backup og meta

AWAS, Ini 5 Penyakit Sering Menyerang Warga Emas Di Malaysia!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 27/12/2022

    AWAS, Ini 5 Penyakit Sering Menyerang Warga Emas Di Malaysia!

    Pertambahan usia adalah cabaran bagi warga emas berdepan dengan tahap dan keadaan kesihatan. Sentiasa berhati-hati dengan penyakit warga emas, anda boleh mengelakkan ia daripada berlaku. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sihat Pada Usia Emas, sila dapatkannya di sini.

    Penyakit warga emas yang biasa

    #1. Arthritis

    Menurut Timbalan Pengarah Institut Penuaan Kebangsaan di Bethesda, Marie Bernard MD, arhtritis mungkin keadaan utama orang berusia 65 tahun atau lebih berdepan dengannya.

    Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menganggarkan ia menjejaskan 49.7% warga emas berusia 65 tahun ke atas dan menyebabkan kesakitan serta kualiti hidup yang rendah bagi sesetengah orang tua.

    Walaupun arthritis menghalang anda untuk aktif, dapatkan nasihat doktor bagi perancangan aktiviti dan rawatan bagi membantu mengekalkan tahap kesihatan.

    #2. Penyakit jantung

    Menurut CDC, penyakit jantung tetap menjadi pembunuh utama orang dewasa yang berusia 65 tahun, membabitkan menyumbang 489,722 kematian pada tahun 2014.

    Forum Interagensi Persekutuan mengenai Perangkaan Berkaitan Penuaan, sebagai keadaan yang kronik, penyakit jantung mempengaruhi 37% lelaki dan 26% wanita 65 tahun dan lebih tua.

    Golongan ini juga berdepan risiko seperti tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi yang berkemungkinan mengalami strok atau penyakit jantung.

    Oleh itu, senaman, pemakanan sihat dan rehat malam mencukupi membantu mengekalkan berat badan yang sihat dan diet yang seimbang.

    warga emas

    #3. Alzheimer

    Menurut CDC, penyakit Alzheimer menyumbang 92,604 kematian orang berusia 65 tahun pada 2014.

    Persatuan Alzheimer melaporkan bahawa satu dari sembilan orang berumur 65 tahun ke atas, sekitar 11 peratus, mempunyai penyakit Alzheimer, tetapi kerana diagnosisnya mencabar, sukar untuk mengetahui berapa banyak orang yang hidup dengan keadaan kronik ini.

    Walau bagaimanapun, para pakar mengakui bahawa kerosakan kognitif mempunyai kesan yang signifikan terhadap kesihatan warga emas di seluruh spektrum, daripada isu keselamatan dan penjagaan diri kepada beban kos penjagaan.

    #4. Osteoporosis

    Menurut Marie Bernard, osteoporosis boleh menyumbang kepada kurang pergerakan dan berpotensi lumpuh sekiranya anda jatuh dan mengalami patah tulang atau vertebra tubuh lemah.

    Yayasan Osteoporosis Kebangsaan menganggarkan bahawa 54 juta orang Amerika berusia lebih 50 tahun dipengaruhi oleh jisim tulang rendah atau osteoporosis, meletakkan mereka berisiko untuk tulang retak atau patah yang dapat menyebabkan kesihatan warga emas kurang baik dan mengurangkan kualiti hidup.

    Lebih-lebih lagi, mereka menganggarkan bahawa pada tahun 2020 jumlah itu akan meningkat kepada 64.4 juta.

    warga emas

    #5. Kemurungan

    Ancaman kepada kesihatan orang tua, kemurungan boleh mengurangkan imuniti dan boleh menjejaskan keupayaan seseorang untuk melawan jangkitan.

    Di samping rawatan dengan ubat dan terapi, cara lain untuk memperbaiki kehidupan warga emas mungkin dengan meningkatkan aktiviti fizikal. 59.4 peratus daripada orang dewasa berusia 65 tahun dan lebih berusia tidak memenuhi cadangan CDC untuk senaman atau berinteraksi dengan lebih sosial.

    Menurut Forum Interagensi Persekutuan mengenai Perangkaan Berkaitan Penuaan, warga emas hanya meluangkan 8 hingga 11 peratus masa lapang mereka bersama keluarga dan rakan.

    Selain penyakit berikut, warga emas juga berisiko menghidap kanser, gangguan pernafasan, diabetes, obesiti, influenza dan pneumonia.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 27/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan