Banyak Manfaat Keladi Air Pada Tubuh, Salah Satunya Meningkatkan Fungsi Otak Manusia

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Anda tentu suka jika dihidangkan dengan aiskrim berperisa keladi di petang hari terutama ketika cuaca yang panas membahang atau mungkin juga ubi keladi air yang digoreng untuk dijadikan kudapan. Bukan sahaja bahagian akar pokok keladi yang diambil untuk dimakan, malah batangnya juga boleh diolah menjadi lauk makan tengah hari yang enak seperti asam rebus batang keladi.

Tetapi adakah anda tahu, terdapat lebih kurang 600 spesies keladi dan 150 spesies daripadanya ditanam untuk dijadikan makanan oleh manusia? Ya, keladi yang kita kenali mungkin hanya satu jenis sahaja tetapi sebenarnya ia mempunyai pelbagai jenis.

Kepelbagaian jenis keladi ini adalah berdasarkan lokasi pembiakannya mengikut wilayah tertentu dan tentunya bukan sahaja berfungsi sebagai sumber makanan memandangkan terdapat sejenis keladi yang digunakan sebagai pewarna di bahagian selatan negara China. Ingin tahu lebih lanjut berkenaan keladi? Teruskan pembacaan anda melalui artikel ini.

Manfaat keladi kepada tubuh

keladi air

Berpotensi meningkatkan fungsi otak

Dalam satu kajian yang dijalankan selama 12 minggu, peserta kajian yang mengambil suplemen ekstrak keladi air telah mendapat skor yang lebih tinggi dalam ujian kefungsian otak berbanding mereka yang mengambil plasebo.

Bagaimana keladi boleh memberikan kesan sebegitu rupa? Untuk maklumat anda, keladi mengandungi sebatian unik yang dipanggil sebagai diosgenin. Sebatian ini telah didapati menggalakkan pertumbuhan neuron dan meningkatkan fungsi otak manusia.

Boleh melegakan simptom menopaus

Keladi air juga berpotensi dalam memberikan kelegaan terhadap beberapa simptom menopaus. Hal ini berdasarkan kajian yang telah dijalankan terhadap 24 orang wanita menopaus selama 30 hari. Mereka menukar diet mereka daripada nasi kepada keladi air dalam 2 daripada 3 hidangan utama iaitu sebanyak 390 gram keladi sehari.

Hasilnya, tahap estrone dan estradiol dalam darah meningkat, masing-masing sebanyak 26% dan 27%. Pada kebiasaannya, kedua-dua jenis hormon estrogen ini menurun semasa menopaus dan peningkatan tahap estrogen boleh memberikan kelegaan kepada simptom menopaus.

Walau bagaimanapun, kajian lanjutan masih lagi diperlukan untuk memberikan bukti yang lebih jelas terhadap hasil kajian ini.

Membantu mengurangkan keradangan

Antioksidan yang terdapat dalam keladi mungkin membantu mengurangkan keradangan. Untuk makluman, keradangan kronik dikaitkan dengan peningkatan risiko pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, diabetes dan juga obesiti.

Oleh itu, dengan memakan makanan anti-keradangan seperti keladi air, ia dapat membantu anda mengurangkan keradangan kronik yang terjadi.

Manfaat lain keladi

Satu kajian telah menunjukkan bahawa kanji tahan (resistant starch) yang terdapat di dalam keladi air mungkin meningkatkan enzim pencernaan yang membantu menguraikan makanan dan meningkatkan jumlah bakteria baik dalam usus manusia.

Selain itu juga, keladi air turut membantu memperbaiki tahap kolesterol dalam tubuh. Dalam satu penyelidikan, wanita yang memakan sebanyak 390 gram keladi sehari selama 30 hari mengalami penurunan tahap kolesterol darah sebanyak 6%.

Keladi air juga mempunyai kesan antimikrob memandangkan beberapa kajian ada mendapati bahawa ekstrak keladi mungkin melindungi diri anda daripada sesetengah bakteria yang rintang ubat.

Adakah keladi sebenarnya beracun?

keladi air

Bagi sesetengah jenis keladi terutama keladi liar, ia adalah beracun. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa jenis keladi liar yang masih boleh dimakan dengan syarat ia mestilah dikupas dan dimasak terlebih dahulu sebelum dimakan.

Beberapa sebatian protein tumbuhan yang terdapat di dalam keladi bersifat toksik dan boleh menyebabkan kesakitan jika dimakan secara mentah. Jangan anda berasa risau kerana kebanyakan keladi yang dibiakkan sebagai tanaman makanan tidak mempunyai kandungan toksik dan ia selamat dimakan.

Walaupun begitu, anda tetap disarankan untuk memasaknya terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kemungkinan keracunan makanan atau masalah pencernaan.

Bagaimana untuk mengolah keladi?

keladi air

Jika anda mendapat buah tangan daripada saudara mara anda yang menghadiahkan keladi air kepada anda, jangan runsing jika anda tidak tahu apakah jenis masakan lain yang boleh diolah daripada keladi air selain daripada keladi goreng. Kami boleh menyarankan beberapa kaedah masakan yang boleh anda cuba seperti berikut:

  • Puri keladi: rebus keladi sehingga lembut, kisarkan dan berikan sedikit perasa kepada puri tersebut.
  • Kerepek keladi: potong nipis keladi air dan goreng atau bakarnya untuk menjadikannya rangup.
  • Keladi lenyek: kupas, rebus dan lenyek keladi air tersebut bersama-sama susu dan sedikit garam.
  • Gratin keladi berkeju: potong nipis keladi dan bakarnya bersama-sama keju dan perasa.
  • Roti keladi: gunakan puri keladi dan campurkannya ke dalam adunan roti sebelum dibakar.

Keladi adalah sumber makanan yang kaya dengan kandungan serat, kalium, dan antioksidan. Ia adalah sejenis sumber makanan yang versatil dan mudah untuk disediakan. Oleh itu, pelbagai masakan keladi air boleh membantu anda agar tidak berasa bosan setiap kali memakan keladi.

Selepas membaca artikel ini, anda berkemungkinan akan lebih bersemangat mencari dan membeli keladi sebagai santapan keluarga mahupun dijadikan buah tangan kepada rakan-rakan anda. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    ALAMAK! Pusat Racun Negara Dedahkan Pokok Lidah Jin @ Lidah Mentua Beracun?

    Ramai orang menanam dan menyimpan pokok lidah jin atau pokok lidah mentua di dalam rumah.. Namun tahukah anda ia mungkin beracun? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 17/06/2020 . 3 minit bacaan

    13 Jenis Buah Yang Sesuai Untuk Baby 6 Bulan Makan, Tapi Perlu Ke Masak Dahulu?

    Anda ingin memberikan buah untuk bayi tetapi perlukah anda masak makanan pejal tersebut? Atau boleh diberikan secara mentah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Dalam Sebulan Puasa, Orang Gastrik Kena AMBIL 9 Makanan Ini

    Penghidap gastrik antara individu terkesan dalam bulan Ramadan. Jadi ini adalah 9 jenis makanan yang perlu diambil untuk atasi masalah gastritis.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan, Perayaan 29/04/2020 . 3 minit bacaan

    Cuci Sayur Guna Sabun? Ini Mengarut! Bukan Saja Tak Hapus COVID-19, Tapi Juga Bahaya

    Anda risaukan virus COVID-19 pada permukaan sayur? Anda sebenarnya tidak perlu untuk mencuci sayuran dengan penggunaan sabun. Ini sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Coronavirus, COVID-19 02/04/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sup tulang

    Ini Kebaikan Bone Broth Pada Si Kecil, Bolehlah Ibu Campurkan Ke Dalam Makanan Anak Nanti

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat serat

    Pssttt… Rahsia Untuk Kurangkan Risiko Dapat Diabetes Jenis 2, Amalkan Pengambilan Serat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    warna kulit

    Rahsia Kulit Putih Hanya Dengan Makanan, Lepas Ini Tak Perlu Lagi Buat Rawatan Cerahkan Kulit

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
    Cara diet

    Tak Makan Sayur, Tubuh Masih Boleh Dapat Khasiat Ke? Ini Cara Diet Sihat Tanpa Sayur-Sayuran

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 24/08/2020 . 3 minit bacaan