Tip Berpuasa Ramadan Bagi Pesakit Gastrik

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2019 . 4 minit bacaan
Share now

Bulan Ramadan kembali lagi. Bagi seluruh orang Islam, pastinya ia adalah momen yang paling dinanti-nantikan. Bulan yang dipenuhi keberkatan ini bukan sahaja melahirkan rasa gembira kepada orang Islam, tetapi juga kepada orang bukan Islam, khususnya di Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Pelbagai persediaan pastinya dilakukan bagi menghadapi bulan ini dengan jayanya sebelum meraikan lebaran. Selain persediaan rohani, yang pastinya sangat penting, jangan sesekali mengabaikan persediaan fizikal yang tentunya terlibat secara langsung dalam ibadah puasa. Bagaimana anda ingin berpuasa jika badan tak sihat?

Bagi pesakit gastrik, keghairahan menyambut Ramadan kadangkala terganggu dengan kebimbangan serangan gastrik yang mungkin datang ketika berpuasa. Jangan bimbang. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Ikuti tip berikut agar anda dapat berpuasa penuh sepanjang Ramadan.

Apakah itu gastrik?

Gastrik atau gastritis adalah keradangan pada lapisan dalam perut. Ia boleh diklasifikasikan kepada akut (secara tiba-tiba dan dalam tempoh yang singkat) atau kronik (dalam tempoh yang lama). Keradangan adalah tindak balas badan terhadap jangkitan atau bahan yang boleh merengsa bahagian badan, dalam kes ini adalah lapisan perut.

Sel darah putih akan mengeluarkan beberapa bahan kimia seperti bradykinin, serotonin dan prostaglandin. Hasilnya, bahagian yang terbabit akan bengkak, merah, panas dan kehilangan fungsi. Walaupun ia adalah tindak balas yang bertujuan melindungi badan dari jangkitan dan bahan yang membahayakan, kadangkala mekanisme perlindungan itu sendiri boleh mendatangkan bahaya sehingga menyebabkan pembentukan ulser pada perut.

Apakah punca gastrik?

Punca utamanya adalah bakteria H. pylori dan penggunaan ubat anti-radang bukan steroid (NSAIDs) secara berlebihan dalam tempoh yang lama. Bakteria H. pylori adalah sejenis bakteria yang hidup di dalam perut sebahagian manusia. Kehadirannya di dalam perut boleh menyebabkan keradangan. Kehadiran H. pylori di dalam perut tidak semestinya menyebabkan penyakit gastrik tetapi pesakit gastrik kebiasaannya akan ditemui H. pylori di dalam perut mereka.

Ubat anti-radang bukan steroid (NSAIDs) juga boleh menyebabkan gastrik. Contoh NSAIDs adalah:

  • Aspirin.
  • Ibuprofen.
  • Naproxen.
  • Celecoxib.

NSAIDs bekerja dengan mengurangkan penghasilan prostaglandin E1, iaitu merupakan bahan kimia yang berfungsi melindungi lapisan perut dari dihakis oleh asid perut. Hasilnya, perut akan terdedah kepada asid dan menyebabkan keradangan dan mungkin ulser.

Ada juga punca lain bagi gastrik yang jarang berlaku seperti penyakit autoimun dan alahan makanan.

Tanda-tanda gastrik

Tanda-tanda dan simptom gastrik kebiasaannya tidak jelas. Ia boleh berlaku dalam banyak keadaan lain. Anda perlu menjalani pemeriksaan doktor bagi mendapatkan diagnosis yang tepat.

Tanda-tanda dan simptom gastrik ialah:

  • Sakit perut yang semakin teruk apabila perut kosong.
  • Mual.
  • Muntah.
  • Hilang selera makan.
  • Perut kembung.
  • Kerap sendawa.
  • Hilang berat badan.

Berdasarkan tanda-tanda dan simptom di atas, doktor akan membuat penilaian dengan maklumat dari sejarah perubatan anda serta beberapa ujian makmal untuk mengesahkan kehadiran bakteria H. pylori.

Makanan untuk gastrik

Bercakap tentang gastrik, pemakanan pastinya memainkan peranan yang penting. Memandangkan simptom gastrik semakin teruk apabila perut kosong, sudah tentu ia akan mendatangkan masalah semasa berpuasa. Lalu bagaimana anda harus mengatur pemakanan anda? Anda boleh berpuasa seperti biasa asalkan anda mengambil makanan yang betul dan waktu pemakanan yang tepat.

Pertama sekali, jangan sesekali lupa untuk bersahur. Selari dengan tuntutan agama Islam, sahur adalah sangat digalakkan. Makan semasa sahur akan memberikan anda bekalan tenaga sepanjang hari sehingga waktu berbuka. Sebaiknya adalah untuk lewatkan waktu sahur hampir dengan azan subuh. Ini bertujuan memastikan tempoh perut tidak menerima makanan lebih singkat. Selepas sahur, jangan terus tidur! Tunggu sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam sebelum tidur bagi mengelakkan masalah ketidakhadaman dan pedih ulu hati yang akan mengganggu puasa anda.

Kedua, berbuka puasa secara sederhana. Jangan sampai terlebih makan. Ia hanya akan menyebabkan ketidakhadaman dan merangsang serangan gastrik. Mulakan dengan sesuatu yang ringan seperti kurma dan air kosong. Selepas selesai solat maghrib, sambung dengan hidangan berat tetapi tidak berlebihan. Selain mengelakkan gastrik, ia boleh mengelakkan mengantuk ketika solat tarawih. Berkaitan moreh pula, sebaiknya dielakkan. Tetapi pelawaan dari kariah masjid tidak selalunya mampu ditolak. Jadi, cuba kurangkan pengambilan makanan seboleh mungkin.

Pemilihan makanan adalah sangat penting. Elakkan makanan dan tabiat yang merangsang serangan gastrik. Antara yang perlu dielakkan adalah:

  • Minuman berkafein seperti kopi dan teh.
  • Makanan berasid seperti buah limau, oren dan tomato.
  • Makanan pedas.
  • Makanan berlemak tinggi seperti mentega, coklat, santan dan keju.
  • Makanan bergoreng.
  • Merokok.
  • Minuman berkabonat.

Lebihkan makanan berikut:

  • Makanan tinggi fiber seperti epal, oat, lobak merah dan brokoli.
  • Makanan rendah lemak seperti ikan dan ayam.
  • Makanan berasid rendah atau berakali tinggi seperti sayur-sayuran.
  • Makanan mengandungi probiotik seperti tempe dan yogurt.
  • Banyakkan minum air putih.

Jika anda masih mengalami gastrik selepas mengamalkan diet dan tabiat makan di atas, anda mungkin perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Anda mungkin memerlukan ubat bagi mengawal asid di dalam perut.

Apakah ubat dan rawatan untuk gastrik?

Tidak semua pesakit gastrik memerlukan ubat. Kadangkala, perubahan pada tabiat makan dan diet sahaja sudah mencukupi. Namun bagi kes yang tidak dapat dikawal melalui diet dan tibat makan, bantuan dari ubat-ubatan mungkin diperlukan.

Ubat-ubatan yang tersedia bagi rawatan gastrik adalah:

  • Anti-asid. Ia mengurangkan pengeluaran asid di dalam perut seterusnya kerengsaan dan keradangan. Contohnya aluminum hydroxide, magnesium hydroxide dan magnesium tricylicate.
  • Perencat reseptor H2. Ubat ini menghalang reseptor H2 di dalam sel perut yang bertanggungjawab menghasilkan asid. Contohnya cimetidine dan ranitidine.
  • Perencat pam proton. Ini adalah antara ubat yang paling efektif dalam mengurangkan pengeluaran asid dengan merencat pam proton di dalam sel perut  dari melepaskan asid ke dalam perut. Contohnya omeprazole, pantoprazole dan esomeprazole.
  • Antibiotik. Ubat ini diperlukan bagi pesakit yang disahkan mengandungi bakteria H. pylori di dalam perut mereka. Pengambilan antibiotik selama 2 minggu sangat berkesan dalam membunuh H. pylori. Antara antibiotik yang biasa digunakan ialah amoxicillin, clarithromycin dan metronidazole.

Ibadah puasa adalah satu kewajipan bagi orang Islam. Kita tidak seharusnya menjadikan keadaan kesihatan sebagai alasan untuk kita bermudah-mudah dalam meninggalkan ibadah ini. Jangan pula kita bertindak melulu dengan berpuasa dalam keadaan sakit sebelum menilai risikonya. Ambil jalan pertengahan. Dunia perubatan moden telah banyak merungkai penyakit yang dahulunya tidak dikenal pasti. Dapatkan nasihat perubatan dari doktor berdekatan dengan rumah anda. Ramadan seharusnya menjadi sesuatu yang menyenangkan dan menyihatkan badan. Jangan jadikan keadaan kesihatan anda sebagai penghalang.

Selamat berpuasa. Ramadan kareem!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nak Hilang Jerawat, Makan Pil Perancang: Sahih Ke Tidak?

    Pada awalnya, kami juga tidak mempercayainya. Namun, pil perancang benar-benar boleh bantu hilangkan jerawat. Ia adalah salah satu produk hilangkan jerawat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 29/06/2020 . 3 mins read

    Kolam Renang Sudah Mula Dibuka, Bagaimana Nak Pastikan Kita Selamat Dari COVID-19?

    Pengumuman kerajaan membenarkan pusat akuatik beroperasi pada tempoh PKPP pasti menggembirakan peminat sukan renang. Tapi, patuhi SOP untuk elak COVID-19.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Coronavirus, COVID-19 29/06/2020 . 3 mins read

    Betul Ke Orang Gemuk Punya Saiz Zakar Kecil? Kena Kuruskan Badan Nampaknya Ni!

    Ada mitos yang mengatakan orang gemuk punya saiz zakar kecil. Adakah ia benar? Jom klik artikel untuk tahu jawapan yang tepat lagi sahih ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 29/06/2020 . 3 mins read

    Perempuan Ada Misai, Banyak Bulu: Ini Sebab Hormon Testosteron Tinggi, Apa Puncanya?

    Hormon androgen seperti testosteron merupakan hormon yang dominan pada kaum Adam. Tetapi, hormon ini juga ada pada kaum wanita!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 29/06/2020 . 3 mins read

    Artikel lain untuk anda

    kenapa harus sunat

    Ini Manfaat Kesihatan Seksual Jika Lelaki BERSUNAT, Kesannya Lebih Rasa Lepas Kahwin!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/06/2020 . 3 mins read
    seks semasa menopaus

    Menopaus Bukan Alasan Aksi Di Ranjang Hambar, Dah Cuba 5 Posisi Ini Belum?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/06/2020 . 3 mins read
    mati pucuk

    Guna Minyak Kelapa Untuk Rawat Mati Pucuk? JANGAN Buat Dulu, Baca Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/06/2020 . 3 mins read
    air liur bayi

    Air Liur Bayi Meleleh Tanda Mahu Tumbuh Gigi? ALERT Mak Ayah, Ada Bahayanya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/06/2020 . 3 mins read