Kulit Melecur Terkena Air Panas Di Rumah? Jangan Bimbang, Rawat Guna 10 Cara Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 24/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Ketika sedang memasak di dapur, anda telah tercelup tangan dalam air mendidih tanpa sengaja. Kini, kulit terkena air panas dan anda meronta kesakitan. Jika ini yang anda alami, jangan bimbang! Ikuti cara merawat kulit melecur seperti di bawah ini.

Ketahui keadaan kulit terkena air panas atau melecur

Luka terbakar yang disebabkan oleh sesuatu yang basah seperti wap atau air panas disebut sebagai melecur.

Melecur atau kulit terkena air panas boleh menyebabkan kesakitan dan kerosakan pada kulit akibat daripada kepanasan lembap atau wap air.

Jenis luka melecur seperti ini sangatlah berbahaya kerana ia boleh merosakkan tisu dan sel yang terjejas.

Badan anda mungkin akan terkejut daripada keadaan panas yang dialami. Bagi kes yang lebih serius, luka melecur juga boleh mengancam nyawa. 

Tahap kebakaran pada kulit apabila terkena air panas atau melecur

cara merawat kulit melecur

Terdapat empat tahap luka terbakar atau melecur pada kulit:

  • Luka terbakar epidermis ringan. Luka terbakar ini menjejaskan lapisan luar kulit. Kulit anda mungkin akan mengalami sedikit kemerahan, bengkak, dan juga kesakitan
  • Luka terbakar dermis ringan. Kesan melecur ini mencapai lapisan kedua kulit anda, lalu menjejaskan hujung saraf, saluran darah serta folikel rerambut pada kulit. Kulit anda mungkin berwarna merah jambu pucat, serta anda akan mengalami kesakitan dan luka melecur yang ringan
  • Luka terbakar kulit dalam. Ia sama dengan luka terbakar dermis ringan, dua lapisan kulit teratas akan terjejas. Luka terbakar pada kulit anda boleh menjadi sama ada sangat menyakitkan atau tidak menyakitkan langsung. Kulit anda akan menjadi merah, dengan atau tanpa kelembapan. Kulit anda juga mungkin mengalami bengkak dan melecet
  • Luka terbakar keseluruhan. Luka terbakar ini adalah yang paling serius, yang mempengaruhi ketiga-tiga lapisan kulit anda. Luka terbakar ini boleh dikategorikan sebagai luka terbakar tahap ketiga, dan memerlukan rawatan perubatan segera. Anda mungkin mengalami perubahan tekstur kulit daripada kulit yang licin menjadi kulit berlilin. Kulit anda akan terbakar, dan luka tersebut boleh menghitamkan tisu kulit anda

Sekiranya anda mula menggigil atau luka terbakar anda meliputi kawasan lebih daripada tiga inci, dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

Ini cara merawat kulit melecur yang patut anda buat

kulit terkena air panas

Jika kulit terkena air panas itu tidak begitu teruk atau dalam keadaan luka terbakar yang ringan, anda masih boleh merawatnya di rumah. Ikuti cara merawat kulit melecur di bawah ini:

  1. Jauhkan diri anda daripada sumber haba untuk mengelakkan kecederaan yang lebih teruk.
  2. Lalukan kawasan kulit yang melecur pada air mengalir yang sejuk untuk menyejukkan kawasan tersebut. Lakukan ini sekurang-kurangnya selama 20 minit. Jangan gunakan ais, air berais, atau bahan berminyak. Pastikan tubuh badan anda kekal hangat semasa proses ini dilakukan untuk mengekalkan suhu badan yang sesuai.
  3. Sekiranya luka terbakar itu melibatkan sebahagian besar tubuh badan, jangan rendamkan diri anda dalam air sejuk. Ini boleh menyebabkan anda kehilangan kehangatan tubuh badan dan seterusnya memburukkan lagi kecederaan tersebut.
  4. Tanggalkan barang kemas atau pakaian yang berdekatan dengan kawasan yang terjejas. Ini untuk merendahkan suhu pada kulit tersebut dan memberikan ruang kepada kulit untuk membengkak. Sekiranya pakaian atau barang kemas itu melekat pada kawasan kulit yang melecur, jangan terus menanggalkannya. Ini boleh menyebabkan kecederaan yang lebih parah pada kulit.
  5. Tutup luka melecet dengan pembalut lembap atau kain bersih. 
  6. Sekiranya boleh, tinggikan kawasan yang terbakar lebih daripada paras jantung.
  7. Jangan pecahkan sebarang gelembung pada kulit yang melecet.
  8. Makan ubat penahan sakit seperti paracetamol untuk mengurangkan kesakitan yang dialami.
  9. Jika luka terbakar tersebut berlaku pada muka atau mata, banyakkan duduk daripada berbaring. Ini untuk mengurangkan pembengkakan yang berlaku.
  10. Sekiranya luka terbakar tersebut melibatkan cecair berbahaya seperti asid atau bahan kimia, segera dapatkan bantuan daripada pihak bomba. Di samping itu, jauhkan diri anda daripada cecair berbahaya dan cuci kawasan kulit yang terjejas dengan menggunakan air bersih yang banyak.

Tidak semua jenis keadaan kulit terkena air panas boleh dirawat di rumah

Namun, anda mesti ingat, cara merawat kulit melecur ini hanya sesuai jika luka melecur itu tidak begitu serius.

Jika luka melecur akibat kulit terkena air panas itu agak serius, segera dapatkan bantuan kecemasan di hospital atau menelefon ambulans.

Begitu juga jika ia melibatkan cecair berbahaya, barangan elektrik atau keadaan melecur sehingga kulit menjadi hitam.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Basuh Muka Dengan Air Panas? Eh, Jangan! Ini Tabiat Yang Boleh Rosakkan Kulit Muka

Banyak perkara yang kita terlupa untuk titikberatkan semasa menjaga kulit wajah. Jom baca tips penjagaan kulit muka agar sentiasa cantik dan glowing!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 05/01/2021 . 3 minit bacaan

Siapa Yang Tak Nak Kulit Cantik Kan? Sebab Itu Kena Cuba 5 Diet Yang Penuh Manfaat Ini!

Jangan tak tahu, ada diet untuk kulit cantik khas jika anda berhasrat menjaga kecantikan kulit. Jom klik artikel ini untuk tahu 5 jenis diet tersebut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diet & Turun Berat Badan, Pemakanan Sihat 31/12/2020 . 3 minit bacaan

Apakah Maksud Kulit Cantik & Sihat? Ini Rahsia Mendapatkannya!

Kulit yang sihat berseri mencerminkan kesihatan yang baik. Untuk memilikinya, fahami asas pengetahuan kulit supaya penjagaan bersesuaian boleh diamalkan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 30/12/2020 . 5 minit bacaan

Ramai Gemar Mandi Laut Tanpa Tahu Efeknya Kepada Kulit, Bermanfaat @ Bahaya?

Ramai yang gemar mandi laut namun tidak tahu bahawa mungkin akan ada kesannya terhadap kulit dan rambut bukan? Jom klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 29/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

miss v gatal wanita

Miss V Terasa Gatal-gatal? Ini 5 Penyebab Utama Faraj Wanita Kerap Alami Kegatalan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 21/01/2021 . 3 minit bacaan
sabun untuk ekzema

Susah Nak Cari Sabun Sesuai Untuk Kulit Ekzema? Jangan Risau, Ini Beberapa Tip Perlu Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 11/01/2021 . 3 minit bacaan
penyakit vitiligo

Boleh Cuba Rawatan Untuk Penyakit Kulit Sopak, Caranya Jaga Makan & Ambil Vitamin

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
punca tumit merekah

Ini Punca Tumit Merekah, Tapi Jangan Risau, Ada 5 Cara Mudah Merawatnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 06/01/2021 . 3 minit bacaan