“Stres Boleh Beri Kesan Kepada Selera Makan”, Fakta Atau Auta Kebimbangan Ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 22/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pernahkah anda terfikir bahawa stres atau tekanan yang melibatkan perasaan dan gangguan emosi boleh mendatangkan kesan kepada tahap kesihatan dan kesejahteraan anda?

Malah stres yang terlalu banyak boleh menyebabkan masalah terhadap mental dan fizikal anda, ini termasuk berkaitan dengan aspek diet pemakanan harian anda di mana keinginan anda untuk makan mungkin akan merosot.

Apabila keinginan atau selera makan anda semakin merosot, anda berkemungkinan untuk mengalami masalah gangguan pemakanan.

Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan gangguan pemakanan ini?

Apa itu gangguan pemakanan?

Gangguan pemakanan adalah keadaan yang mempunyai ciri-ciri seperti tabiat pemakanan tidak normal dan tekanan atau kebimbangan mengenai berat dan bentuk badan.

Kebanyakan gangguan pemakanan melibatkan perhatian yang melampau terhadap berat, bentuk badan dan makanan, lalu membawa kepada tabiat pemakanan yang berbahaya.

Hal ini memberi impak yang besar kepada keupayaan tubuh badan untuk mendapatkan nutrisi.

Gangguan pemakanan yang paling kerap berlaku ialah anoreksia nervosa, bulimia nervosa dan gangguan makan berlebihan (binge eating disorder).

Gangguan pemakanan menyebabkan banyak komplikasi dan sebahagian darinya boleh mengancam nyawa.

Semakin lama atau teruk kecelaruan tersebut, semakin tinggi risiko anda untuk mengalami komplikasi yang serius.

Tetapi benarkan stres boleh menyebabkan timbulnya masalah gangguan pemakanan?

gangguan pemakanan

Kaitan stres dan gangguan pemakanan

Berdasarkan kajian yang ditulis dalam Nature Communications, satu penyelidikan gangguan pemakanan terhadap binatang yang dijalankan oleh The University of Texas Health Science Center di Houston (UTHealth).

Didapati bahawa neurociruit pada tikus, yang apabila diaktifkan, akan menyebabkan tahap tekanan meningkat dan mengurangkan keinginan untuk makan. 

Melalui penyelidikan yang dilakukan, pengkaji percaya akan dapat membangunkan rawatan untuk merawat masalah gangguan pemakanan serius yang disebut sebagai anoreksia nervosa.

Menurut National Institute of Mental Health di Amerika Syarikat, ia merupakan masalah gangguan mental paling tinggi yang menjadi antara punca utama kematian.

Ini kerana individu yang mengalami masalah gangguan mental anoreksia nervosa akan mengelakkan makanan, mengehadkan pengambilan makanan secara serius atau hanya mengambil makanan tertentu dalam jumlah yang sedikit sahaja.

Mereka akan melihat diri mereka sebagai individu yang mempunyai masalah berat badan berlebihan, walaupun hakikatnya mereka mempunyai masalah kekurangan berat badan yang sangat kronik.

Menurut penulis kanan kajian dan profesor bersekutu di Center for Metabolic and Degenerative Disease di McGovern Medical School di UTHealth, Qingchun Tong, berdasarkan penyelidikan, penyelidik sudah dapat mengenal pasti bahagian otak tikus ujian yang mengawal kesan stres terhadap makanan. 

gangguan pemakanan

Sistem saraf yang sama

Disebabkan tikus dan manusia mempunyai sistem saraf yang sama, Tong, yang juga merupakan Cullen Chair in Molecular Medicine di UTHealth percaya penemuan ini akan dapat membantu menjelaskan mengenai otak manusia yang membantu mengawal kelaparan.

Penyelidikan yang dilakukan dipercayai merupakan antara kajian pertama yang dapat menunjukkan peranan dan fungsi neurocircuit ini dalam mengendalikan stres dan kelaparan. 

Walaupun terdapat kajian yang dilakukan sebelum ini menunjukkan bahawa stres boleh mendatangkan kesan dalam dua cara, iaitu sama ada mengurangkan atau meningkatkan keinginan makan seseorang individu.

Namun sehingga kini, mekanisme saraf yang bertindak mengawal pemakanan sebagai tindak balas berkaitan dengan stres masih lagi kekal sebagai misteri yang tidak dapat diungkap. 

Pasukan penyelidikan memberikan tumpuan terhadap hubung kait neurocircuit yang bersambungan dengan dua bahagian otak tikus, iaitu paraventricular hypothalamus, zon yang berkaitan pemakanan di otak dan ventral lateral septum, zon emosi pada bahagian otak.

stres

Neurocircuit pada bahagian otak ini berfungsi sebagai ‘suis’ on/off

Apabila neurocircuit diaktifkan, penyelidik dapat melihat peningkatan dalam aspek kegelisahan dan kebimbangan serta berlaku kemerosotan dalam keinginan dan selera makan.

Sebaliknya, apabila peranan neurocircuit dihalang, tahap kegelisahan yang menyebabkan wujudnya stres menurun dan rasa lapar meningkat. 

Teknik penyelidikan yang digunakan dalam kajian untuk menghidup dan mematikan neuron dikenali sebagai optogenetics.

Pengarang utama penyelidikan dan pengajar di McGovern Medical School berkata beberapa ujian dan penyelidikan tambahan diperlukan bagi mengesahkan hasil penemuan dan kajian ini. 

Gaya pemakanan dan hidup yang sihat

Walau bagaimanapun, jika anda merasakan anda mempunyai stres yang mungkin menyebabkan berlakunya gangguan pemakanan dalam diri anda, anda perlu mendapatkan nasihat dan pandangan doktor untuk membantu anda mengatasi masalah yang dihadapi.

Terdapat beberapa kaedah yang boleh anda lakukan untuk membantu anda seperti suplemen vitamin dan mineral yang diperlukan supaya anda memperoleh nutrisi penting serta melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam yang mungkin dapat membantu mengurangkan stres yang dihadapi

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Bukan Sekadar Hobi, Menyanyi & Menari Adalah Penawar Stres Terbaik! Tak Percaya? Jom Baca Ini

Ada kajian yang kata bahawa aktiviti menyanyi dan menari mampu kurangkan stres. Adakah ia benar? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 22/09/2020 . 3 minit bacaan

Bukan Sahaja ‘Apa’, Penderita Kencing Manis Juga Kena Prihatin Dengan ‘Bila’ Anda Makan!

Mungkin ramai yang ada kencing manis jenis 2 namun tidak tahu tip untuk mengawalnya bukan? Jadi jom klik artikel ini untuk baca dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kencing Manis, Diabetes Jenis 2 21/09/2020 . 3 minit bacaan

Paksa Muntah Kembali Makanan Boleh Bawa Maut, Ada 11 Tanda Penyakit Bulimia, AWASINYA!

Jika anda alami salah satu daripada 11 perkara ini, bermaksud anda sedang alami penyakit bulimia nervosa. Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit bulimia?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/09/2020 . 3 minit bacaan

Jika Ada Sesekali Terfikir Untuk Membunuh Diri, Apa Kata Cuba 5 Cara Ini Untuk Atasinya

Walaupun ketika kehidupan harian seperti tiada maknanya, percayalah masih ada cara untuk menyelesaikan masalah melanda dan mengatasi keinginan bunuh diri.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 09/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kesihatan mental

Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
bayi di dalam rahim

Nak Tahu, 24 Jam Sebelum Lahir, Ada 11 Benda Bayi Buat Dalam Perut Ibu! No 8 Paling Tak Sangka!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
bunuh diri di jepun

Kes Bunuh Diri Di Negara Jepun Adalah Tinggi! Adakah Isolasi Sosial Jadi Punca Utama?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
kesan stres

Tekanan Boleh Sebabkan Darah Beku? Bahaya Ini! Jangan Selalu Stres Stres Okay!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan