Jangan Makan Sports Candy Secara Berlebihan Sebagai ‘Penyegar Nafas’, Ini Sebabnya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Anda selalu makan gula-gula untuk segarkan nafas, kan? Apa pilihan gula-gula yang selalu anda ambil? Mungkin Hacks, Woods, Fisherman’s, sports candy (gula gula Himalaya salt) dan pilihan gula-gula biasa yang lain.

Tetapi tahukah anda, sports candy atau gula gula Himalaya salt adalah gula-gula yang mengandungi garam yang tidak boleh diambil secara sembarangan. Walaupun ia disebut sebagai gula-gula, dan juga dijual seperti gula-gula yang lain, penggunaannya amatlah berbeza, tidak seperti yang kita fikirkan.

Agak-agak anda, mengapa gula-gula ini tidak boleh dimakan sembarangan? Lihat artikel di bawah ini untuk anda mendapatkan jawapannya yang sebenar.

Sports candy tidak boleh diambil sembarangan – kenapa?

Sports candy sebenarnya dimakan dengan tujuan untuk menggantikan jumlah garam atau sodium yang telah hilang daripada tubuh.

Gula-gula ini sesuai untuk mereka yang sedang bersenam, melakukan hiking dalam jangka masa yang panjang, atau mereka yang banyak kehilangan peluh.

Mengapa gula gula Himalaya Salt tidak boleh dimakan secara sembarangan?

gula gula himalaya salt
Gula gula Himalaya salt atau lebih dikenali sebagai sports candy. Kredit gambar: Amazingnara

Walaupun salah satu bahan yang terkandung dalam gula-gula ini adalah garam Himalaya, ia tetap sodium dan kandungan garamnya tetap sama dengan garam biasa.

Anda tidak boleh menambahkan pengambilan sodium secara berlebihan setiap hari. Makanan yang anda makan setiap hari sudah mengandungi banyak kandungan garam, dan ia bukanlah satu cara yang baik untuk kesihatan anda jika anda menambahkannya lagi melalui gula-gula ini. 

Menurut Persatuan Jantung Amerika, mereka mencadangkan untuk setiap individu agar mengambil tidak lebih daripada 2,300 milligram garam setiap hari.

Jika anda mengambil terlalu banyak kandungan garam setiap hari, buah pinggang anda tidak mampu untuk mengeluarkan lebihan sodium dalam tubuh.

Garam yang banyak di dalam darah akan menyukarkan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa cecair dengan berkesan. 

Jadi, gula-gula biasa lagi sihat?

sports candy

Kami juga tidak mengatakan bahawa gula-gula biasa lebih sihat. Jika sports candy tinggi kandungan sodium, gula-gula biasa pula tinggi kandungan gula.

Kedua-duanya mempunyai mudarat jika anda memakan secara berlebihan. Tidaklah salah untuk anda memakan gula-gula, cuma anda hanya perlu mengawal kuantiti pengambilannya agar tidak melebihi cadangan pengambilan harian.

Jika garam dikaitkan dengan peningkatan tekanan darah atau penyakit hipertensi, gula pula meningkatkan risiko anda mendapat penyakit diabetes atau juga lebih dikenali dengan nama kencing manis. Kedua-duanya mempunyai kesan buruk yang tersendiri jika diambil secara berlebihan melebihi sekadar keperluan tubuh.

Bagaimana mahu memilih jenis gula-gula yang lebih sihat?

gula gula himalaya salt

Anda mungkin terfikir, bagaimana hendak memilih atau makan gula-gula selepas ni? Senang sahaja. Walaupun hampir kesemua jenis gula-gula berasaskan gula sebagai bahan utama, cuba pilih jenis gula-gula atau manisan yang mengandungi bahan coklat yang lebih banyak berbanding gula.

Kedua, pilih yang mengandungi kandungan coklat dan campuran mentega kacang berbanding gula semata-mata. Apa yang paling penting, hadkan pengambilan setiap gula-gula dan manisan anda. Ia jauh lebih baik dan lebih sihat untuk anda.

Ketiga, cuba gunakan alternatif sebagai pengganti pengambilan gula-gula. Makan yogurt atau potongan buah-buahan sebagai ganti gula-gula. Ia ternyata lebih sihat, segar dan bermanfaat untuk tubuh anda. Jika anda mengajar anda untuk banyakkan makan buah-buahan sejak mereka masih kecil, tidak sukar untuk mengelakkan mereka daripada kerap makan gula-gula apabila mereka mula membesar kelak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ingin Kekal Bertenaga Sepanjang Puasa? ELAKKAN 7 Benda Ini Waktu Sahur

Bulan Ramadan sudah tiba. Anda ingin kekal bertenaga sepanjang lebih 12 jam berpuasa? Ini 7 perkara yang perlu anda elakkan pada waktu bersahur.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan, Perayaan 23/04/2020 . 3 minit bacaan

Wow! Mi Segera Malaysia Antara Yang Terenak Di Dunia?

Tahukah anda, mi segera dari Malaysia adalah antara yang tersedap di dunia berdasarkan L.A. Times Instant Ramen Power Rankings

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/11/2019 . 2 minit bacaan

Ini 3 Jenis Makanan Yang Sering Menyebabkan Batu Karang, Ambil Tahu Dari Sekarang

Batu karang adalah kristal pepejal yang terbentuk dalam urin.Kesakitan dari batu karang boleh menjadi tidak tertanggung dan diet boleh menjadi pencetusnya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 24/04/2019 . 2 minit bacaan

Adakah Pengambilan Garam yang Tinggi Mendorong Kepada Hipertensi?

Walaupun hidangan masin menyenangkan lelangit, tubuh anda sebenarnya lebih suka pengambilan garam yang kurang ini kerana garam punca darah tinggi.

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Farah Aziz
Pusat Kesihatan, Hipertensi 29/03/2019 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

asid refluks

Pedih Ulu Hati, Rawat Dengan BAKING SODA? Hati-hati, Ada KESAN Sampingan, Jangan Main Cuba Saja!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan
sistem pertahanan badan

Anak Selalu Jatuh Sakit? Ibu Cuba Check Diet Si Kecil, 7 Makanan Ini Buat Sistem IMUN LEMAH!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan
bahaya garam

Bahaya Garam Buat Pesakit Sistem Saraf MS, Simptom Boleh Jadi Makin Teruk!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan
lampu garam

Simpan Lampu Garam Dalam Rumah Untuk Rawat Resdung? Baca Ini Sebelum Beli!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 03/07/2020 . 3 minit bacaan