Raya Haji Ini Atuk & Nenek Makin Kurang Selera Makan? Ini Puncanya! BAHAYA Jika Dibiarkan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Topik mengenai penjagaan warga emas mungkin agak kurang dibincangkan, apatah lagi berkenaan hal ehwal pemakanan yang berkait rapat dengan kesihatan warga emas. 

Selain daripada kanak-kanak, warga emas juga adalah antara golongan yang mudah terdedah kepada isu malnutrisi atau kekurangan zat makanan.

Melalui artikel ini, anda akan dapat mengetahui tanda-tanda kekurangan zat dalam kalangan warga emas selain cara terbaik bagi membantu mereka mengatasinya.

Penjagaan warga emas, masalah yang mungkin timbul akibat kekurangan nutrisi

kesihatan warga emas

Seperti yang kita sedia maklum, makanan yang baik semestinya memberi kesan yang baik pada tubuh.

Namun, tidak semua golongan mendapat kadar nutrisi yang mencukupi.

Ini termasuklah golongan warga emas yang mungkin akan menghadapi beberapa kesan atau masalah akibat daripada kekurangan zat makanan.

Antara masalah-masalah yang mungkin terjadi jika golongan ini tidak mendapat zat yang mencukupi ialah:

Ini faktor yang menyebabkan kurangnya zat makanan dalam kalangan warga emas

penjagaan warga emas

Kekurangan zat makanan atau malnutrisi tidak semestinya hanya disebabkan tidak cukup makan semata-mata.

Ia boleh berlaku disebabkan beberapa faktor lain yang mungkin melibatkan soal fizikal, sosial dan juga psikologi.

Berikut adalah 9 faktor yang memungkinkan penjagaan warga emas menjadi sedikit terabai sehingga menyebabkan malnutrisi berlaku:

  • Perubahan yang disebabkan faktor usia. Mungkin terdapat perubahan pada rasa, bau dan juga selera warga emas seiring dengan fasa penuaan mereka sehingga menyebabkan mereka kurang makan.
  • Penyakit. Penyakit yang dialami warga emas juga boleh menurunkan selera makan mereka.
  • Ketidakmampuan untuk makan. Sesetengah warga emas juga mungkin mengalami kesukaran untuk mengunyah dan menelan makanan disebabkan masalah berkaitan gigi mereka.
  • Demensia.Demensia adalah satu keadaan di mana terdapatnya penurunan fungsi otak pada seseorang, sehingga menyebabkan warga emas lupa untuk makan. 
  • Kesan ubat-ubatan. Sesetengah ubat-ubatan yang mereka ambil juga mungkin akan menyebabkan penurunan selera makan atau kemampuan tubuh untuk menyerap nutrien.
  • Diet yang dikawal. Disebabkan oleh beberapa keadaan kesihatan yang mereka alami, pemakanan warga emas juga dikawal pengambilannya sehingga mungkin menyebabkan mereka kekurangan nutrisi. 
  • Sumber pendapatan tidak mencukupi. Bagi golongan warga emas yang berada dalam kelompok B40 atau yang tidak lagi berkerja, mereka mungkin mempunyai pendapatan yang tidak seberapa sehingga tidak memungkinkan mereka untuk membeli makanan yang bernutrisi.
  • Tinggal berseorangan. Warga emas yang tinggal berseorangan juga mungkin tidak begitu berselera untuk makan sendiri sehingga memutuskan untuk kurang makan dan memasak.
  • Kemurungan.Kemurungan yang dialami juga boleh menjejaskan selera makan dan kesihatan warga emas tanpa kita sedari.

Apa yang boleh anda lakukan sebagai penjaga kepada golongan warga emas ini?

kesihatan warga emas

Untuk memastikan mereka mendapat nutrisi yang mencukupi, ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan dan diambil berat berkenaan dengan pemakanan warga emas ini.

#1. Makanan bernutrisi

Berikan mereka jenis makanan yang kaya dengan zat yang merangkumi buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan sumber protein seperti ikan dan juga daging.

#2. Gunakan herba dan rempah

Mereka mungkin sudah hilang selera makan dan perlu mengurangkan pengambilan garam pada masa yang sama.

Oleh itu, cuba ubah gaya masakan anda dengan memasukkan beberapa jenis herba atau rempah mengikut kesesuaian hidangan.

Ia mungkin akan membangkitkan selera mereka untuk makan dengan baik.

#3. Sediakan snek sihat

Warga emas juga mungkin teringin untuk mengambil sedikit snek ketika mereka kebosanan.

Oleh itu, sediakan beberapa jenis snek sihat untuk mereka seperti buah-buahan dan juga produk tenusu seperti yogurt.

#4. Lihat tabiat pemakanan mereka

Luangkan sedikit masa untuk menemani mereka makan setiap hari.

Dengan cara ini, mereka akan lebih seronok kerana dapat makan bersama-sama.

Selain itu, ia juga memberi peluang kepada anda memerhatikan jenis makanan yang digemari mereka agar anda dapat menyediakannya dengan lebih tepat pada hidangan seterusnya.

Kesimpulan

Kebanyakan daripada warga emas sememangnya memilih untuk berdiam diri walaupun mereka mempunyai masalah.

Masalah yang mereka alami mungkin menyebabkan mereka kurang berselera untuk makan.

Oleh itu, cuba fikirkan sebarang perkara atau aktiviti yang boleh meningkatkan selera makan mereka bagi mengelakkan sebarang masalah berkaitan malnutrisi. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Jaga-jaga Si Rabun, Masalah Mata Boleh Buat Anda Berisiko Jadi Nyanyuk Di Usia Tua Nanti!

Masalah penglihatan boleh jejaskan struktur otak anda. Kajian terbaharu menunjukkan, semakin teruk gangguan penglihatan, semakin teruk risiko untuk nyanyuk!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Penjagaan Warga Emas 10/08/2020 . 3 minit bacaan

Orang Tua Anda Menghidap Kencing Manis? Ini Cara Penjagaannya, Ada 9 Checklist Kena Patuhi!

Bagi mereka yang terlibat dengan penjagaan warga tua dengan diabetes, kami ada checklist untuk memudahkan anda dengan penjagaan warga emas di rumah!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Pusat Kesihatan, Diabetes 05/08/2020 . 3 minit bacaan

Anak Kurus Kering Sebab Kurang Zat? Apa Lagi Salah Faham Tentang Malnutrisi? #6 Paling Top

Penyakit malnutrisi bukan sahaja menjadi masalah orang yang lapar tetapi diet mereka kekurangan nutrien, banyak mitos yang disalahertikan oleh orang ramai.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 16/07/2020 . 3 minit bacaan

Kenapa Warga Tua Semakin Sakit? Ambil Tahu, Mungkin Mereka Didera Secara Fizikal!

Isu penderaan warga tua bukan perkara yang boleh dipandang enteng. Kesan penderaan bukan hanya melibatkan fizikal tetapi juga psikologi.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Penjagaan Warga Emas 11/06/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

atrofi otot

Makin Tua, Makin Cepat Penat? Anda Mungkin Kehilangan Jisim Otot! Nak Atasi, Ambil Makanan Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
penyakit demensia

Jika Ada Ahli Keluarga Menghidap Demensia, Ajak Mereka Lakukan 5 Perkara MENARIK Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
faedah berkebun

Jom Ajak Datuk & Nenek Anda Berkebun, Boleh Kuatkan Otot Dan Kurangkan Risiko Nyanyuk!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
penyakit kayap

Ini Sebab Utama Warga Emas Lebih Berisiko Dijangkiti Kayap, Jaga Orang Tua Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 03/09/2020 . 3 minit bacaan