backup og meta

Saja Suka-Suka Lambat Makan, Ini Akibat Yang Terjadi Pada Perut, Antaranya Berat Badan NAIK!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/02/2023

    Saja Suka-Suka Lambat Makan, Ini Akibat Yang Terjadi Pada Perut, Antaranya Berat Badan NAIK!

    Anda tahu tak apakah punca perut kembung masuk angin?

    Semua orang perlu makan untuk mengisi perut demi kelangsungan hidup. Disebabkan itu, kita perlu untuk makan pada kadar dan waktu yang sesuai secara berkala bagi memastikan tubuh badan dapat terus berfungsi.

    Persoalannya, apa yang akan terjadi pada perut jika kita ‘skip’ waktu makan? Apa kaitan sakit perut kembung masuk angin dengan waktu makan?

    Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk tahu jawapannya!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Tinggal makan punca perut kembung masuk angin?

    Semua individu pasti pernah mengalaminya kerana ia adalah antara akibat paling utama jika kalian tinggal makan.

    Kondisi perut kembung masuk angin atau ‘bloating’ ini boleh terjadi akibat gastrousus (GI) dipenuhi dengan udara atau gas.

    Kondisi ini akan menyebabkan rasa sakit serta tidak selesa dan dalam beberapa kes, membuatkan perut anda kelihatan lebih besar atau buncit.

    Antara punca utama ia berlaku adalah kerana kalian terlupa, terlepas atau terlambat untuk makan.

    Untuk pengetahuan anda, organ perut akan sentiasa mencari sesuatu untuk dicernakan (makanan atau minuman) apabila tiba waktu makan.

    Sekiranya kalian tidak mengisi perut pada ketika itu, maka perut anda akan menghasilkan udara atau gas sekali gus menyebabkan kondisi ini.

    Bukan itu sahaja, ada beberapa lagi faktor lain yang menyebabkan perut masuk angin termasuklah:

    • Jenis makanan yang diambil
    • Intoleransi makanan
    • Asid refluks (GERD)
    • Sembelit
    • Makan terlalu banyak
    • Makan terlalu laju
    • Berat badan tidak menentu
    • Datang bulan (wanita)
    • Pengambilan ubatan tertentu
    • Tertelan udara (boleh berlaku jika merokok atau mengunyah gula-gula getah)

    Atau, ia juga mungkin disebabkan oleh beberapa kondisi kesihatan yang lebih teruk seperti:

    • Jangkitan pada perut/usus
    • Sekatan pada perut/usus
    • Keradangan (diverticulitis)
    • Sindrom kerengsaan usus (IBS)
    • Penyakit keradangan pelvik (PID)
    • Penyakit organ hati
    • Crohn
    • Kanser
    • Gangguan mental seperti kegelisahan atau kemurungan

    Oleh itu, jangan sesekali ‘skip’ waktu makan terutamanya ketika sarapan, makan tengah hari dan makan malam untuk mengelakkan perut kembung masuk angin okay!

    Selain perut kembung masuk angin, apa lagi boleh jadi?

    perut kembung masuk angin

    Baiklah, sekarang kita semua sudah tahu akan akibat tinggal makan iaitu perut masuk angin.

    Bukan itu sahaja, ada beberapa lagi perkara lain boleh jadi dan menjejaskan tubuh badan anda.

    Menurut Pakar Diet dari Piedmont Healthcare di Georgia Haley Robinson, akan berlaku pelbagai gangguan terhadap kesihatan tubuh badan jika ‘skip’ waktu makan iaitu:

    #1. Pertambahan berat badan

    Kesan yang agak aneh jika kita tinggal makan bukan?

    Jangan sangka jika kalian tidak makan boleh membuat tubuh badan menjadi kurus kerana ia bukan seperti itu.

    Jika anda tinggal makan, ia akan membuat kalian mengambil lebih banyak makanan pada waktu makan seterusnya.

    Pola pemakanan tidak sihat ini boleh mengakibatkan kalian makan lebih banyak lantas meningkatkan berat badan.

    #2. Kadar gula dalam badan menurun

    perut kembung masuk angin

    Ini akan mengakibatkan gangguan terhadap kebolehan otak anda untuk berfikir dengan rasional.

    Ini kerana otak menggunakan glukosa untuk berfungsi dan jika ia kurang, maka tubuh badan anda tidak dapat berfungsi dengan 100%.

    Selain itu, ia akan menyebabkan individu cepat marah, alami masalah perut kembung, mudah keliru dan sering penat akibat dari penghasilan hormon kortisol.

    Baca juga:

  • Ada Banyak Punca Perut Kerap Masuk Angin? Lakukan 7 Cara Ini, Gerenti Berkesan!
  • Perut Boleh Masuk Angin Kalau Tidur Menghadap Kipas? Ini Kebenarannya!
  • #3. Tahap metabolisma badan menurun

    Ini akan mengakibatkan gangguan terhadap aspek berat badan seseorang yang gemar ‘skip’ waktu makan.

    Ini kerana metabolisme yang rendah bermakna kalian akan kurang atau lambat mengeluarkan tinja dan air kencing dalam tubuh badan.

    Kesannya, sudah pasti ia akan menyebabkan individu lebih cepat naik berat badan dan menyukarkan anda untuk menurunkannya semula.

    #4. Makan lebih banyak makanan tidak sihat

    Bukan sahaja perut kembung masuk angin boleh terjadi malahan tabiat suka tinggal makan juga akan membuat kalian makan lebih banyak makanan tidak sihat.

    Kenapa? Ini kerana tubuh badan kita akan berubah ke mod survival setiap kali kalian ‘skip’ waktu makan.

    Ini sekali gus menyebabkan perut menghantar isyarat kepada otak untuk mengidam pelbagai jenis makanan.

    Akibatnya, kalian akan makan lebih banyak makanan tidak sihat kelak.

    Akhir kata, jangan suka tingal makan kerana ia bukan sahaja menyebabkan perut kembung masuk angin malah pelbagai lagi gangguan negatif terhadap tubuh badan anda!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan