backup og meta

Ini 7 Makanan Mitos Yang Ramai Percaya Boleh Ubati Gastrik, Antaranya Minum Susu!

Ini 7 Makanan Mitos Yang Ramai Percaya Boleh Ubati Gastrik, Antaranya Minum Susu!

Ada ramai yang kongsikan mengenai petua hilangkan gastrik paling mujarab. Antaranya seperti minum susu untuk gastrik. Adakah petua hilangkan gastrik angin seperti ini benar-benar berkesan atau sekadar mitos yang dipercayai sejak turun temurun? Ikuti penerangan lanjut mengenai makanan dan minuman yang sering disalah anggap sebagai pengubat gastrik. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Mitos makanan dan minuman untuk rawat gastrik

Gastrik boleh dialami oleh pelbagai peringkat umur, khususnya bagi mereka yang telah dewasa.

Apabila seseorang itu mengalami gastrik, mereka pasti mencari rawatan segera atau remedi rumah melalui pengambilan makanan dan minuman tertentu yang dipercayai mampu meredakan simptom gastrik.

Namun, adakah semua makanan dan minuman ini benar-benar efektif dalam melegakan atau merawat gastritis?

Mari kita lihat beberapa mitos popular di Malaysia mengenai makanan dan minuman yang sering dipercayai sebagai petua hilangkan gastrik paling mujarab.

#1. Susu jadi petua hilangkan gastrik paling mujarab?

petua hilangkan gastrik paling mujarab
Susu kambing untuk meredakan simptom gastrik

Susu menjadi antara makanan yang paling popular dipercayai boleh mengubati gastrik atau gastritis.

Susu sering kali menjadi pilihan pertama bagi mereka yang mencari kelegaan daripada sakit gastrik.

Tidak dinafikan, minum susu untuk gastrik boleh memberikan kelegaan seketika kerana ia bertindak sebagai lapisan yang melindungi perut daripada asid.

Namun, untuk jangka masa panjang, susu boleh merangsang pengeluaran lebih banyak asid perut.

Apabila lebih banyak asid dihasilkan dalam perut, ia boleh memburukkan lagi keadaan gastritis.

Oleh itu, susu bukanlah pendekatan jangka panjang yang berkesan untuk merawat gastrik.

#2. Minum air barli, salah satu makanan hilangkan gastrik

Anda penggemar air barli?

Air barli adalah minuman segar yang sering diambil oleh pesakit gastrik dengan harapan dapat meredakan simptom gastritis yang dialami.

Tidak dinafikan ia adalah minuman yang menyegarkan dan boleh menghidratkan tubuh.

Namun tidak ada kajian khusus yang menunjukkan air barli boleh meredakan sakit gastrik.

Faktanya, tidak ada hubungan langsung antara air barli dan rawatan gastrik.

#3. Benarkah petua hilangkan gastrik paling mujarab dengan makan nanas?

Buah nanas sememangnya kaya dengan enzim bromelain yang diketahui memiliki sifat antiradang dan dapat membantu proses pencernaan.

Namun, buah nanas juga mengandungi asid sitrik yang boleh merangsang pengeluaran asid perut dan memperburukkan keadaan gastritis.

Oleh itu, dapatlah difahami bahawa walaupun nanas boleh memberi manfaat kepada sistem pencernaan secara keseluruhan, namun ia bukanlah pilihan terbaik bagi mereka yang menderita sakit gastrik.

#4. Minuman bergas atau soda

petua hilangkan gastrik paling mujarab
Kerap minum minuman soda atau berkarbonat tidak bagus untuk kesihatan.

Ramai juga yang mempercayai bahawa minuman soda atau bergas dapat membantu meredakan sakit gastrik, walaupun realitinya adalah sebaliknya.

Minuman soda atau berkarbonat sebenarnya dapat merangsang pengeluaran lebih banyak asid dalam perut.

Ini secara tidak langsung boleh memburukkan lagi gastritis.

Selain itu, kandungan gula yang tinggi dalam minuman jenis ini juga boleh menyebabkan masalah pencernaan lain dan risiko diabetes

#5. Minum kopi sebagai petua hilangkan gastrik paling mujarab

Secara umumnya, kopi memiliki beberapa sifat yang dapat merangsang sistem pencernaan dan mungkin memberikan kelegaan sementara terhadap gastritis.

Namun, kandungan kafein yang ada dalam kopi sebenarnya boleh merangsang pengeluaran asid dalam perut.

Ini juga boleh membuatkan keadaan gastrik menjadi lebih teruk daripada sebelumnya.

Air kopi perlu dielakkan terutamanya bagi individu yang mempunyai sensitiviti terhadap kafein.

Makanan hilangkan gastrik #6. Air kelapa

Air kelapa kerap dianggap sebagai ‘penawar’ untuk segala penyakit dalam kebanyakan budaya di dunia, termasuklah di Malaysia.

Meskipun air kelapa dapat membantu hidrasi tubuh dan mengandungi elektrolit penting, namun tiada bukti saintifik yang dapat mengesahkan dakwaan bahawa air kelapa dapat meredakan sakit gastrik.

#7. Cuka epal juga jadi petua hilangkan gastrik paling mujarab?

Ramai juga yang percaya bahawa cuka epal boleh membantu melegakan gastritis.

Cuka epal dikatakan dapat membantu proses pencernaan dan seterusnya boleh meredakan gastrik.

Meskipun cuka epal mampu meningkatkan kadar metabolisma dan membantu proses pencernaan, tetapi ia adalah sejenis asid dan boleh memburukkan lagi sakit gastrik jika diambil dalam jumlah besar atau dengan kerap.

Kesimpulan

Beberapa minuman dan makanan hilangkan gastrik yang dinyatakan di atas mungkin boleh memberikan kelegaan sementara daripada simptom gastrik.

Namun, ia bukanlah penyelesaian jangka panjang.

petua hilangkan gastrik paling mujarab
5 Makanan penyebab gastrik berlaku.

Bahkan dakwaan yang dipercayai ramai ini tidak dibuktikan atau disokong melalui kajian saintifik yang kukuh.

Oleh itu, sangat penting untuk mencari rawatan perubatan yang tepat jika anda mengalami simptom gastritis.

Pengubahsuaian diet dan gaya hidup juga sangat penting dalam mengurangkan simptom dan mencegah perkembangan gastritis.
Perlu diingat, nasihat perubatan daripada doktor adalah pilihan terbaik dalam mengawal gejala dan merawat gastrik anda. 

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gastritis. https://www.mountsinai.org/health-library/condition/gastritis. Diakses pada Julai 27, 2023.

Gastritis. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/10349-gastritis. Diakses pada Julai 27, 2023.

Varilla C, Marcone M, Paiva L, Baptista J. Bromelain, a Group of Pineapple Proteolytic Complex Enzymes (Ananas comosus) and Their Possible Therapeutic and Clinical Effects. A Summary. Foods. 2021 Sep 23;10(10):2249. doi: 10.3390/foods10102249. PMID: 34681298; PMCID: PMC8534447. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC8534447/. Diakses pada Julai 27, 2023.

Gastritis. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/gastritis. Diakses pada Julai 27, 2023.

Apple cider vinegar… for heartburn?. https://www.health.harvard.edu/blog/apple-cider-vinegar-for-heartburn-2018032813530. Diakses pada Julai 27, 2023.

Versi Terbaru

08/11/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Info Lengkap Mengenai Kembung Perut

Hilangkan Gastrik Angin Dengan Ambil 5 Jenis Makanan Ini, Mudah & Terbukti Berkesan!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 08/11/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan