Minuman beralkohol juga tidak baik kerana boleh menyebabkan dehidrasi.
#3. Garam
Makanan yang mengandungi garam pada jumlah yang tinggi merupakan makanan penyebab muka nampak tua.
Antara contoh makanan yang tinggi kandungan natrium adalah seperti kerepek kentang, makanan dalam tin.
Garam akan menyimpan air dan kesannya boleh kelihatan pada mata yang bengkak.
Sebaiknya elakkan makanan yang tinggi kandungan garam untuk mengurangkan risiko anda menjadi kembung dan berkedut.
#4. Kesan terbakar
Pasti anda pernah melihat atau memakan hidangan bakar atau panggang, di mana pada daging atau ayam yang dipanggang itu kelihatan tompokan hitam kesan terbakar atau dipanggil charred atau black char.
Namun, makanan seperti ini merupakan antara makanan penyebab muka nampak tua.
Ia mengandungi hidrokarbon pro-radang (pro-inflammatory hydrocarbon) yang boleh menyebabkan kolagen pada kulit anda rosak.
Anda masih boleh memakan makanan yang dipanggang, cuma hindari dari memakan bahagian yang terbakar tersebut.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen