan payudara oleh suami.

    2 daripada 13 budaya tersebut suka pada payudara panjang dan melabuh. Selebihnya, mereka sukakan payudara yang tegang dan separa bulat (tidak kisah tentang saiz).

    Melalui kajian tersebut, sudah terang lagi bersuluh bahawa kecenderungan lelaki terhadap payudara terbentuk melalui didikan sekeliling.

    Namun, ia bukanlah satu kesimpulan yang mudah dibuat memandangkan terdapat perspektif evolusi yang turut menjelaskan sebab di sebaliknya.

    Sama ada kenapa lelaki suka payudara besar atau kecil bergantung kepada faktor persekitaran dan budaya.

    Pada tahun 2011, kajian oleh Universiti Wellington, New Zealand telah menyimpulkan sifat lelaki terhadap payudara:

    • Papua New Guinea – lebih sukakan wanita yang berpayudara besar kerana ia melambangkan kesuburan.
    • Samoa & New Zealand – tidak pentingkan saiz payudara kerana tidak percaya ia berkaitan dengan kesuburan.

    Perkara ini menyokong hipotesis yang menyatakan di kawasan yang terdapat kurang taburan penduduk, saiz payudara dianggap sebagai tanda bahawa wanita tersebut mendapat zat yang cukup dan subur untuk hamil.

    Namun, ia berbeza dengan punca kenapa payudara membesar selepas berkahwin yang akan membawa satu cerita lain.

    periksa payudara
    Langkah mudah untuk periksa payudara di rumah.

    Ada kaitan dengan perhubungan 

    Sejak dari zaman purba lagi manusia sudah memahami bahawa payudara berfungsi sebagai saluran untuk memberikan susu kepada bayi baru lahir.

    Oleh sebab itulah terdapat golongan yang berpendapat tindakan lelaki suka payudara atau kenapa lelaki suka payudara yang tidak bertepatan dengan fungsi asal agak menjelekkan.

    Namun, pendapat tersebut disangkal oleh Profesor Psikiatri dari University Emory, Larry Young. 

    Beliau berpendapat bahawa evolusi manusia telah mengubah dinamik pemikiran berkaitan payudara yang pada asalnya boleh menguatkan hubungan di antara ibu dan anak.

    Ini bermakna, otak lelaki manusia (secara tidak sedar) menterjemahkan payudara sebagai satu medium berkesan untuk merapatkan hubungan dengan pasangan. Itu sebabnya mengapa kenapa lelaki suka payudara.

    Kesannya, seperti bayi, lelaki suka akan payudara.

    kenapa lelaki suka payudara
    Penyusuan badan si ibu dan bayi.

    Jadi, apa punca sebenar di sebalik keingingan lelaki terhadap payudara wanita?

    • Selain merupakan organ seksual yang penting bersama dengan faraj, lelaki juga mungkin menyukai dan menggemari payudara hasil daripada memori mereka menyusui ibu ketika sedang kecil atau bayi.

    Rangsangan payudara juga boleh menyebabkan wujudnya ikatan emosi yang kuat di antara anda dan pasangan melalui rembesan hormon.

    Bayangkan, ketika pasangan anda menggentel puting atau memegang payudara anda, ia akan menyebabkan hormon oksitosin terembes. Namun, ia bukan antara punca payudara besar ya?

    Perkara yang sama berlaku ketika wanita menyusukan bayi mereka.

    Hormon tersebut akan menyebabkan wanita untuk lebih cenderung memberikan perhatian kepada pasangan sepertimana mereka memberikan tumpuan kepada bayi mereka.

    Perkara ini menguatkan pertalian di antara lelaki dan wanita untuk berhubung di antara satu sama lain.

    Kesan evolusi ini menguatkan rasa sayang seterusnya menggalakkan pasangan untuk kekal setia dalam hubungan monogami.

    Kini anda telah tahu kenapa lelaki suka payudara.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 16/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan